:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Sunday, February 19, 2012

Part 1 - Bersalin : aku takkan lupa sampai bila-bila!

Salam..

:: okay, post ni aku nak share pengalaman aku masa bersalin. alhamdulillah, aku bersalin secara normal. memang aku nak secara normal pun, baru terasa macam mana sakitnya rasa bersalin. okay, jujurnya.. memang saket! tapi saket tu hilang terus bila doc letak baby atas perut lepas dia keluar. aku boleh nampak dari baby tu kaler biru, then makin lama baby jadi kaler pink & kemerah-merahan. tak henti-henti aku ucap alhamdulillah & syukur sebab baby selamat lahir. ::

:: Maira lahir seminggu awal dari due date sebenar. sebelum tu, 31 Disember 2011, dah ada tanda-tanda awal nak bersalin.. ada keluar darah @ doc panggil "show" tapi tak banyak. aku & mr.eM pegi Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk check-up. mr.eM ingat aku dah nak bersalin dah sebab lama gila dia tunggu masa aku nak buat check-up tu. mr.eM tunggu kat luar, aku yang kena masuk dalam. tapi, setelah dipastikan oleh doc, tak ada apa-apa. masa tu bukaan aku cuma 1 cm. doc suruh balik dulu sebab time tu memang ramai patient, so mungkin sebab tu dia suruh aku balik. jadi, baby tak dapat lahir tahun 2011. hihi.. ::

:: selama seminggu tu, aku tak rasa saket apa-apa. siap boleh pegi kerja lagi. tapi masa tu aku memang dah tak larat nak jalan & kerja. so, aku apply cuti awal untuk rest kat rumah. then, 6 Januari 2011 (Jumaat) pagi, macam biasa mr.eM kerja. pagi tu, macam biasa aku nak mandi. so, masa tu aku dah rasa tak sedap hati. time tu air ketuban aku dah pecah. masa tu aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba relax. aku call abang aku tanya pendapat then dia suruh aku pergi hospital terus. then, aku call mr.eM dan cakap nak pergi hospital. masa tu, nada suara aku memang cool gila sebab aku taknak mr.eM risau. kang tak pasal-pasal dia bawa kereta laju gila. paham sangat perangai dia tu. sebab tu aku kaver-kaver cool cakap dalam phone. ::

:: dia sampai rumah dan tanya kenapa. aku cakap air ketuban aku dah keluar. mr.eM pun dengan cool pimpin aku pergi kereta. barang-barang baby semua memang dah standby dalam kereta. perjalanan dari Klang-HSB tu agak jauh jugak. bawa kereta pun tak laju mana. sempat borak-borak macam-macam dalam kereta. aku tau, mr.eM taknak aku rasa stress & risau. sampai HSB, aku cakap kat nurse air ketuban pecah, terus dia suruh aku masuk & tukar baju pink. okay, masa tu aku dah rasa, this is it! memang ni la time my baby lahir. ::

:: but, sebelum tu, aku terpaksa menunggu lama gila untuk check-up. that day pun ramai patient nak bersalin. macam-macam ragam. memang psycho duduk situ. ada yang nak bersalin tapi still dok tahan saket sebab tak ada katil kosong, doc & nurse terkejar-kejar, katil keluar silih berganti dengan patient yang sedang mengerang kesakitan & macam-macam. kat situ jugak boleh dengar jeritan dari bilik bersalin.. fuhh! ngeri ~ ::

:: dari pagi hampir ke malam aku tunggu untuk dapatkan katil. sampai dah naik lemau. malam tu aku ditahan di wad disebabkan air ketuban dah pecah. sebab bahaya untuk baby kalau air ketuban kurang dalam tu. bila dapat katil, mr.eM angkat semua beg-beg baby & aku pegi wad. yang tak bestnya, hubby tak boleh tunggu. adoi, tinggal la aku keseorangan malam tu. ::

:: pukul 9 malam, 3 orang doc check. that time, bukaan aku baru 2 cm. so, doc decide next morning aku akan di'induce' supaya dipaksa bersalin. ya Allah, takut masa tu sebab kena paksa bersalin. 'induce' tu untuk buat patient rasa saket macam nak bersalin. memang tak ada cara lain, so, aku redha. malam tu, doc suruh aku rest dan pagi esok baru mereka 'induce'. malam tu aku nak relax dan tidur sebab nak kumpul tenaga untuk esok. ::

:: nak dijadikan cerita, malam tu jugak kereta mr.eM rosak.. tayar pancit. kecian sangat kat dia sebab terpaksa tunggu kawan dia datang kat parking kereta HSB tu. dugaan betul. dan dugaan makin bertambah bila aku dah start rasa saket pukul 2 pagi. aku dah tak sedap hati, terus call mr.eM tanya dia kat mana. masa tu, dia baru sampai Guthrie.. baru setelkan kereta dia. then, aku terus suruh dia patah balik & tunggu aku kat hospital sebab aku dah rasa saket. so, malam tu mr.eM terpaksa tidur dalam kereta kat parking HSB tu. maaf dear.. ::

:: aku start saket pukul 2 pagi. aku monitor kekerapan saket. mula setengah jam.. lepas tu, setiap 15 minit, then 10 minit dan akhirnya aku tak tahan sangat-sangat. aku tahan saket dari pukul 2 pagi-7 pagi! aku dah berapa kali panggil nurse cakap aku saket, tapi macam taknak layan. pergh! masa tu memang angin aku rasa. diaorang tak percaya aku cakap rasa saket tu sebab masa diaorang check, bukaan cuma 2 cm. so, masa tu saketnya hanya Allah je yang tahu. masa tu air mata dah mencurah-curah dah menahan saket. ::

:: apakah yang terjadi selepas itu? tunggu sambungannya di Part 2, post yang seterusnya.. * haha! bajet macam filem pulak.. berangan!*

p/s : update yang seterusnya! jom! :)

No comments:

Post a Comment