:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, August 6, 2010

Adamaya Vs. Epilog Syurga Cinta ..

Salam ..

Memandangkan ari ni me keje malam & xramai student plak malam ni (me sangat suke..hiks..), tetibe tertengok plak slot Akasia kat tv3 tu...sekarang ni dah ade slot baru...Epilog Syurga Cinta (ala...same je dengan cite Syurga Cinta kat wayang tu, tapi ni versi drama plak..)..me xtgk lagi cite ni & xtau la nk komen besh ke x...tapi yang membuatkan me nak tgk jugak cite ni sebab ade Amani..!! ala...budak kecik chomey gile yang berlakon cite Adamaya (favourite cite ni..!) tu..name sebenar dia Mia Sara Nasuha tapi me lebih suke panggil dia Amani...so cute lah..! =D

So..me nak start la tengok cite ni sebab ade Amani..nak tengok bleh x lawan ke'besh'an cite Adamaya & mampu ke cite ni buat me tersenyum2, tersengih2 & tergelak2 sorg2..? will see..! =D cast dia pun bleh tahan jugak which are : Zizan Nin & Fida (chomey la dia ni..).. so..ni sedikit sebanyak sinopsis cite Epilog Syurga Cinta :

" Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah... "



So..cam tu sinopsis cite ni yang telah me copy paste dari blog QIMIE[DOT]COM.. (jgn mara ye sbb me copy paste ni..) =D


p/s : hmm...pasni keje men'download' cite ni la plak..hiks.. =D

quote : You can’t force someone to love you .. you can only stalk them and hope for the best ..

No comments:

Post a Comment