Hari ke-empat :
hari ke-empat, aktiviti kami adalah berkainatan dengan air. snorkeling! hoho. aku memang paling takut kalau berkaitan dengan air ni. berenang pun tak pandai. tapi disebabkan taknak menghampakan mr. eM yang support suruh try, aku belasah jugak. gila cuak!
pic aku tak ada. malas nak tunjuk sebab terkial-kial tak reti berenang. haha-
lepas tu kami di bawa ke Turtle Island. ni memang termasuk sekali dalam pakej. jadi, belasah je la. tak ada pun sangat. ada turtle la. lepas tu boleh amik gambar.
lepas dah snorkeling, aku dah rasa badan macam rasa seram-sejuk. demam? no!! not this time. aku buat tak tau je, mr. eM teringin nak tengok matahari terbenam. konon-konon romantik la. so, Agus bawa kami ke Uluwatu. Subhanallah.. tempat ni pun sangat cantek. tak terkata. walaupun penat nak mendaki, tapi bila sampai ke puncak dan tunggu matahari terbenam. memang tak terkata. dan berbaloi tunggu matahari terbenam. ya Allah.. cantek..
dan sebelah malamnya, kami pergi membeli-belah souvenier untuk family dan teman rapat je. Agus bawa kami pergi tempat khas untuk beli souvenier. besar tempat dia. dan bila dah masuk, rambang mata uolls! rasamacam semua nak beli. tapi, bila di-convert, tak berapa nak murah sebenarnya. tapi untuk family, sekali sekala! sempat lah beli baju sorang satu, my doter, purse untuk teman rapat, fridge magnet, key-chain. itu je la pun. yang lain-lain.. mahal! hiks.
dan malam tu, sekali lagi mr. eM suruh kemas-kemas baju lagi. hey,, dah kenapa pulak ni? dan lagi sekali, mr. eM kata nak duduk hotel lain pulak. lorr.. apekah? dan malam tu, aku dah macam start nak demam. selsema yang melampau. siap pergi farmasi, minta Agus belikan ubat. sebab kat sini mereka tak panggil selsema. ada word lain. tapi aku lupa apa. hiks. dan badan-badan seram-sejuk. uwwaaaaa! kenapa demam time ni?? dan malam tu, mr. eM kemas beg sorang-sorang. sorry ye sayang.. dan aku.. pengsan!
part 5? jom!
No comments:
Post a Comment