:: Teman Maya ::
:: Jangan Klik Sangat ::
:: Cari Sini ::
Wednesday, September 29, 2010
Get well soon dear ..
Tuesday, September 28, 2010
Weds : HTC Aria ..
:: pagi yang teramat sejuk. dengan ekon yang agak melampau sampai mengigit tulang. dah la kurus. terasa betol kesejukkan kat opis ni. tadi bekpes kat perolehan. 1st time mam kat situ. besh sebab tak ramai org. lepas tu ada astro. hiks. aku suka! tak macam kat menara, macam ulat ramainya. (thanks beb bawak aku pegi mam tadi & belanja aku. jasamu dikenang!) mode : kenyang .. ~ ::
:: semalam aku merayap ke SACC mall dengan mr. em untuk memborong henpon. kami ke DIGI center sebab mereka ada promotion. thanks to Chong yang sanggup melayan kerenah aku dan mr. em dengan pertanyaan yang memeningkan kepala dan diselang-seli dengan pertanyaan yang agak mengarut. hoho. lama gila Chong meng'explain' plan DIGI kat kami. pada mulanya memang nak borong BB 9700 or BB 8520 tapi setelah melihat HTC Aria, macam jatuh cinta pandang pertama rasanya. shape dia chanteq dan menarik perhatian betol. lama aku pegang dan belek2. nampak sweet je kat tangan aku. touch screen dan nipis je. maklumlah, aku ni mana boleh beli henpon besar2 sebab tangan kecik bebenor. so .. aku suka henpon tu..! then, rm1,000 beralih tangan untuk down payment. =D ::
:: so, today nak kena setelkan outstanding bill kat celcom untuk beralih ke DIGI. ~ku bersama mu .. lalala .. ~ sebab plan DIGI dapat harga murah untuk 2 henpon dan unlimited surfing internet dengan hanya membayar rm78/month. (macam duta DIGI dah ni ~). Henpon (rm999) + Line (rm500) + internet and BBM (rm78) x 2 = rm3,154. so, maybe aku amek HTC Aria tu je. ::
p/s : HTC Aria ni ok ke? hmm ..
Monday, September 27, 2010
Weds : Camera Digital, Henpon & Cincin ..
:: weekend ni aku dan mr. em survey sikit-sikit barang wedding untuk hantaran. so, seharian berjalan dengan mr. em kat area2 Shah Alam. ada la lari bajet sikit. hehe. so, aku dan mr. em survey digital camera. mula2 pegi sek. 9 tapi takde yang dihajati. then, pegi la pulak survey kat Plaza Alam Sentral (PAS) kat level 1 tu. at last, jumpa jugak apa yang dikehendaki ..! Canon IXUS 130 black colour. mmg smart. kecik dan ringan. mmg memenuhi kriteria. sebab sekarang ni Canon tengah buat promotion. after less, price dia ialah RM899 includes 4 GB + casing dia. tapi sebab masa tu takde warna hitam, kena la tggu 2-3 hari untuk order. so, just wait je la..! thanks to kakak yang layan aku dan mr. em. sangat sabar orangnya. ::
Blackberry Bold 9700
Blackberry Curve 8520
:: akhir sekali, aku dan mr. em sempat gi HABIB kat Plaza Masalam untuk survey cincin. nasib baik dapat jumpa Syasya. masa tu dia dah abis shift dah but still boleh layan aku dan mr. em. orang yang sama entertain aku dan mr. em masa beli cincin tunang dulu. deal dgn dia senang dan explanation dia details. sebab tu rasa selesa dengan dia. thanks Sya..! so, jenuh la memilih kat dalam tu. so, at last ada la yang menarik hati. tu mr. em yang pilih. aku ikut je. so, kami decide pilih cincin tu. aku gold ring dan mr. em cincin suasa but same shape. nice la jugak bentuk dia. simple je tapi agak pelik bentuk dia tapi sowie ye sebab tak sempat amek gambar cincin tu. nanti aku kopipes la kat blog ni kalau dah siap yee? harga dia still under bajet jugak. tapi kena tunggu la sebab Sya kena tanye price dulu dengan kilang dan tanya boleh ke tempah gold ring sebab design tu untuk cincin suasa. so, wait je la .. ::
:: tu je la bnda yang aku dan mr. em sempat buat. untuk hantaran pun dah bape ribu habis ni. nmpknya macam kena cut la bilangan hantaran cmni .. ::
p/s : henpon tu mane satu yang besh ek? kalau tengok bentuk, curve tu lagi menarik .. hmm ..
Nak sangat ..
:: entry suka-suka. kelakar pulak bila baca. wahaha .. ::
Friday, September 24, 2010
Jodoh ..
:: aku tertarik dengan kata-kata ini. kedengaran seperti mementingkan diri sendiri tapi pada masa yang sama, dalam diam kita akan mengakuinya. benarkah begitu wahai kaum adam? ::
"Tak ada seorang pun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila menikah dia tidak akan memilih wanita jalang (nakal), akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik kerana ia tidak rela bila ibu rumah tangga dan ibu putera-puterinya adalah seorang wanita tak bermoral .."
:: ada juga beberapa teman yang pernah aku ajukan soalan-soalan seperti ini. teman2 yang pada aku agak berfikiran terbuka dan sering mengusung wanita silih berganti. bukan aku nak menjaga tepi kain orang lain tetapi sekadar ingin bertanya. tapi rata-rata akan menjawab jawapan yang hampir sama. macam ada skema jawapan yang telah ditetapkan untuk soalan ini. kalau soalan ini ada termasuk dalam soalan SPM, aku rasa ramai yang lulus dengan cemerlang. kalau begitu, mengapa mereka masih bertukar2 wanita dan berpoya-poya dengan wanita-wanita yang 'howt'? sekadar hendak bersuka-suka barangkali. ataupun untuk mengisi masa lapang. berhibur dan menghabiskan wang juga boleh jadi. apa yang mereka fikirkan agaknya? ::
:: ada seorang teman yang dahulunya 'playboy' sekolah yang sekarang ini telah berumah tangga dengan seorang wanita yang bertudung litup dan manis orangnya. tidak macam wanita-wanita yang pernah dia dampingi. cantik dan seksi. tapi dia tetap memilih seorang wanita yang pada aku biasa-biasa saja. jodoh kan? begitu besar impak seorang wanita bukan? wanita itu juga telah berjaya mengubah temanku kepada seorang yang berbeza. aku sangat gembira dengan perubahannya. tak percaya pun ada. tapi itulah hakikatnya. temanku itu pernah berkata, "aku dah tak macam dulu Lynn. wife aku byk bantu dan ubah aku. aku sangat berterima kasih sebab dipertemukan dengan dia." terharu aku mendengarnya. aku sangat bangga dengan dia.
:: dia membuatkan aku berfikir .. wanita harus pandai menjaga kehormatan diri. jaga maruah diri. walau macam mana pun kita didampingi oleh lelaki-lelaki yang silih berganti tapi belum tentu mereka memilih kita sebagai teman hidup. macam mana jahat seseorang lelaki itu, mereka masih mencari yang terbaik untuk diri sendiri. begitu jugak kita sebagai wanita. kena tau batas-batas seorang wanita. jangan cepat terleka dengan pujuk rayu seorang lelaki. seorang teman juga pernah meluahkan kata-kata pada aku, "pada aku Lynn, susah nak dapatkan seorang wanita yang baik. kadang-kadang bila aku mengayat sape2, senang je dapat. lelaki tak suka cmtu. kalau lagi susah nak dapat, lagi lelaki tu akan menghargai perempuan tu. lebih challenging tau." hiks. ::
:: jadi, wanita kena ada satu standard yang lelaki tak boleh pandang rendah. jangan rendahkan maruah kita semata-mata untuk mendapatkan perhatian kaum lelaki. sebab semua itu hanyalah sementara. bukan nak suruh kita ego tapi sekurang-kurangnya orang lain akan hormat kita sebagai seorang wanita. carilah pasangan yang terbaik yang boleh membimbing kita. bukan lagi memeningkan kepala kita. percayalah, setiap kita telah ditentukan pasangan masing-masing kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya. tugas kita hanyalah berusaha, tawakal & berdoa supaya ditemukan dengan jodoh yang terbaik hingga ke akhir hayat kita. ::
Thursday, September 23, 2010
Sweet SMS ..
:: antara korang ni mesti penah dapat SMS yang cute and chumil kan? hiks. ala .. biasa la tu. taktik nak mengorat .. kan? so, kat bawah ni maybe ada antara korang yang penah dapat ayat-ayat SMS ni masa dolu-dolu. kalau tak dapat pun, korang boleh la guna untuk menajamkan skill mengorat korang tu. hikhik .. ::
Do you know that a simple HELLO can be so sweet?
H: How r u?
E: Everything all right?
L: Like to c u.
L: Love 2 hear from u
O: Obviouslly miss u...
Push down if you miss me...
that is sweet of you ......
Very sweet indeed ....
You can stop now .....
You really miss me,
hee .... me too
When the night comes,
look at the sky.
If you see a falling star,
don't wonder why,
just make a wish.
Trust me, it will come true,
'cause I did it and I found you!
I have the "I",
I have the "L",
I have the "O",
I have the "V",
I have the "E",...
so pls can I have "U"?
Heart can Skip beat for a while...
Memories can be kept in d file...
A desert can be replaced by Nile.
But nothing can stop a smile,
when ur name comes on my MOBILE
There is alwayz a reason 4 evrthin
A reason 2 live,
a reason 2 die,
a reason 2 cry,
but if u cant find
a reason to smile,
can i b da reason 4 a while?
There's no Special reason for dis msg,
I juz want 2 steal a single moment out of ur busy life
and hope I can make u smile n say...
Someone remembers u..
p/s : hehe .. dulu suke simpan msg2 yang sweet2 cmni ..
Wednesday, September 22, 2010
Gathering kecik-kecik ..
:: lunch break tadi baru lepas jumpa teman2 induksi kat restoran gembira seksyen 3 .. ke 4 ek? aku pun tak sure. memula nak mkn kat pak long tapi tutup. tu pun dah lambat sebab keluar pukul 1.30 pm. plan tetibe cmni la jadinya. thanks ijad sebab amek aku kat ptar td. so, tadi juz lepak2 and minum2 dengan wan misi ~ shaharil ~ ijad & bakal wife ijad, zana. anyway, congratulations to ijad & zana on their wedding this November. date dia 27 November 2010. =) lagi sorg teman aku nak kawen. happy for them ..! ::
:: tadi macam nak pecah perut gelak bila hang-out together mcm tu. lama tak jumpa mereka2 ni. kebanyakkan cerita berkisar kepada zaman-zaman induksi dulu. walau berulang cerita tu aku dengar tapi tetap kelakar dan memang akan gelak. rasa rindu pulak bila teringat balik. antaranya cerita pasal Kamil ~ mermaid kat Teluk Batik ~ baju i'm single yang wan misi pakai tepi pantai tu ~ then terus ke cerita bebudak2 lain masa kat sana. memang besh la..! happy and seronok dapat jumpa diaorg. hope lepas ni ada gathering lagi. gathering beraya mungkin .. ::
p/s : kalau gathering dengan diaorg ni .. memang tak sah kalau tak kena buli .. haish! tapi aku tetap happy jumpa korang sume tadi !
Entry bosan ..
:: ni memang entry takde keje. disebabkan kesejukkan yang melampau kat opis aku ni, aku dah tak boleh nak buat keje dah. krem tangan aku sejuk. lebih2 lagi dah nak time lunch hour ni. so, aku searching picture living room ni. chanteq2 jugak la. give me some idea for my new house maybe. insyaallah. =) aku suka yang moden2 but simple cmni .. ::
Cinta ..?
:: apa definisi cinta pada kamu? ::
:: Cinta mampu melunakkan besi .. menghancurkan batu .. membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin .. inilah dahsyatnya cinta .. ::
:: Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis .. debu beralih emas .. keruh menjadi bening .. sakit menjadi sembuh .. penjara menjadi telaga .. derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat .. ::
p/s : got from email .. thanks to the sender ..
Tuesday, September 21, 2010
Yuna - Penakut ..
:: lagu dan lirik yang meaningful .. tak semua orang boleh meluahkan cinta kepada seseorang straight forward .. boleh jugak melalui lagu cmni .. ::
Yuna - Penakut
Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Engkau pun tahu
Bukan milikku
(klik sini kalau nak dengar lagu ni)
p/s : sedap je suara Yuna ni .. tenang je dengar lagu ni ..
quote : Jika ia sebuah cinta .. ia tidak datang dengan kata-kata namun ia sentiasa menghampiri dengan hati ..
Monday, September 20, 2010
Lelaki & Wanita : "Hanya Kawan" .. Boleh ke?
:: dah lama aku nak cakap pasal tajuk ni. bukan ape, just wat to share my opinion. tak salah kan? setiap orang ada pendapat dan pandangan tersendiri. tak ada yang betul dan salah dalam hal ni, true? *angguk kalau kamu bersetuju dangan aku.* =) ::
:: persoalannya .. bolehkan lelaki dan wanita menjadi 'hanya kawan'? mesti ada antara kita yang angguk2 dan geleng2 kan? tak apa, tu korang punya pendapat. memang ‘cool’ kalau kita memiliki lelaki sebagai sahabat baik sebab mereka mempunyai perspektif dan pemikiran yang berbeza dalam apa jua perkara. tapi bukanlah aku nak cakap yang kawan perempuan itu tak ‘cool’ ~ jangan salah tafsir yee. lelaki selalunya lebih rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki sebab ianya kadang2 agak menarik. sebab hanya mereka yang memahami kaum mereka sendiri. true? *aku tau ramai yang buat cmni. cakap kat diri sendiri jugak ni .. ngee~*::
:: ada satu lagi jenis, ia digelar The Facade - anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. ini adalah kategori yang sukar. mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan atau sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? kedua-duanya akan membuatkan anda buntu. yang ni aku kopipes dari sini. so, korang penah rasa cmni tak? aku rasa, rata-rata penah mengalami keadaan cmni. so, apa yang korang lakukan? terpulang pada korang la. kalau korang jenis yang berani, aku rasa baik mengaku je. sekurang-kurangnya korang akan rasa lega apabila mengetahui apa yang korang patut tahu. sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sekurang-kurangnya korang tahu. true? but lepas tu mesti kita rasa janggal. hmm .. ::
:: ni aku dapat dari salah satu blog, "I feel just the opposite. Men and women cannot be just friends. Atleast in a sense of women-women friends. Men and women can't go to movies togther, shopping together, hang out together, etc. and then expect no emotional relationship to develop. There is just something in people that makes them gravitate toward each other. Especially when they start discussing problems in current relationships with each other. It just gets messy and can lead to awkard situations." ::
:: for me, depends on the situation. susah sebenarnya kalau bestfriend kita ni lelaki. bukan apa, perempuan ni cepat tersentuh. even lelaki tu tak ada apa2 perasaan pun kat kita tapi sebab kita dah kenal and faham perangai dia .. dan dia pun macam tu .. membuatkan kita rasa sangat selesa dengan dia. boleh kongsi apa saje dengan dia. sebab lelaki ni berfikiran terbuka dan tak cepat melatah. bila rasa selesa, akan timbul satu 'perasaan' lain dalam kita tak sedar. kalau dah berkaitan dengan perasaan ni, susah sikit kita nak control. true? sampai bila kita nak pretend yang kita tak ada apa2 perasaan dengan dia? saket kalau lama kita pendam. itu just pendapat aku. it all depends on yourself. true? ::
p/s : semuanya terpulang pada hati .. kalau kita tak bertepuk sebelah tangan, kita akan mendapat sahabat dan teman hidup sekaligus .. tapi kalau sebaliknya, kemungkinan besar kita akan kehilangan kedua-duanya sekaligus ..
quote : berilah cinta tanpa meminta balasan .. dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah ..
Rosin - Kaseh ..
:: memandangkan hari ni opis sunyi and mood keje belum lagi membelenggu diri, aku dari tadi download lagu-lagu indie. macam2 aku download. ada yang besh and ada yang hampeh. so, ni ada satu lagu yang sedap la telinga aku dengar. telinga korang aku tak tau la. hiks. group ni namanye Rosin. pelik sikit nama dia. tapi semua lagu2 dia boleh la tahan. satu lagu dia yang aku suke ni tajuk dia Kaseh. ::
Rosin - Kaseh
Biar bertahun kian mengalir
Esok kan jadi mimpi
Keresahan ini pasti
Dahaga merindu takkan kembali
Semoga di hatimu
Teringat melodiku
Kerlipan bintang menjadi bukti
Chorus :
Kali terakhirku nyatakan kepadamu
Sayang kamu sehingga kini
Hadirmu warnakan mimpi saban hari
Kau sayangi tak mungkin hilang .. kaseh ..
Siang berlalu malam berakhir
Bangunlah dari mimpi
Keresahan ini pasti
Dahaga merindu takkan kembali
Semoga di hatimu
Teringat iramaku
Impian akan menjadi pasti
(Ulang Chorus)
Kaseh ..
(klik sini kalau nak layan lagu ni)
p/s : ok tak lagunya? ada lagi lagu2 Rosin ni yang sedap.. macam Lucu .. GulaGila .. Hanya Milik Dia & Pada Senyum mu .. juz klik je kalau nak download lagu2 tu yee ..? =)
Back to work ..
Saturday, September 18, 2010
Haha ..
Salam ..
:: one of my friend bagi kat muka buku. sangat kelakar dan mempunyai makna yang tersirat. enjoice ~ ::
p/s : jangan la sampai buat cmni yee... =D
Short quote ..
Friday, September 17, 2010
Mr. Perfect ..
:: korang penah tengok cerita korean ni tak? cerita ni dah lama dah. tetibe pagi ni aku teringat. tajuk dia "Seducing Mr. Perfect". hah? tak tengok?? perghh .. gile rugi! cepat2 la bawak pegi tengok. kalau yang dah tengok tu pasti tersenyum lebar sebab teringatkan muka hero cerita tu kan? kalau tak minat cerita korean pun, kalau tengok je hero dia, confirm korang nak tengok banyak kali. *cakap kat diri sendiri sekali .. ngee ~* ni aku tempek gambar hero dia kat bawah ni. nama dia Daniel Henney. jom cuci mata kejap! ::
:: kalau dapat macam Daniel Henney ni pun jadi la. wahh! demand bebenor. hmm .. okez .. iras2 sikit je, boleh tak? hiks. =p ::
c.i.n.t.a
:: aku tak pandai bicara mengenai cinta. kerana aku juga tak memahami maksud cinta. setiap orang mempunyai tafsir cinta yang tersendiri. aku tidak arif mengenai cinta. mungkin aku tak cuba untuk memahaminya. pada siapa aku harus bertanya? siapa yang arif pasal cinta? kamu? anda? kau? awak? you? kadang2 cinta ini buat kepala pening. sampai saket kepala pulak tu. penangan cinta ni amat kuat. seperti orang dulu-dulu kata : makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. makna yang paling ringkas : a.n.g.a.u. hiks. penah aku ajukan soalan ini kepada seorang teman yang tak dikenali melalui emel. jadi, dia pun membalas :
"Jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan permintaan .. namun ia hadir kerana ketentuannya .. jika ia sebuah cinta .. ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan .. namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan .."
jawapan yang begitu mendalam. perlu penghayatan sedikit. *tapi jangan la sampai begitu kerut di muka tu. aku pun tgh cuba untuk fahami bait-bait itu. hiks.* betul ke cinta memerlukan pengorbanan? perlukah pengorbanan hanya untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang yang kita cintai? sesetengah orang berpendapat, cinta memang memerlukan pengorbanan, baru ada thrill dalam perhubungan. baru kita rasa cinta itu terlalu berharga dan sangat sukar untuk diperoleh. justeru, kita akan lebih menghargai apa itu cinta. hmm .. betul jugak kan? ::
p/s : kenapa aku bicara mengenai cinta ni? hmm .. saja ..! ~lalalalala .. =D
quote : tak semua orang mampu meluahkan apa yang mereka rasa melalui pertuturan .. cukup dengan hanya tingkah laku dan bahasa tubuh untuk menerangkannya .. kadang2 instinct jugak membantu .. hmm .. sukar bukan untuk memahami cinta? (ngeee~)
Thursday, September 16, 2010
Cinta tak semestinya memiliki ..
Wednesday, September 15, 2010
SEPI ..
Puding karamel ..
:: baca tajuk entry dah macam blog resepi la pulak. hiks. ari ni aku try buat puding karamel. 1st try ni. saja tak ada keje tadi. tengah2 surf internet, tetibe teringin nak try buat puding ni. aku cari resepi yang paling simple dan senang nak buat. so, bahan-bahan dia pun memang senang dan mudah didapati. bahan-bahan dia ni mesti ada punya kat setiap umah korang. tak payah susah2 nak pegi beli. hiks. antara bahan-bahannya :
Wanita sangat istimewa ..
Mengapa WANITA sangat istimewa ..
mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “i letih la .. dah lewat ni, i nak tido lah .. ”
mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. leceh pulak nanti. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. rendam lepas makan tadi. basuh jap. susun pinggan kat rak, lap dapur. terpercik kena sambal masa masak tadi. check air panas dalam flusk. takut habis pulak nanti malam anak nak susu. memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. salin la gula ni kejap. check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. nasib baik ade lagi. ish .. ni lauk bila ni .. semalam. dah beku dah. basuh la kejap. pegi dry yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. penat dah ni, besok je la basuh. sidai kain lap je lah.
tik ..! bunyi air dah masak. salin air dalam flusk. ok settle. baru teringat tak solat lagi. on da way nak pegi bilik, papa tgk tv lagi. nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. check .. baju 2 pasang, towel. towel kecik utk selsema. calamine lotion untuk sapu ruam. pampers 4 keping. alamak .. terlupa pulak masukkan botol. basuh botol jap. ok settle.
ternampak pulak beg pegi keje. hmm .. besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je. salin jap barang2 pegi beg coklat. check sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2. leceh pulak. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. haish .. sempit la beg ni. hangin je. nak kena beli ni beg baru. rasenya 25hb ni Sogo sale nih. mana flyers tadi ek. ha .. ni dia. ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa. ok settle.
Tetiba dengar suara papa, "u buat apa lagi tu .. tadi kata nak tido."
"yelah nak tido la ni. nak solat jap.”
masuk toilet. buat apa2 yang patut. cuci muka dulu. 2 jenis pulak tu. adoi .. gosok gigi. solat. pakai toner. pakai treatment cream. nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. hiks. bukak almari. emmm .. pakai baju hijau ni lah besok. gosok kejap. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni.
kat bilik belakang. laa .. kenapa komputer ni tak tutup ni? gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ish .. pegi dapur .. basuh .. sambung gosok baju. gantung elok2. kemaskan baju gantung2. masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor. ok settle.
dgr suara papa lagi. "i dah ngantuk ni." dalam pada nak masuk ke bilik. owh .. pokok aku dah nak mati ni ha. lupa dah 3 hari tak siram. ok, siram jap. check jap pintu ni. sah tak kunci lagi. grill pun tak tutup. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku. bukak lampu luar. ni mainan ni sepah2. masukkan la dalam bakul mainan budak ni. banyaknya. sampai bawah meja makan pun ade. adoi .. ok dah.
ok dah boleh baring. adoi .. sakitnya pinggang. cium si comel ni kejap. selimutkan dia. laa .. kenapa basah ni? emm .. tukar la pampers ni. tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. nanti pegi Sogo 25hb. ni beli la skali…ok sayang tido k? kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni ek? tido sampai pagi k? gud nite. sweet dreams.
aaahh .. sedapnya dapat baring. mana pulak lotion sapu kurus aku nih. ha .. ni dia. sambil sapu lotion kurus. setkan alarm. setkan program kerja besok. pagi pukul 9.30 ada meeting. ahh .. boring. panas pulak lotion nih. dah la. hmm .. sedapnya lelapkan mata. Ya Allah .. terima kasih untuk rezekiMU hari ini. mohon keberkatan dari mu Tuhan.
papa pun bangun tutup tv. "i dah ngantuk sangat ni. nak tido lah. citer pun tak best malam ni, bola pun takde." selang seminit .. dengar suara papa berkeruh. hmm .. dah agak dah.
p/s : Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah .. setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri .. aku sayang ma aku! =)
Once in a lifetime ..
Once in a lifetime ..
You find a friend ..
Who touched not only your heart ..
But also your soul ..
Once in a lifetime ..
You discover someone ..
Who stands beside you ..
Not over you ..
Once in a lifetime ..
If you are lucky ..
You find someone ..
As I have found you ..
Very special people ..
We can be ourselves with ..
Talk with .. laugh with ..
Hope with and believe with ..
p/s : true friendships .. =)
Tuesday, September 14, 2010
Lelaki ..
:: watching syurga cinta :: tak penah lagi tgk cerita ni.tapi tau la jalan cerita dia macam mana. kenapa la ada lagi mamat2 yang batting sesama sendiri semata-mata nak tunjukkan mereka ni pantang dicabar? cuba la cabar benda2 lain. ni cabar pasal perempuan. dulu zaman2 sekolah selalu sangat macam tu. ada la segelintir budak2 lelaki yang tak ada kerja ni cari kerja. kdg2 aku tak paham jugak kaum lelaki ni. diaorang ni macam tak boleh nak berfikir. kalau la benda2 cmni jadi kat kaum keluarga diaorang pulak. apa yang diaorang rasa? marah? geram? dendam? rasa nak baling buku teks add math? rasa nak bunuh orang tu? so, sama la apa yang orang lain rasa. lebih2 lagi yang berkaitan dengan hati dan perasaan ni. perempuan ni cepat tersentuh hatinya. cepat marah tapi senang cool down balik. cepat terharu. cepat perasan. semuanya cepat. jadi, tak payah la nak main2kn perasaan dan hati perempuan. sebab sekali mereka terluka, impaknya sangat besar. sampai bila2 mereka takkan lupa. tapi aku tak cakap semua lelaki cmtu. *jangan la mara wahai kaum adam. aku tak bermaksud begitu. jgn kerutkan muka kamu macam tu ye.* (^_^)
:: dalam cerita ni ada scene dalam night club. tetibe aku teringat. aku nak tau sangat macam mana keadaan sebenar dalam tu. sebijik macam tu ke? dulu aku penah cakap dengan ma, "ma, orang teringin la nak masuk kelab tu. nak tau dalam tu macam mana. boleh tak ma?" ma gelak je. ma cakap, "tak payah la. orang pakai tudung mana boleh masuk situ. lagipun sama je macam kat dalam tv tu". wahh .. ma aku lagi tau ni. hiks. =p tapi betul la, sampai sekarang ni aku teringin nak masuk situ. bukan nak buat apa, juz nak tengok dengan mata kepala sendiri je .. ::
p/s : kat penang hari tu tak sempat nak pergi Hard Rock .. juz sempat snap signboard dia and lalu depan je .. haish!
quote : Live every act fully .. as if it were your last ..
Biar jiwa ..
:: not everyone are blessed with the ability to express. so why wont we just let everything but the lips speak up? and oh. song's at the side bar .. :: kopipes dari blog kak fynn ..
Biar jiwa by Fynn Jamal ..
kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu
alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku
alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku
perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati
tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara
biar
biar
biar jiwa
bersuara
(klik sini kalau nak layan lagu ni ..)
p/s : hari ni dengar lagu ni je .. tenang je rasanya .. thanks kakak kerana cipta lagu cmni .. sedap didengar ..
Monday, September 13, 2010
Perbualan singkat ..
Dia : selamat ari raya. maaf zahir batin.
Aku : selamat ari raya. maaf zahir & batin.
Dia : pic nie baju raya ke?
Aku : a'ah. =)
Dia : cantik juga.
Aku : hiks. thanks.
Dia : =)
Aku : mane gmbr raya awk?
Dia : x masukkan lagi..nanti saya masukan. esok kot. yg sebelah tu sape?
Aku : ow..ok. sebelah tu ank sedara lynn.
Dia : comel. macam anak saya.
Aku : hiks. tgk la acu dia sape. =p
Dia : acu dia .. terlebih comel. tu yg masih ingat sampai skrg.
Aku : ow..ok. wife sihat?
Dia : sihat. byk dapat duit raya?
Aku : xdapat dah. bagi duit raya ade la.
Dia : hahaha ..
Aku : hiks.
Dia : masa raya lynn buat kuih raya x atau tunjuk kat kedai jer?
Aku : ade yg buat sendiri. ade yg tnjk kt kedai. =)
Dia : bagus juga.
Aku : awk? wife buat kueh x?
Dia : kuih tunjuk. kek buat sendiri. kek lapis.
Aku : wahh..pandainye dia buat. susahkan buat kek lapis tu?
Dia : org swak kena pandai.
Aku : ow..ye ke? hiks.
Dia : nanti saya masukan sekali pic kek k?
Aku : ow..ok. =)
p/s : semoga bahagia ..
Kawan yang baik ..
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik ..
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya ..
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya ..
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan ..
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan ..
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira ..
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa ..
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya ..
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik ..
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya ..
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna ..
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya ..
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya ..
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita ..
Kita kawan kan ..
Lelaki & Wanita ..
:: Lelaki ::
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
:: Wanita ::
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ..
Setiap wanita itu chanteq ..
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya. "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita." kata sang ibu kepadanya.
"Saya tidak mengerti." kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kamu tak akan pernah mengerti."
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan." hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
Setiap Wanita itu Cantik.
Sayang ..
Untuk Orang Yang Kita Suka ..
Kerana Orang Yang Kita Suka ..
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang ..
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat ..
Syawal ke-4 ..
Mood : e.m.o ..
:: trett .. trett ..! tipon aku bunyi. ish! nama ni lagi tertera. kalau aku diam .. tak angkat call .. tak paham2 lagi ke yang aku ni taknak ko call lagi? taknak dah dengar suara ko. kalau tak angkat call, dia msg pulak. tak putus asa betul la dia ni. spoil mood aku betul. sabar aku ni ada batas jugak. jangan sampai buku teks add math terbang melayang ke arah ko sudah la. tu dah paling marah la tu. dah cakap elok2 pun taknak dengar jugak. nak aku cakap cmne lagi? nak tukar bahasa jugak ke?? plz la. jangan ingat sebab ko tu kaya .. ada kete mahal .. ayat nak manis .. pastu boleh nak mengayat aku. haish! plz find someone else okay? much better than me. haiya. ::
Sunday, September 12, 2010
Hari ke-2 Syawal ..
:: hari kedua raya :: takde apa yang menarik hari ni. aku pun dengan takde mood sebab saket perut. so, memerap je kat bilik. bangun pukul 11 pulak tu. tu pun sebab telah dikejutkan oleh ma. suruh mamam ubat. aku ni biasa la. every month memang cmni. memang tak boleh nak dielakkan. masalah perempuan la katakan. hiks. =p kalau nak diikutkan hati memang nak lepak kat bilik je. tapi sedara-mara datang rumah. tak sedap pulak kita dok dalam bilik .. rite? so, bangun .. mandi .. siap2 sket .. dok depan cermin dan try untuk senyum .. (^_^) after that, kiteorang pulak pegi rumah sedara kat Bandar Tasik Puteri. duduk2 .. makan2 .. borak2 .. suasana yang cukup indah aku rasakan. masing-masing ada cerita tersendiri. masa-masa begini la yang paling bermakna bila berkumpul sedara-mara. ditambah pulak dengan loghat Perak yang agak pekat. hiks. aku suka dengar. =) ::
:: malam :: still lepak2 kat rumah sambil menonton Zombie Kampung Pisang. cite ni memang lawak la tapi still menyimpan maksud yang tersembunyi. sinis sedikit. dan aku suka cerita ni sebab ada loghat Perak. kelakar tengok Awie cakap Perak. janggal bunyinya. tak sama dengan orang yang betul2 dari negeri itu. =D ::
:: pukul 11 :: masa ni memang aku book tv sebab aku dah lama nak tengok cerita ni. pisau cukur. *tak payah buat muka bosan cmtu. 1st time aku tgk preview cerita ni pun, sama la riak wajah aku cmtu*. tapi tadi totally change la beb. ntah kenapa aku suka cerita tu. *but it doesnt mean i'm type of that person ok?* ada message yang disampaikan melalui cerita tu. cerita tu buat aku berpikir. semua girls ni memang suka lelaki kaya ke? tak kira la tua or muda. asalkan duit banyak. not because of love. pelik. ada satu dialog dalam cerita ni :
"you nak kahwin dengan orang yang you tak cinta. you boleh bahagia ke?"
"boleh! mula-mula tak cinta. lama-lama cinta la."
senang betul bercakap. mereka-mereka ni tak rasa apa-apa ke? macam mana nak bahagia kalau tiada cinta di hati?
another dialog :
"kenapa you buat semua benda yang you tak suka semata-mata untuk orang lain? kenapa you tak jadi diri you sendiri?"
"jadi diri I? maksud you bodoh dan clumsy macam ni?"
"habis tu? you nak tunjuk kat siapa lagi sifat bodoh dan clumsy ni kalau bukan depan orang yang kita cintai?"
stop pretending and be yourself. susah ke? sesebuah perhubungan memerlukan kejujuran. sekali kita hilang kepercayaan terhadap sesorang, susah kita nak kembalikan semula perasaan itu. lagi satu dialog cerita ni :
"I nak kahwin dengan lelaki kaya sebab I kena fikir masa depan bakal anak-anak I. I tak nak diaorang hidup susah dan tak ada masa depan."
hmm...sebab tu ke mereka-mereka ni berfikiran begitu? patut ke mereka berbuat begitu? kadang-kadang tak boleh salahkan mereka-mereka ni 100%. sebab apa yang berlaku ni selalunya ada kaitan dengan kehidupan mereka dahulu. ada 1 scene dalam cerita ni. di mana situasi dalam bilik darjah. cekgu bertanya kepada anak-anak muridnya mengenai cita-cita apabila dewasa nanti. jawapan yang biasa didengar adalah seperti guru, polis dll. tapi girl ni bangun dan jawab :
"saya nak kahwin dengan tan sri. kalau bukan dengan tan sri, dato' pun boleh."
kanak-kanak sekecil itu dah boleh menjawab dan berfikiran begitu. pelik bukan? tapi ending cerita ni simple je. girls tu dah sedar dengan kesilapan mereka & make a right decision for their life. tak semua benda kita boleh beli dengan wang. memang wang tu penting. aku tak nafikan. tapi ada lagi benda yang paling penting yang kita terlepas pandang.
:: aku suka cerita ni sebab plot cerita yang menarik .. simple .. camera shoot macam cerita omputih .. memang menarik .. macam ada satu cerita omputih yang lebih kurang macam cerita ni .. tapi aku tak ingat cerita apa .. ::
p/s : maya karin & fazura cute dalam cerita ni .. gediks but tak menyampah .. aaron aziz hensem and macho gile .. =D
Friday, September 10, 2010
1 Syawal ..
:: Salam 1 Syawal ..! :: pelik sebab pagi tadi dah boleh mamam siang hari. hiks. rasa janggal pulak sebab dah sebulan tak mamam siang. anyway, salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. hari ni tak pergi mana2 pun. juz dok umah dan terima tetamu je .. tapi aku still happy sebab dapat beraya dengan my lovely family. tapi family yop pulak takde. tahun ni beraya kat Perak .. tapi takpe la, nak buat macam mana .. rite? =D ::
p/s : turn aku bagi duit raya tahun ni .. selalu aku yang dapat duit raya .. hiks ..
Salam Aidilfitri ..
:: baru siap iron baju aku and my mom. adoi, saket pinggang. *tak payah la nak angkat kening & cebik muka cmtu. memang penat ok?* hari ni rasa macam kurang sehat sket. dari tadi bersin & still selsema lagi. kesian kat Ya. dia pun bersin dari tadi. mungkin sebab aku. hope esok semua orang ok. ::
:: tadi jugak semua juadah untuk esok telah siap dimasak. so, tak sabar nak merasa rendang ma. *tadi aku dah rasa sikit tapi rasa macam tawar pulak. tapi ma dah adjust dah. hoho.* nasi impit pun dah rebus. ada kuah kacang dengan kuah lontong. yummy..! ::
:: tahun ni aku dah belikan ma, apak & nyah baju raya. alhamdulillah, ada rezeki lebih tahun ni. happy sgt2 sebab dah lama teringin nak belikan something untuk diaorang raya ni. tema kaler tahun ni ialah kaler OREN. sebenarnya takde pun tema-tema ni tapi tetibe je semua orang beli kaler oren, so aku follow je. ::
:: dari semalam sampai hari ni byk SMS aku terima dan time kaseh kepada semua kawan2 yang mengingati aku. jgn risau, aku dah balas dah semua SMS korang tu tapi memandang musim-musim perayaan ni, semua jadi pending. tak kira la line apa yang korang pakai sekali pun tetap sama. so, tak payah la marah-marah kalau SMS korang pending ok? *ditujukan kepada akak aku yang membebel dari tadi sebab SMS dia pending. hiks.* ::
:: di kesempatan ini, aku nak minta maaf byk2 kepada semua teman2, sanak saudara. dan of course to my family. tak kira la walau kat mana pun korang skrg. halalkan makan dan minum aku selama ni. maafkan segala kesilapan yang aku penah buat kat korang. maafkan aku kalau selama ni aku penah buat korang tersinggung dengan cara aku bercakap. terlepas kata. terkasar bahasa, mohon ampun dan maaf. aku sayang korang semua. ::
p/s : selamat hari raya aidilfitri .. maaf zahir & batin .. =D
quote : semoga aidilfitri tahun ini akan memberi seribu makna dan kenangan dalam kehidupan kita semua .. insyaAllah ..
Thursday, September 9, 2010
Siapa dia ..?
:: kenapa kebanyakkan persoalan di benak kepala ni tak dapat aku jawab. aku seakan tak ada jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan. ada sedikit tapi tak cukup padat nak dijawab. padahal bukan kepala orang lain. kepala aku sendiri. mengeluh dah beribu kali aku rasa. bila mengeluh, setiap kali itulah teringat pesanan seorang teman : "jgn mengeluh sebab setiap kali kita mengeluh, kita akan kehilangan seribu sel." setiap orang dia pesan begitu. kalau la betol, aku rasa dah berjuta-juta dah sel aku ni mati. tapi kadang2 tak sedar bila kita mengeluh. *sigh~* ::
:: lately ni ada seorang unknown sender yang sering hantar quote kat aku melalui emel. mula-mula tu memang malas nak layan tapi 2-3 hari ni, setiap hari dia akan menghantar satu quote kat aku. pendek je quote dia tapi buat aku banyak berpikir. aku ingat dia tersalah hantar emel tapi memang betol pun dia tersalah hantar. hiks. =D dia minta maaf kerana tersalah hantar dan memenuhkan inbox emel aku. aku balas, "it's okay, sy tak kisah." dan dari situ aku jadi penunggu setia quote dari dia. lelaki atau perempuan? aku pun tak pasti. tiap2 hari dia seakan tahu aku menunggu emel darinya dan dia tidak menghampakan aku. bila baca quote darinya, aku tersenyum. jiwang barangkali orangnya. setiap persoalan yang aku ajukan, akan dibalas dalam bentuk quote. pelik bukan? ::
"Bercinta memang mudah .. untuk dicintai juga memang mudah .. tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang paling sukar diperolehi .. "
Wednesday, September 8, 2010
Quote pendek lagi ..
p/s : terima kasih unknown sender ..
Pantun raya ..
:: byk betol dapat emel kat lotus note ni. ni pun salah satu jugak .. enjoy..! ::
Kelantan ..
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu ..
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang ..
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor ..
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka ..
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan ..
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak ..
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah ..
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang ..
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis ..
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
p/s : beshnye sebab kita ada pelbagai loghat .. =D
Cuti ..
:: lengang je opis aku hari ni :: sume orang dah start bercuti. bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. takpe la, orang dah ada family. yang tinggal kat opis ni pun sume yang bujang-bujang except my bos. my bos tak cuti lagi, esok baru cuti sama macam aku. nanti kalau aku dah kawen pun, barangkali aku juga seperti mereka. amik cuti panjang untuk beraya ke rumah hubby. aku bukan tak boleh amik cuti awal tapi nak buat apa. aku beraya hanya di sg.buloh. tak perlu cuti yang panjang pun. dekat je. tapi kalau nak dikira, 10 hari jugak aku cuti nanti. hiks. =D saja amik cuti panjang sebab dah lama tak amik cuti. nak rest. nak relax.
semalam aku MC. tak sehat. demam. selsema. doc cakap aku kena minum air masak byk-byk. jangan minum ais waktu berbuka. aku hanya tersengih2 tanda setuju. doc cakap telinga aku bengkak kat dalam sebab selsema. ptt la aku rasa macam tak berapa nak dengar. tekak aku luka. adoi, seksa nak menelan. perit. baiklah doc, aku akan ikut cakap kamu. ikut ke? doc cakap tak payah puasa sebab kena mam ubat tapi aku redah jugak puasa. ikut cakap ke tu? sorry doc! sayang nak berbuka sebab dah petang time tu. malam lepas berbuka baru mam ubat. skrg still selsema lagi tapi demam macam dah ok. semalam pun lepak dan berbaring je kat rumah.
:: bosan :: budak2 umah aku semua dah pulang ke kampung masing-masing. tinggal aku dengan syirin je, roomate aku. dia pun maybe balik hari ni. so, rumah tu akan sunyi dan tak berpenghuni selama seminggu. aku pun balik petang ni. =D
p/s : selamat hari raya aidilfitri untuk semua .. harap aidilfitri tahun ni akan memberi kegembiraan dan memori yang cukup indah buat kita semua .. mohon ampun zahir dan batin ..
Zaman kecik-kecik ..
:: mesti korang tersenyum kalau teringat zaman kecik-kecik kan? ni antara perkara-perkara yang menandakan korang baby tahun 60-80 an ::
Rindunya kat zaman kecik2 dulu .. Happy je memanjang .. main je dengan kawan-kawan 24 hrs ..
> kita membesar dgn menonton Donny & Marie Show, G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron ..
> berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? hmm .. mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kita kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kena la tampal ..
> ni sure korang ingat .. program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tu minum susu. sekotak 30 sen je beb .. hiks!
> cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan .. kan?
> semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin ..
> Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dengan family. ni for those yang dok KL la ..
> time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo (tapak merah & hijau), kalau yang susah tu pakai kasut plastik je, Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu .. ada yang suka stoking tebal la ..
> internet? email? mendalah apa tu? CD? ape tu? kaset tape penah la dengar. tiket wayang pun 5 henggit je time tu ..
> kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam' ..
> bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,Happy Family la dalam class ..
> tapi bunyi loceng la yang paling best skali. boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekolah tu .. lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggalkan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
> lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola, rounders .. permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three','Police & Sentry', kejar2 duduk ..
> kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia ..
> lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni .. baling2 kapur ..
> hmm .. budak2 kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir thn 1987/88. sekarang digelar 'remaja'.
> bagi diorg, diorg mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children ..' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yang Westlife nyanyi .. bukan Billy Joel nyanyi .. bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ada satu je Vietnam ..
> AIDS wujud sejak diorg lahir.
> CD pun wujud time diorg lahir.
> Michael Jackson dah putih dah time tu.
> Diorg percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.
> Diorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.
> Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
> Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih .. dan diorg sekarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control.
> dan diorg tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone ..
> hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke :
(1) korg paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
(2) kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin
(3) korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer .. selamba je
(4) kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah menengah guna handphone
(5) kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap hari
(6) bila jumpa member lama dari semasa ke semasa seronok bila bersembang
(7) pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecik2, nakal2 dulu
(8) last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member2 lama korg ..
Sure diorg suka punye la .. hehehe .. Ya, kita pun dah semakin tua ..!! Teringat zaman2 dulukan? =D
p/s : *senyum* thanks Ina sebab bagi emel ni .. =D
quote : Hidup umpama aiskrim .. nikmatilah ia sebelum cair ..
Tuesday, September 7, 2010
Lelaki oh Lelaki ..
Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata : wow..! ciri2 isteri idaman ..
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata : tak reti berkomunikasi agaknya ..
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : mesti ada krisis ni. kesiannya ..
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : dah la tak lawa .. perangai plak mcm sial ..
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata : wow..! heroin sejati ..
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata : hmm .. taktik nak ngorat la tu ..
Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : ok la .. bagai pinang d belah dua ..
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : kesian .. mesti dah kena bomoh lelaki tu ..
Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : buta kayu btol mamat tu ..!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : patut pon kena reject ..
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : ntah dato' mana bela ni ..
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : mesti anak org kaya ni ..
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah .. caringnya ..
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : eleh .. gedik la tu ..
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : don't worry .. i will make u happy forever ..
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : sikit2 nangis..!! cengeng betol .. ngade2 la ..
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata : dah la lawa .. pandai masak plak tu ..
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata : ntah sedap ke tak tu ..
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : syoknye.. !! rindu la tu ..
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : ko ni takde keje lain ke..??! sibuk ni tau tak..!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata : ee .. sukenya ..!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata : asyik2 email dia...boring..!
p/s : hmm.. manusia tak pernah puas hati dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka .. tak salah untuk menilai tetapi jangan mengukur keperibadiaan seseorang melalui paras rupa semata-mata .. tak kenal maka tak cinta ..
quote : Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah ..
Mati itu terlalu saket ..
:: aku dapat emel ni dari one of my friend. saja nak share kat sini ::
Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rasa lagi. Kalau siapa-siapa yang pernah rasa, boleh la kongsi-kan pengalaman anda di sini.
Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu diambil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "
Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "
Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "
Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut berada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).
Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.
Bagaimana jikalau minggu depan hari selasa, anda mati…sudah bersedia?