:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, December 4, 2012

Istanbul, Aku Datang.. make me melting !

Salam..

gambar ehsan dari uncle google..
okay.. aku tau movie ni dah basi, tapi aku baru berkesempatan tengok "Istanbul, Aku Datang !" peh ! gila best ! gila romantik ! gila sweet ! gila comel ! gila kelakar ! gila lah! haha. hari ni saja, aku dah tengok 2 kali. dan still lagi tersengih-sengih tengok movie ni. dan yang paling buat aku melting adalah.. Beto Kusyairy ! jatuh cinta sama this guy ! dia berlakon dalam movie ni sangat best! bila scene dia, asyik tengok karektor dia je. sangat neutral. memang boleh melting habis. oh my english !  antara scene yang aku suka dalam movie ni ialah masa selepas Beto Kusyairy (Harris) bawa Dian (Lisa Surihani) jalan-jalan naik motor vespa. sangat sweet. dan aku aku suka skrip mereka berdua tepi laut tu. masa ni lepas Dian bergaduh dengan Azad (Tomok) :

Harris : so, macam mana? masih benci dengan Istanbul?
Dian : entah la awak. ada saya fikir. mungkin lebih baik kalau saya tak datang. tapi kalau saya tak datang, mungkin saya takkan tahu yang saya ni bodoh dan senang kena tipu.. kan?
Harris : bodoh ke? orang bodoh mana ada bergantung pada diri sendiri, awak. walaupun dah kena tipu, awak masih tak ada minta orang lain bantu awak. lepas tu bila awak ada masalah dengan housemate awak yang comel dan periang tu, pun awak handle sendiri jugak. dan yang paling hebat, awak boleh jumpa maggi asam laksa kat Istanbul. haa.. memang tabik!
Dian : Tapi, hakikatnya.. saya tetap kena tipu. dengan orang yang paling saya percaya pulak tu.
Harris : tapi siapa yang tak pernah kena tipu? mak saya pun pernah kena tipu dengan saya masa saya ponteng sekolah dulu. tapi tak bermaksud yang mak saya tu bodoh. cuma, kita senang percaya dengan kejujuran orang. lagi-lagi dengan orang yang kita sayang.
Dian : okay, kalau girlfriend awak buat macam tu..awak buat apa?
Harris : sebenarnya memang pernah jadi pada saya pun.
Dian : wow.. tak sangka.
Harris : tak sangka? tak sangka yang saya ada girlfriend ke apa?
Dian : tak sangka orang yang berpendirian macam awak ni pun boleh kena.
Harris : siapa yang boleh jamin yang diri dia selamat?
Dian : jadi awak buat apa?
Harris : saya maafkan dia.
Dian : kenapa?
Harris : bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.


Lisa dalam movie ni tersangat lah super-duper comel-kelakar-kelam-kabut ! memang kiut habis lah ! movie ni kalau tengok dari mula pun, kita dah boleh agak dengan siapa Dian kawen. tapi kita nak tau what the exactly happened between Azad dan Dian. ow.. Tomok berlakon pun best. tapi masih boleh digilap. hihi. dan yang aku suka movie ni, jalan cerita yang sangat fresh, ala-ala korean gitu. gud job Bernard Chauly !

super duper comel-kiut-sweet !
p/s : nak tengok kat astro first pulak !

2 comments:

  1. hahahha..aku sukaa bangat beto khusairy doww...smpai sggup la kejar nk sign die...senget jer time tuhhh..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kan? aku kalau jumpa depan-depan ni.. speechless! :)

      Delete