:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, August 26, 2010

Terperangkap Dalam Lif ..?

Salam ..

Pernah tak korang terperangkap dalam lif..? ape yg korang buat kalau korang dalam situasi ini? nanges..? jerit..? rase nak pitam/pengsan..? ke blur..? hiks..semua tu berkemungkinan akan dialami oleh org2 yang ade pengalaman terperangkap dalam lif.

Situasi ini juga berlaku kat aku kelmarin. mase tu mmbe aku call, nak jumpe aku kat level 3 sebab dh lame x jumpe. aku pun dgn confident cakap, "ok, jap lagi lynn naik ye?"

So, aku pun menuju ke arah lif dan terus menekan angka 3 sambil menyanyi2 kecil (lupe dah lagu ape..) lame aku tunggu, lepas tu bunyi "ting" menandakan pintu lif tersebut dah sedia untuk bukak tapi yang tak sedap hatinya cara pintu lif tu bukak agak kasar dan menakutkan.

"kenapa lif ni bunyi semacam je?" tapi, sebab dah tak pikir sgt pun, aku redah je naik sambil tekan button tutup pintu tu dan lagi skali lif tu mengeluarkan bunyi yang kasar.

"ish..jangan la macam2 lif ni."

Then, ape yang aku pikirkan tu happen jugak. lif tu tetibe off and stop. damn..! biar btol ni? dah la sorg2 mase tu. ape nak buat ni? pandang tipon kat tangan.

"nak call cmne? kredit pun tak ada." mase tu la baru tau kepentingan kredit. huh..! dah terlambat ok! mase tu baru la rase mcm mane perasaan terperangkap dalam lif. so, aku tarik nafas & try not to be nervous. padahal dalam hati rase cam nak menjerit je. hiks. mata dah berair sket dah sebenarnye. =p aku pandang angka 3 tu yang tetibe kuar simbol '--' .

"alamak, kenapa pulak kuar simbol ni? ape maknenye ni?

Then, aku pun gatal tangan tekan sume button yang ade. lepas tu, aku baru je nak tekan button yg ade gmbr loceng tu sebab macam dah lame sgt je aku dok dalam tu. baru je nak tekan, tetibe lif tu on balik. bunyi dia cm kite on kan air-cond umah tu and dia kuar angka 0, terus hantar aku kat level 0. nak bukak pintu lif tu pun mcm lame je. bile dah bukak tu, terus aku lari kuar. dan aku amek keputusan utk naik tangga je, exercise la sket. hiks. sampai level 3, mengah aku.

mmbe aku siap tnya, "lynn, kenapa ni? macam baru balik berjogging je." aku pun cite ape yang berlaku dan mmbe aku boleh bantai gelak secara berjemaah dengan mmbe2 dia. padahal diaorg tak kenal aku pun. caiss! malu aku.

So, kesimpulannye :
i) kalau boleh, jangan la naik sorg2. (tapi takkan la nak ajak mmbe teman kot, macam pelik je.)
ii) pastikan tipon tu ade kredit. (canggih je lebih tapi tak ade kredit, hampeh!)
iii) tak payah la naik lif, exercise sket naik tangga. (yang ade asma/semput tak digalakkan)
iv) suruh je mmbe tu tunggu kat bawah. (tapi dah namenye library, mesti la kena study kat atas kan? hmm.. )

Hmm..walaupun ape pun, kite kena la sentiasa berhati2 ok? Kat bawah ni ade beberapa prosedur kecemasan kalau terjadi situasi mcm ni yang aku kopipes kat sini :

Tindakan Pengguna Yang Terperangkap :
(i) Sila tekan butang kecemasan (alarm) berulang-ulang kali untuk menarik perhatian orang diluar/ruang legar atau penyelamat.
(ii) Jika anda mempunyai telefon bimbit, sila hubungi talian terus Jabatan Keselamatan. Sekiranya talian diatas gagal dihubungi, sila hubungi terus syarikat lif.
(iii) Jangan membuka pintu lif dengan kekerasan kerana akan menyebabkan kesulitan yang melampau.
(iv) Jangan panik dan bertenang. Bantuan akan tiba sebentar lagi.

Tindakan Mereka Yang Mengetahui Orang Yang Terperangkap Dalam Lif :
(i) Hubungi Jabatan Keselamatan/ERT
(ii) Sekiranya talian diatas gagal dihubungi, sila hubungi terus syarikat lif

Tindakan Jabatan Keselamatan/ERT
(i) Hubungi Syarikat Lif berkenaan dan Jabatan Pembangunan.
(ii) Hubungi Jabatan Bomba sekiranya keadaan berikut berlaku :-
a) Syarikat lif tidak dapat dihubungi
b) Mangsa berada dalam keadaan kritikal seperti sesak nafas, pitam dan seumpamanya yang memerlukan tindakan segera.
c) Pekerja Syarikat lif tidak tiba selepas 45 minit dihubungi.


p/s : cuakness betol la. hiks. skrg ni shelving naik tangga je. =p

quote : Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan ..

No comments:

Post a Comment