:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Monday, December 31, 2012

Holiday : Bali oh Bali.. (Part 1)

Salam..

haha. entry ni patutnya dah lama gile kena update tapi disebabkan kekangan masa, aku terlewat nak update. tahun lepas punye cerita ni. hihi. okay, aku nak bagitau yang bulan lepas @ tahun lepas aku dan mr. eM pegi holiday. eh, bukan honeymoon ler. saje jalan-jalan. bukan berdua je pun. ada kawan-kawan mr. eM sekali ikut. lagi ramai lagi meriah. huhu. yang kelakar nya, kononnya nak buat surprise, tapi tak jadi. at the end, aku dapat tau jugak. adoii.. mr. eM ni memang fail kalau nak surprise. try more harder okay?

okay, aku start cite ala-ala travelog pasal holiday aku okay. eh, sebelum tu, aku holiday kat BALI ! hoho.. untuk orang yang memang tak penah keluar dari Malaysia, i'm really eksaited ! berbulan-bulan sebelum pergi sana, dah surf internet dan Google anything about BALI. kami pergi sana 12.12.12 - 17.12.12. lama tak?

Hari pertama :
okay, airport sana dikenali dengan nama Ngurah Rai Airport yang terletak di daerah Denpasar. perjalanan dari KLIA ke sana almost 2 hours ++. kami naik Air Asia. flight kami pukul 8.15 malam dan sampai sana dalam pukul 10.45 malam. turun-turun je flight perut memasing lapar. dan perkara pertama yang kami buat adalah makan! burger king adalah restoren pertama yang kami nampak bila keluar dari airport. apa lagi, terus melantak. dan nasib baik holiday kat negara yang senang cari makanan halal dan familiar dengan Malaysia. jadi, tak perlu nak susah hati okay? janji kenyang !

(gambar dalam flight)

dan, mr. eM memang dah siap-siap book tourist guide a.k.a driver untuk guide kami round-round semasa kami di sana. dan orangnya sangat baik. malam tu, bos dia yang amik, Pak Rizki nama dia. tapi yang bawa kami round-round Agus. dan dia jugak baik. price dia dalam satu hari lebih kurang RM110 (setelah di-convert ke duit kita). so, dia terus bawa kami ke homestay yang telah siap di book oleh mr. eM. nama dia, Dedy Homestay. dekat je dengan airport. mula-mula nampak macam tak best, but once dah check-in dan tengok bilik dia, rasa macam kat rumah sendiri pulak. siaran TV kat sana memang sume ada tapi semuanya dah ditukar ke bahasa Indonesia. kebetulan masa tu cite hindustan, Shah Rukh Khan pulak tu tapi versi Indonesia. hiks. dan katil king size tu memanggil-manggil dan malam tu kami terbungkang penat. macam la kami yang drive kapal terbang kan? haha!







okay.. cerita hari pertama habis. sambung hari kedua jom!


No comments:

Post a Comment