:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Monday, December 31, 2012

Holiday : Bali oh Bali.. (Part 2)

Salam..

Hari Kedua :
Awal pagi dah bangun sebab kat sini pukul 6 pagi dah terang. so, selepas breakfast, kami memulakan ekspedisi berjalan-jalan di sekitar Denpasar. keadaan kat sini agak sesak jugak. kereta banyak..jem. dah rasa macam kat KL. sama je keadaannya. cuma kat sini, kalau kita nak keluar simpang, semua kereta akan beri laluan kat kita. kalau kat KL, lembab sikit memang tak bergerak la kereta. owh, dan satu lagi kat sini jangan pelik sebab semua pemandu-pemandu kat sini suka gunakan hon! keluar simpang hon.. nak potong kereta hon.. nak suruh pejalan kaki / motor / basikal ke tepi pun hon.. pendek kata, memang akan dengar hon sepanjang perjalanan. kalau kat Malaysia memang dah kena maki la kalau kita kena hon dengan orang lain.. kan? hihi.. dan Agus bawa kami pusing-pusing bandar. pergi mall. *lupa pulak nama Mall tu apa.* sebab nak cari sim card sana. penting jugak sebenarnya. lepas tu beli selipar. lepas tu ternampak pulak baju t-shirt MURAH. suka? gila lah kalau aku tak suka. minta izin mr eM nak beli, terus amik 2 helai. dan tak lupa untuk my doter jugak. *mama tak lupa la sayang.. hihi.*




so, sekarang ni masa aku untuk shopping! mr. eM bagi green light aku boleh beli apa sahaja! wow! wahaha! kalau pasal shopping, sebelum pergi sana aku dengan gigihnya telah menggoogle untuk mencari tempat-tempat yang sesuai untuk melaburkan duit. tapi sayangnya, di sana tak ada tempat yang boleh kita shopping sangat. barang-barang pun agak mahal. tapi kalau nak bandigkan dengan Bandung, memang mahal lah tapi kalau nak bandingkan dengan Malaysia, aku rasa MURAH! huhu. dan aku memang nak cari baju kain cotton dan yang paling murah! and i found it! kat mana? owh.. nama tempat ni Jalan Sulawesi. kedai dia berderet je. banyak jual kain-kain. macam ala-ala Chow Kit sikit. dan komunikasi pun senang. aku pun rasa dah hampir-hampir jadi orang Indonesia dah. hihi. dan senang juga nak tawar-menawar. kena pandai tau. dan aku dengan gedik-gediknya minta mr. eM belanja, dan aku berjaya membeli 3 pasang kain cotton je dan nak sedondon dengan my doter nanti. lepas tu, jumpa pulak border lace yang MURAH! apa lagi, sapu jugak! lepas tu jumpa jubah putih bunga kecil-kecil yang comel dan MURAH! dengan rasa tak bersalah, capai jugak. mr. eM geleng kepala, tapi aku senyum sampai telinga. wahaha!

(gambar jalan sulawesi)

dan yang paling parah sekali.. shopping kat tempah bawah ni! and you know what? sepanjang kat sana, setiap hari ulang-alik dari sini untuk shopping. pelaburan yang sangat menakutkan. haha!



okay.. lepas penat ke bandar.. saja beralih angin ke tepi pantai. ini adalah Kuta Beach. cantek!


Kuta Beach
sebelum balik homestay, Agus a.k.a tourist guide kami bawa pergi makan malam. dan mr. eM tetiba ajak makan sini. kawan dia yang rekeman katanya. dan memang sedap! sangat recomended! price pun okay. nama kedai ni Malioboro. *macam jenama rokok pulak. hiks.* then, balik homestay. mr. eM suruh kemas-kemas beg. aku tanya, kenapa? dia kata esok tidur tempat lain. hoh? pulak dah.. tak paham..


Okay.. sambung part 3 jom! hehe..

No comments:

Post a Comment