Hari Ketiga :
okay.. kami check-out dari Dedy Homestay. aku tanya, kenapa kita nak pergi tempat lain. mr. eM kata, saja nak merasa tempat lain pulak. dan hotel ni betul-betul tengah-tengah Kuta. mr. eM kata saja dia pilih dekat dengan bandar sebab senang nak jalan kaki. owh.. macam tu eh? aku ikut je. dan inilah hotel kedua kami, Ayu Lili Garden Hotel. ni di rekemenkan oleh Agus. so, kami pun check-in. suasana persekitaran cantek. tenang. hijau. cuma dalam bilik tu macam kurang sikit. tapi kalau setakat nak tidur malam dan MURAH, aku okay je. tak ada hal pun. ade swimming pool! hihi..
dan hari ni, aktiviti kami adalah pergi melihat nature yang sangat cantek kat sini. Subhanallah.. memang sangat cantek. mula-mula Agus bawa kami ke monkey forest. dan dah nama pun pun monkey, memang monkey la banyak. sebab agama di sini kebanyakkan beragama Hindu. jadi monkey ni juga kaitan dengan keagamaan mereka. dan kat BALI ni juga banyak kuil.
lepas tu aku request dengan Agus nak pergi lereng bukit yang ada padi tu. sebab terpengaruh dengan member-member yang pernah pergi sana. so, dia pun layankan je la. tapi memang cantek. sejuk! time ni padinya tak hijau sangat. tapi cantek kan? sangat tenang.
lepas tu, Agus bawa kami tempat yang mr. eM nak pergi. sebenarnya sebelum pergi sini, mr. eM dah siapkan aktiviti dan tentatif yang akan kami lakukan kat sini. sebab tu setiap hari, memang aktiviti kami penuh sebab mr. eM dah study dulu tempat-tempat ni. baguih betul! hihi..
kemudian, kami di bawa lagi oleh Agus ke satu tempat ni. *adoi.. aku lupa nama tempat nih!* itu pun salah satu tempat yang mr. eM nak pergi. tapi yang ni memang sangat cantek. tak tercakap. aku terdiam. ni permandangan dari atas bukit. pandangan ni dari kedai makan yang memang mengadap gunung ni. dulunya ini kawasan gunung berapi. tapi gunung berapi ni dah tak aktif. memang cantek ciptaan-Nya. sejuk atas ni. *tapi dalam gambar ni tak berapa nak cantek pulak. korang memang kena gi sendiri.*
dan.. lepas makan-makan kat atas, Agus bawa kami turun semula. dan singgah di ladang kopi. so, kami tau la macam mana cara-cara mereka ni buat kopi. dan setiap pengunjung di beri minuman percuma dan boleh rasa semua perisa yang ada. memang sedap. rasa fresh! rasa macam nak borong semua, tapi sebab nak bagi souvenier untuk family, limit sikit la. haha. haa.. yang ni tak berapa nak murah. hiks.
sebenarnya perjalanan kami dari hotel ke tempat-tempat di atas ni jauh jugak. hampir sejam ++. tapi tak terasa sebab kiri-kanan jalan permandangan cantek. lalu kawasan perkampungan. hijau je. memang cantek nature di sini. hampir pukul 4 petang, baru kami turun dari sana. dalam perjalanan, mr. em tanya, "nak pergi spa tak?" wohoho!! itu memang dalam wish list la. gila taknak pergi. mr. eM belanja tu. lagilah rugi kalau taknak. *bersinar-sinar mata masa tu.* dan Agus pun men'suggest' tempat ni kat aku. mr. eM belanja full spa & message in 3 hour! from head to toe! gila lah! dan spa ni memang recomended! nama spa ni "The Vie Spa". tepi jalan dah nampak. kalau orang yang jarang spa macam aku ni, memang eksaited! tapi yang kesian, mr. eM and the gang kena tunggu almost 3 hours ++. sebab kebetulan time tu, tak ada orang. so, staf kat situ bagi extra time. dia cakap suka hati aku nak keluar dari tab mandi bila. wohoho! gila nak keluar cepat-cepat.. ada fresh-flower macam ala-ala princess dulu-dulu tu. cuma tak ada dayang-dayang nak tolong siramkan. feeling-feeling sangat kan? siap nyanyi lagi, "suri ram.. suri ram.. ram.. ram.. suri ram yang manis... lalala.. " tapi yang geramnya, masa aku spa tu, mr. eM and the gang pergi shopping! hep.. not fair!
dan lepas spa, malam tu jalan-jalan dan cuci-cuci mata kat Hard Rock Cafe BALI. canteknye baju-baju dia. tapi, mahal. so, belikan untuk orang yang kirim je la. hihi.
jalan-jalan sampai penat. kaki lenguh gila. tadi lepas spa memang rasa ringan je badan. ceh! yang kelakarnya, sesat nak cari jalan balik hotel. ntah pape ntah. bertambah-tambah sakit kaki dan pinggang. balik hotel, pengsan! haih ~~
okay.. part 4 jom!
No comments:
Post a Comment