Hari ke-lima :
pagi-pagi lagi dah check-out dari Ayu Lili Garden Hotel. dan kali ni mr. eM book hotel mahal dan dekat dengan Kuta Beach. dia kata saja nak duduk hotel best-best sebelum balik. okay, aku ikutkan je. padahal hotel tu dekat je dengan Ayu Lili Garden tu. jalan kaki je. dan hotel terakhir kami adalah Best Western. dan memang best pun. suka gila! sebab tersangat selesa. dan disebabkan sangat selesa, aku terbaring setengah hari di bilik sebab sakit kepala + selsema yang melampau. OMG!! kenapa time ni?? kenapa.. kenapa? dan mr. eM dan Pyan pergi spa. owh.. jeles.. jeles! tapi memang tak boleh buat apa. memang tak larat. uwwaaaaa!!
dan malam tu, untuk menghiburkan hati, aku dan mr. eM jalan-jalan sekitar Kuta. memang meriah, night club bersepah-sepah. tepi-tepi jalan je. adoi. iman kena kuat duduk sini. kalau tak.. haih ! lepas tu jalan-jalan tepi Kuta Beach. dah lama tak dating-dating macam ni. haha. duduk minum-minum. amik picture. lepas tu jalan-jalan lagi. sempat lagi beli souvenier. buat tambah-tambah. memang lenguh gila kaki. dan untuk hilangkan lenguh, singgah foot message. kat sini memang banyak kedai macam ni. dan mereka urut sangat best!
dan malam terakhir ni tak ada apa aktiviti sangat. cuma jalan-jalan sekitar Kuta. tengok ragam-ragam orang.
part terakhir sebelum balik Klang? jom!
No comments:
Post a Comment