:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, November 30, 2010

Bab 8 : Sara & Zafran

**********************************

"Morning Lea !" sapa Sara riang sebaik sahaja wajah comel Lea memenuhi ruang penglihatan.

"Morning dear. Amboi, happy semacam ni. Ada apa-apa ke?" balas Lea sambil mengangkat keningnya.

"Ish, you ni kalau I happy sikit, mesti nak kena ada apa-apa ke?" Sara memuncungkan sedikit mulutnya tanda protes.

"Ye la, selalu pagi-pagi ni semua orang macam moody sikit. Tapi pagi ni you dengan boss semacam je happy. Tadi pun dia masuk tersengih-sengih. Korang pergi date eh semalam?" Lea serkap jarang.

"Dating dengan cleaner tu? You pun agak-agaklah. Takkanlah I nak dating dengan dia tu. Banyak lagi kerja lain boleh buat. I happy sebab semalam I terjumpa orang yang sama hobi dengan I." Sara tertawa kecil.

"Sama hobi? Meaning?" Lea kerut keningnya.

"Blogging. I kan minat blogging. Semalam ada mamat bagi komen kat blog I. Lepas tu, sampai ke pagi I baca isi blog dia. Interesting." Sara tersenyum.

"Ish .. you ni macam tak ada hobi lain. Shopping ke, tengok wayang ke .. kan lagi best. Entah siapa la mamat tu. Sekarang ni Sara macam-macam orang menipu kat Internet ni. You better careful okay?" Lea memulakan ceramahnya.

"Baik makcik." ujar Sara sambil mengenyitkan mata lalu berlalu ke mejanya sebelum Lea menyambung ceramahnya.

"Eh Sara, hari ni kita lunch sama-sama eh? I dengar ada kedai makan baru buka kat hujung tu." ujar Lea.

"Tak nak. Nanti you tipu I lagi macam hari tu." Sara membalas kerana teringat peristiwa dia dengan Zafran.

"Haha .. I janji. Kali ni betul. Okay dear?" terdengar Lea ketawa dari arah mejanya walaupun wajah tidak kelihatan.

"Hmm .. tengoklah nanti macam mana." Sara terus mencapai fail yang tersedia di atas meja untuk membuat semakan sebelum meminta Zafran tandatangan.

**********************************

"Hey, Zafran ada?" sapaan wanita di hadapannya secara tiba-tiba sedikit mengganggu konsentrasi kerjanya.

"Boleh saya tahu cik ni siapa?" balas Sara sopan. Salam pun tak ada. Cais!

"Eh .. tak menjawab soalan betul. I tanya Zafran ada dalam bilik dia tak? Susah sangat ke soalan I tu?" perli wanita itu.

"Tak ada la susah sangat. Sebab saya rasa soalan saya tadi pun tak la susah sangat nak jawab kan?" Sara tersenyum menahan sabar.

"Amboi .. baru masuk kerja dah pandai perli-perli orang. You tak kenal ke I ni siapa?" nada suaranya sedikit naik.

"Memang saya orang baru di sini. Sebab tu saya tanya cik ni siapa. Kalau saya tahu, tak ada la saya tanya." Sara menjawab selamba.

"Hey .. jangan ingat dah keluar dengan bos you dah berlagak dengan I." balas wanita tersebut.

Sara terkedu. Siapa dia ni? Macam mana pulak dia tahu aku pernah keluar dengan Zafran? Adik dia ke? Ke kakak dia? Belum sempat Sara membalas, Lea yang datang entah dari mana terus bersuara apabila ternampak situasi tegang itu.

"Eh .. cik Julia. Lama tak nampak. Cari Mr. Zafran ke? Mari, I bawa you jumpa dia." Lea tergesa-gesa membawa wanita itu dari situ.

"Yup. I cari Zafran. Tapi ada orang tu macam polis pencen tanya macam-macam. Dah tak ada kerja lain dah agaknya. Baik jadi pak guard kat depan tu .. lagi bagus." sempat wanita itu menjeling Sara dan berlalu ke bilik Zafran dengan ditemani Lea. Sara hanya tunduk membisu. Geram. Sedap betul mulut dia cakap macam itu. Sabar ye Sara. Jangan layan orang gila tu. Ujarnya dalam hati.

Monday, November 29, 2010

Peramah ..

Salam ..

"eh, sorang je ke?" pertanyaan diajukan.

"aaa .. takde lah. ramai ni ha kat belakang ni." jawab selamba.

:: situasi kat atas ni selalu sangat berlaku kat kita kan? maksudnya, pertanyaan yang terang-terang dia dah tahu jawapannya. dan confirm-confirm aku jalan sorang-sorang. lepas tu lagi nak tanya. hmm .. nak beramah mesra agaknya kan? *pikir positif. dah la aku tak kenal mamat tu.* tapi memang budaya kita macam tu kot. ni salah satu contoh pertanyaan yang aku dapat tadi. mungkin ada banyak lagi pertanyaan yang menguji minda kita nak menjawabnya. contoh macam :

Situasi 1:
> Si B dah sah-sah tengah lipat kain menggunung depan tv. kemudian jirannya lalu depan pintu rumah.
Si A : tengah lipat kain ke kak?
Si B : takde lah. tengah masak. (ayat perli.)

Situasi 2:
> Si B tengah bawa barang berat naik tangga terkedek-kedek sambil peluh menitik.
Si A : banyak beli barang kak? tak berat ke?
Si B : *senyum*. (tak boleh nak jawab sebab mengah naik tangga. kalau tolong kan lagi bagus.)

Situasi 3:
> Si ayah tengah baca surat khabar waktu pagi kat meja makan.
Si ibu : abang tengah baca surat khabar ke? (sambil mengurut-ngurut bahu si ayah.)
Si ayah : tak. abang tengah berkebun ni. (si ayah rasa pelik sebab si ibu tak pernah berkelakuan begitu kecuali jika dia inginkan sesuatu.) ~ eh ! situasi ni boleh dikira ke? hiks ..!

:: itu sebahagian yang aku boleh fikir sekarang ni dan pernah terjadi. kadang-kadang rasa macam malas nak jawab pun ada. bukan sombong tapi entahlah. tapi, rakyat Malaysia ni peramah orangnya. mungkin ini merupakan salah satu cara untuk memulakan sesuatu perbualan. *betul jugak kan?* kalau tak peramah, kita pula akan dilabelkan sebagai seorang yang sombong. hmm .. serba salah kan? ::

p/s : nasib baiklah aku ni baik .. kalau paling malas pun, aku akan senyum kalau ada orang tanya soalan-soalan macam tu .. *perasan baik. haha.*

Friday, November 26, 2010

Practice makes perfect ..

Salam ..

:: hye kamu orang .. lama tak update kan? busy sikit sebab nak menghampiri hujung tahun. banyak nak kena attend bengkel sana sini. nasib baik jam kredit latihan melambak-melambak tahun ni. selama setahun lebih kerja sini, banyak benda yang aku dapat dan belajar. tahu selok belok kerja. kenal dengan ramai orang. tahu dan layan banyak kerenah. ada yang seronok dan ada yang tak sedap sangat nak layan. tapi bila nama pun kerja dalam satu organisasi, mestilah pelbagai kerenah kita jumpa dan lihat. tapi dengan semua pengalaman inilah yang banyak membantu kita menjalani kehidupan seharian kita. (^_^) ::

:: entri ini berkaitan dengan apa yang lung komen dari salah satu entri aku sebelum-sebelum ini dan membuatkan aku terfikir. ayat lung lebih kurang macam quote yang pernah diungkapkan oleh Kurt Cobain iaitu : "Practice makes perfect, but nobody's perfect, so why practice?". mungkin lung ada kaitan dengan Kurt Cobain agaknya. *lung .. jangan marah bro. gurau. hikhik.* ::

:: tapi betul kan? kita selalu dengar ungkapan itu. walaupun bukan dari Kurt Cobain sendiri, mungkin dari orang lain. kita sering lakukan perkara yang sama berulang kali untuk menjadikan kita lebih sempurna tapi kita tahu tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni selain-Nya, tapi kenapa kita masih lagi mencari kesempurnaan itu? pelik tapi inilah yang berlaku. jika aku tukar sikit ayat itu menjadi seperti, "Practice makes better." yang ni aku setuju sikit. ::

:: jadi, lung cakap .. "just be yourself." aku rasa tak perlu nak jadi perfect kalau kita rasa itu bukan diri kita. rasa tak selesa. rasa janggal. buat apa yang kita rasa betul. jangan jadi orang lain semata-mata untuk puaskan hati orang lain. cukup dengan hanya menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa ingin memperbaiki diri sendiri. itu lebih baik aku rasa. ::


p/s : aku seronok jadi diri aku .. setiap orang ada kelebihan masing-masing .. unperfect but special .. itu yang membezakan kita dengan orang lain .. jadi, berbanggalah dengan diri sendiri ..

Tuesday, November 23, 2010

Penawar hati ..

Salam ..

:: penawar hati? eh .. hati pun ada penawar? perlu ke? hish .. mesti la perlu. sebab dari hati la semua benda dari segi tingkah laku, perbuatan, pemikiran dan sebagainya bermula. jadi, jika nak membuat sesuatu keputusan, hati haruslah bersih .. suci .. tenang. jadi, hati memerlukan penawar untuk membersihkan hati supaya tidak bertambah parah saketnya. bawah ni aku paste sikit panduan untuk penawar hati :

"Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1)
Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya.
Tapi biasanya kita membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

2)
Mengosongkan perut.
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

3)
Bangun bersolat malam.
Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab nak terkencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mahu tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

4)
Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur.
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

5)
Duduk di majlis orang-orang soleh.
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.


Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”

p/s : jadi .. jagalah hati kita dulu sebelum kita jaga hati orang lain .. kalau bukan kita sendiri yang jaga, siapa lagi kan?

Monday, November 22, 2010

Unperfect ..

Salam ..

:: saja nak kongsi .. ::



p/s : nobody perfect .. just be yourself ..

Selamat Pengantin Baru Abg Long !

Salam ..

:: wahh .. lamenye tak update ! sangat rindu kamu .. !! *senyum*. tiada kesempatan nak update. *macam la busy bebenor. hiks.* cuti raya haji sakan namanya. 1st of all, aku nak say sorry sangat-sangat kepada teman-teman sebab tak dapat pergi kenduri kawen abg long. bukan apa, dah save dalam phone tapi still tak perasan. mati-mati ingat minggu depan wedding dia. Abg long, mintak maaf banyak-banyak eh? maafkanlah adik mu ini. *buat muka seposen. macam la abg long baca.* sedih tak dapat pergi. memang nak pergi sangat. (T_T) *tak ada orang yang ingatkan aku. uhuk uhuk.* tapi, aku masih nak ucapkan Selamat Pengantin Baru abg long dan kak long.. semoga kekal hingga ke akhir hayat .. amin .. ::

:: ni la abg long .. ensem kan? hehe .. promote la pulak .. ::

p/s : teringat sewaktu induksi .. beliau orang yang bertanggungjawab mengambil gambar-gambar kami .. chanteq okay gambar-gambar kami dia snap .. (^_^)

Tuesday, November 16, 2010

Proton Inspira ..

Salam ..

:: tengah tekun baca paper online, terjumpa kartun yang buat aku tersenyum comel .. ::



:: sini aku letak rupa paras proton Inspira ni ..


:: bila tengok betol-betol, chanteq juga Inspira ni. nak beli? hmm .. nanti-nanti la. haip! bukan kedekut, berjimat .. *hah! buat muka macam tu. tak percaya la tu. hish.*

Selamat Hari Raya Aidiladha ..

Salam ..

:: sepi opis aku hari ni. ramai dah bercuti. masing-masing pulang ke kampung halaman agaknya. walaupun sesetengah orang ada mengatakan bahawa raya Aidiladha tak semeriah raya Aidilfitri. betul ke? tapi tak kisah apa orang nak kata. pendapat masing-masing kan? jadi, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. juga selamat menunaikan ibadah Haji di tanah suci Makkah. diharap seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah Haji mendapat ketenangan dan memperoleh Haji mabrur. Insyaallah .. amin .. (^_^). *kalau nak tau pengertian sebenar Haji mabrur, boleh tengok sini.* ::

:: kepada yang pulang ke kampung, aku doakan selamat pergi dan selamat pulang. semoga bergembira dengan orang-orang yang tersayang.. ::

Monday, November 15, 2010

Walk in wardrobe ..

Salam ..

:: entry ini ringan-ringan je. sistem ILMU ada masalah, jadi aku dah tak boleh nak buat kerja. hey .. bukan aku malas ye, sumpah betul aku cakap ni. *muka serius*. jadi, disebabkan itulah tangan aku menggatal menjelajah website-website yang tiada kaitan dengan kerja aku. *jangan salahkan aku. sistem yang mengong hari ni.* jadi, terlintas di fikiran nak tengok wardrobe atau bahasa melayunya ialah almari @ gobok. macam-macam design la wardrobe zaman sekarang ni. chanteq-chanteq tau. lebih-lebih lagi walk in wardrobe. wahh!! aku suka .. aku suka!! *dengan gaya gediks. auww!* nanti rumah aku kena ada walk in wardrobe!! tak kira .. tak kira! *sambil hentak-hentak kaki dan memuncungkan sikit mulut.* meh aku letak bawah ni contoh-contoh wardrobe impian aku. ::

p/s : kami kena ada wardrobe macam ni sebab barang-barang kami banyak .. lalala .. ~~

Thursday, November 11, 2010

UiTM di hatiku ..

Salam ..

:: entry dibuat hanya sekadar ingin berkongsi gambar yang baru aku dapat. *time kaceh en. pojie. jasamu dikenang.* aku letak bawah sini eh? ::

*bergambar bersama VC UiTM di pejabat beliau pada 9 November 2010*
~ Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ~

:: sebab apa boleh amik gambar dengan beliau? nanti aku cerita di entry lain eh? sebab sekarang dah nak pukul 6. aku mahu pulang. (^_^) ::

Saya minta maaf ..

Salam ..

:: waktu tengahari perut hanya diisi dengan cokelat cadbury hazelnut. sedap. (^_^) malas nak bersesak-sesak di cafe yang orangnya ramai macam ulat. bukan tu saja, menu yang sama setiap hari. tekak juga naik jelak minta tolong isikan dengan menu yang lain. bila orangnya dah macam ulat, mulalah semua orang mahu dilanggar dan disenggol. terasa tempat itu sempit. tiba-tiba, tanpa sedar kita disenggol oleh 'ulat-ulat' tadi. hampir-hampir makanan atau minuman kita terjatuh. nasib baik kita bijak mengawalnya dari jatuh menyembah lantai. tapi kadang-kadang nasib kita tak berapa baik lalu mengotorkan lantai itu. jika sesetengah 'ulat' yang kurang moralitinya, hanya buat tak endah. buat-buat tak perasan. padahal masa itu, dia tak tau perasaan kita. mulalah mulut ringan berkata-kata disertakan dengan mimik muka yang agak kelat. dan ada juga 'ulat' yang tinggi budi bahasanya dan laju sahaja ayat maaf dari mulutnya sambil tersenyum, "saya minta maaf. saya tak sengaja." ayat yang budak berumur 4-5 tahun pun boleh tuturkannya. tapi, dengan hanya ayat ini dituturkan. ianya sudah memadai untuk buat hati sejuk dan tak jadi menyinga. betul tak? ::

:: jadi, tadi aku berkunjung ke website dan terlihat artikel yang bertajuk "kuasa kemaafan'. tertarik aku dengan artikelnya. satu dua komen dari rakan-rakan mayanya juga ada yang menarik. artikel ini dimulakan dengan satu ayat. sini aku letak bawah ni :

"lebih senang memaafkan seseorang musuh dari memaafkan seorang kawan - William Blake."

:: setuju? mungkin ada yang mengangguk kecil. aku? aku setuju. sebab? baiklah, musuh adalah orang yang tak kenal hati budi kita. tak kenal siapa kita dan begitulah sebaliknya. dia hanya nampak keburukan dari kebaikan kita. jadi, bila kemaafan dipinta, senang sahaja dilafazkan. tetapi kalau dia kawan kita, kenal hati budi kita dan tahu siapa kita, memang susah kita memaafkannya walau kesilapannya sebesar zarah. sebab? kawan yang baik adalah orang yang paling rapat dengan kita. kongsi suka duka. jadi, bila kesilapan dilakukan, payah kita menerimanya. rasa tertipu pun ada. hati rasa sakit sebab dia tergamak memainkan hati kita. tapi kenapa?

ego? mungkin.

sakit hati? ya. sebab rasa kita dipermain-mainkan. tak ikhlas untuk berkawan dengan kita.

marah? ya. memang marah.

sedih? ya. sangat sedih.

aku ada beberapa kawan baik. kawan aku sampai bila-bila. walau macam mana jauh, kami tetap bersama. dalam hati. jadi, jika gaduh, kami hanya menganggap gaduh-gaduh manja. gaduh adik-beradik. memang aku akan elakkan dari pertengkaran. tidak mahu berpanjangan. hari ni bermasam muka tapi esok bergelak ketawa. dah aku harap kawan ini akan kekal sampai aku mati. aku sayang mereka. ::


sue : kawen tahun depan.
aku : sama macam sue.
shaz : dah kawen. bakal dapat baby.
daia : status? tak available rasanya.
shidah : dah kawen. pun bakal dapat baby. tapi shaz dulu.
miera : kawen tahun ni. nak dekat dah.
anum : memilih sangat. still available. sape2 nak kenal boleh la.

p/s : aku sayang kalian semua .. (^_^)

Wednesday, November 10, 2010

Amin ..

Salam ..

:: semoga apa yang kita impikan selama ini dimakbulkan .. amin .. ::


quote : Sesungguhnya Allah SWT itu tidak melihat kepada tubuhmu .. tidak pula melihat bentuk rupamu .. tetapi Dia melihat kepada hatimu ..

Tuesday, November 9, 2010

Bab 7 : Sara & Zafran

"Damn..!" marah Julia sambil menghentak tangan pada stereng kereta dengan kasar. "Patutlah sekarang ni dia dingin dengan aku. Dah ada perempuan lain rupanya". Lantas, Julia memecut laju kereta Toyota nya deras dan hampir-hampir melanggar pejalan kaki. Dia tidak peduli. Hatinya sakit. "Siapa perempuan tu?". Pertanyaan yang berlegar-legar minta dijawab.

Sampai di rumah, Julia menghempaskan pintu rumahnya kasar.

"Astaghfirullah. Terkejut mama. Apa ni Julia? Hantu apa rasuk kamu ni?" Datin Suraya mengurut dada terkejut akibat perbuatan anak-anaknya itu.

"Ju tengah angin ni mama. Zaf dah ada perempuan lain. Patut la sekarang ni dah tak call Ju lagi. Entah perempuan mana pulak mangsa dia kali ni." ujar Julia sambil menghempaskan tubuh ke sofa di sebalah mamanya.

"Ish. Tak baik la Ju cakap macam ni. Mungkin teman sekerja dia. Cubalah jangan fikir bukan-bukan." pujuk mama.

"Teman sekerja? Tadi Ju nampak mereka lunch bersama. Mesra sambil bergelak ketawa tu teman sekerja? Ju tak percaya langsung." Julia mendengus marah.

"Sejak bila pulak anak mama ni jadi spy?"

"Mama, please. Ju tengah serius ni. Ju akan ajar perempuan tu. Suka hati ambil hak orang." Julia membuat keputusan.

"Cubalah bawa berbincang. Mama tak ajar anak mama bertindak sebelum berfikir." mama merenung ke arah anak perempuan tunggalnya itu.

Julia bangun dan terus menaiki tangga ke biliknya. Di fikirannya berlegar-legar agenda yang bakal dia lakukan dengan muka yang berkerut-kerut. Datin Suraya masih memandang anaknya dengan perasaan yang pelik. Tak pernah dia nampak anaknya begitu marah. Datin Suraya risau.


*************************

Setalah usai solat Isyak, Sara membuka notebook kesayangannya yang berwarna putih. Itulah temannya di waktu sedih atau gembira. Aktiviti yang sering dilakukan setiap malam iaitu menulis blog. Tempat untuk meluahkan perasaan ini merupakan salah satu terapi buat Sara kerana teman-teman baiknya jauh dan tiada disisi. Sejak Fara belajar di luar negara, Sara telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog.

"Eh, ada komen terbaru." bisik Sara sambil tersenyum. Lantas tangannya menekan keypad notebooknya.

Saya tertarik dengan blog awak. Pada saya, cara penulisan awak jujur. Saya suka. Keep it up. Saya akan terus membacanya. ~ Jejaka Malaya.

"Jejaka Malaya? Old school betul nickname dia." Sara tersengih. Sara membalas sambil mencari-cari ayat yang sesuai.

Terima kasih jejaka Malaya. Tiada yang menarik. Sekadar berkongsi penulisan. Terima kasih kerana singgah. ~ Sara.

"Owh .. dia juga ada blog." segera Sara klik sambil membetulkan kedudukan duduknya. Beberapa saat, tertera blog 'Jejaka Malaya' itu di ruang notebooknya. Serentak dengan itu, satu lagu berkumandang. "Hey, lagu sama dengan blog aku." ujar Sara terkejut dalam hati. Lagu dari kumpulan OneRepublic yang berjudul Secrets memang merupakan lagi kegemaran Sara. "Kebetulan ni." bisik Sara. Matanya tertumpu pada setiap bait-bait kata blog itu. Sangat melankolik dan menggunakan metafora yang sangat indah.

Sara membaca setiap entri dengan penuh tekun. Makin lama makin seronok. Lama kelamaan, hatinya terpaut dengan hasil penulisan 'Jejaka Malaya' itu. Sara senyum.

****************************

Menabur tahi lembu ke dalam pinggan ..

Salam ..

:: lepak kejap. saket bahu mengadap PC. berpinar mata. jadi, aku mengambil kesempatan menjengah dan menjelajah ke blog-blog dan website-website feveret aku. tetibe, aku terjumpa artikel ni. bila baca betul-betul, apa yang dia cuba sampaikan, mungkin pernah berlaku pada kita. aku tempek sini eh? ::

::Cerita 1 : Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan ..

Bercakap dengan menggunakan bahasa yang celaka akan merobek kebenaran dan menyakitkan hati pendengar. Kebenaran akan tertutup dengan rosaknya bahasa dan hodohnya akhlak kita.

Bercakap main redah akan mengundang padah. Bukan sahaja nasihat kita tidak akan didengari oleh manusia, bahkan penampar pula yang dilayangkan ke pipi kita.

Mulut kita perlu dipandu oleh logik akal dan disemak oleh rasa hati. Kata-kata kita perlu dilapik dengan hujah yang jelas dan jangan bercakap berlandaskan emosi.

Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang, pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.

Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.

Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.


Cerita 2 : Kisah Tahi Lembu Sebagai Baja Sayur ..

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang segar dan sedap untuk dimakan, kita perlu memberikan baja kepada sayur-sayuran. Kadang-kadang, baja yang kita guna adalah baja organik ataupun baja tahi lembu.

Bilakah kita meletakkan baja itu kepada sayur-sayuran?

Kita meletakkan baja tahi lembu semasa sayur-sayuran masih berada di dalam batasan tanah kebun. Kita menabur baja ketika sayur-sayuran sedang berkembang matang sebelum dipetik dan dimasak untuk dimakan.

Bagaimana pula dengan sayur-sayuran yang kekurangan baja?

Sayur-sayuran yang kekurangan baja akan kelihatan layu, tidak segar dan rasanya pasti tidak sedap. Mungkin si petani terlupa untuk menaburkan tahi lembu dan memberikan baja yang secukupnya kepada sayur-sayuran tersebut.

Jadi, kalau kita termakan sayur yang tidak sedap kerana kekurangan baja, adakah kita akan menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita untuk memberikan baja kepada sayur-sayuran itu?

Pastinya kita tidak akan sebodoh itu untuk menaburkan tahi lembu ke dalam pinggan kita hanya disebabkan oleh sayur yang kekurangan baja.

Tahi lembu perlu ditabur semasa sayur masih berada di batasan kebun, bukannya setelah dimasak dan dijadikan hidangan makan.

Begitulah perumpamaan untuk nasihat.

Kalau menabur baja, kita perlu tahu tentang tempat, masa dan kaedah yang sesuai untuk membaja, begitu jugalah dengan nasihat. Nasihat perlu diberikan pada masa yang sesuai, kena dengan tempat dan betul kaedahnya.

Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.


"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah." Imam Syafie ..

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran. Insyaallah ..


p/s : kopipes dari sini ..

Monday, November 8, 2010

Jom tonton ..!

Salam ..

:: uiks. lama rasanya tak menjejakkan kaki ke panggung wayang yang berhampiran. dah tak ingat filem terakhir yang aku tonton. hmm .. lama tak tonton cerita animasi. jadi, beberapa hari ni, aku terpandang di kaca televisyen promo filem "Megamind". aku rasa menarik. jadi, aku bersama-sama pakcik Google mencari plot filem ini. walaupun pakcik aku ni mat saleh, tapi dia sedaya upaya mentafsirkannya kepada bahasa Melayu walaupun ayatnya agak tak tentu arah. maafkanlah dia ye? itu dah buat aku cukup terharu dengan kesungguhannya. terima kasih pakcik. sini aku tempekkan di bawah ni. ::

"Filem animasi megamind ini telah menggunakan suara bintang-bintang terkenal hollywood seperti aktor terkenal Will Ferrell (megamind), Brad Pitt (Metro Man), Ben Stiller (Bernard) dan artis Tina Fey (Roxanne Ritchi). Megamind (Will Ferrell) adalah penjahat ulung dan terpandai yang pernah ada. Selama bertahun-tahun, ia berusaha menakluk kota Metro dengan cara apa sekalipun. Setiap usahanya selalu digagalkan oleh pahlawan super yang dikenal sebagai Metro Man (Brad Pitt). Hingga suatu hari Megamind berhasil membunuhnya. Hidup Megamind kekosongan. Seorang penjahat tanpa seorang pahlawan penyelamat. Dia menyedari bahawa cita-cita hidupnya adalah untuk mencapai hal terburuk yang pernah terjadi padanya. Satu-satunya cara untuk keluar dari kehampaan tersebut adalah menciptakan pahlawan baru bernama "Titan", lebih besar, lebih baik dan lebih kuat dari Metro Man. Ternyata Titan merasa jauh lebih menyenangkan untuk menjadi penjahat daripada pahlawan. Titans tidak hanya ingin menaklukkan dunia, tetapi ingin menghancurkannya! Apakah Megamind akan dikalahkan oleh ciptaannya sendiri? Akankah Megamind yang akan menjadi pahlawan?" *aku sendiri pun pening baca .. hmm ..*

:: aww .. agak menarik. lihat saja pada karakternya mampu membuat penonton gelak. jadi, marilah kita tonton sama-sama. bila? entah la .. ekeke ..

Ada apa dengan C.I.N.T.A ..

Salam ..

:: alhamdulillah. perut kenyang diisi sarapan pagi yang kira cukup untuk membuatkan perut ini penuh hingga ke tengah hari. syukur dengan nikmatNya yang telah diberikan kepada umat-umatNya. hari ini aku rasa sangat bersyukur. tak tahu kenapa. hati rasa sayu. rasa kerdil denganNya. *terdiam sekejap*. baiklah. setiap pagi aku, rutin aku seperti biasa. memulakan pagi dengan membuka PC kesayanganku. sudah tiga hari tidak bersemuka. rindu rasanya. *senyum*. tertera wallpaper gambar anak saudaraku. comel. terbit rindu di hati. lantas, cepat-cepat aku hapuskan rindu itu dan membuka emel yang sentiasa menjadi agenda utama apabila PC dihidupkan. Hmm .. tiada apa yang penting. kemudian, aku buka muka buku laman sosial. melihat status teman-teman yang silih berganti. tekun aku membaca. kemudian, aku tertarik dengan satu status seorang teman maya yang aku rasa menarik untuk aku kongsi di sini. pendapat teman-teman tentang CINTA. masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. tiada salah atau betul. hak individu. ::

:: status teman berbunyi begini : "Ada orang kata: Tidak ada istilah cinta sebelum berkahwin, bahkan cinta itu dibolehkan bila masuknya ke alam perkahwinan. Saya nak tanya: Bagaimana saya nak berkahwin dengan si dia kalau saya tak cintanya? Adakah perkahwinan itu diprogramkan tanpa ada apa-apa perasaan oleh dua insan?"

:: "Bukan cinta tu yg menjadi persoalan. Ekspresi cinta yg bagaimana mahu diterjemahkan. Cinta sebelum atau selepas itu tidak menjadi masalah. Bagaimana kamu mengendalikannya lebih penting." ~ teman memberi pendapat. ::

:: "Maksud cinta itu luas, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Interpretasi pada cinta itu perlu dihayati dan dijiwai agar kita lebih mengenali apa erti cinta yang syumul." ~ komen salah seorang teman. ::

:: "Kenapa cinta tu selalu dikaitkan atau diakhiri dgn perkahwinan? Saya rasa kamu menyempitkan sesuatu yg memang sedia luas. Jangan kurung keluasan atau keindahan cinta itu di dalam penjara perkahwinan. Cinta x semestinya memiliki. Bukankah kita semua bercinta di sini. Kamu mencintaiku. Aku mencintaimu. Cuma bagaimanakah kita mengekspresikan atau menterjemahkan cinta itu? Boleh jadi berkahwin. Boleh jadi bersama berjalan dakwah. Boleh jadi kawan. Ekspresi, penghayatan atau penilaian kita itulah yg menjadi ukuran. Bercakap soal kahwin sebenarnya ia bukan setakat didasarkan dengan cinta semata. Ia lebih dr itu". ~ luahan seorang lagi teman. ::

:: "Cinta dipupuk sebelum memasuki alam perkahwinan dan perlu diteruskan sehingga anda bergelar sang suami atau isteri. Cuma terjemahan cinta dan tindakannya tentulah ada perbzaannya sebelum dan selepas berkahwin. Mudah2an kita tergolong dalam golongan cinta ini." ~ teman yang lain memberi pendapat.

:: "Cinta atau bercinta? Apa yang saudara maksudkan bercinta? Untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berlakunya perkahwinan memang Islam menggalakkan. Kalau tidak, masakan Islam menggalakkan program 'KHITBAH'? Khitbah bukanlah diikat oleh keluarga, kemudian engkau engkaulah, aku akulah. Wanita tak peduli siapa lelaki itu, bagaimana perangai dan agamanya, lelaki pulak membiarkan apa sahaja, sekadar nak tunggu tarikh nikah sahaja. Bukankah Rasulullah pernah menyuruh sahabat pergi dan melihat serta mengenali perempuan yang ingin dinikahinya? ~ aku tertarik dengan pendapat teman ini. ::

:: walau apa pun pendapat mereka, kita sebagai umatNya telah dianugerahkan perasaan untuk menyinta dan dicintai. perasaan yang tidak boleh dielakkan dan disangkal. cuma, janganlah kita bercinta sesama manusia sehingga memudaratkan diri sendiri. ingatlah bahawa cinta yang paling agung adalah cinta kita kepada ALLAH S.W.T. cinta yang akan kekal selama-lamanya. Insyaallah .. ::

Tak ada tajuk ..

Salam ..

:: guys!! aww .. lame tak update. windu kat uolls. *apesal gediks semacam ni?* sehat kah kamu orang semua? aku? alhamdulillah. masih bernafas di bumi Malaysia ini. rasa syukur kerana hari ni kita masih lagi boleh bernafas dan menghirup udara segar pagi ini. *bertafakur sekejap*. so, how's your weekend? mesti kamu orang banyak agenda dan aktiviti yang telah dipenuhi, kan? aku balik umah parents aku. temankan my mom n my apak. saja la nak manja-manja dengan mereka. *tak payah nak buat muka cmtu. aku anak yang manja*. (^_*) .. so, begitulah aku menghabiskan masa cuti hujung minggu aku. ow .. lupe. aku nak ucapkan Happy Deepavali to all the Indian in Malaysia. ::

p/s : ini update saja-saja .. nanti aku update lagi .. okez?

Wednesday, November 3, 2010

Perigi cari timba ..

Salam ..

:: tengah dok men'surf' internet waktu rehat ni, aku gunakan sedikit ruang dan masa menjenguk blog teman-teman. tersengih-sengih aku membacanye. dah jadi macam hobi baru pulak. sebab apa yang aku baca itu hanya sekadar pengetahuan. ada yang memang lawak. hilang penat jap baca blog-blog mereka ni. sangat kreatif. (^_^) .. jadi, masa aku tekun menghadap pc, aku terjumpa headline macam tajuk entry aku ni. tetibe aku rasa menarik nak dibincangkan kat sini. jadi, aku kopipes dari website faveret aku sebahagian situasi nya kat bawah ni. kalau amek sume, panjang sangat. meh baca kejap. ::


:: Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.

"Ish .. seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya .. perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luas melebar dalam menatacara hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu! ::

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

::okay. macam mane? aku kopipes ni bukan nak suruh wanita-wanita sekarang brave and make a first move but tak salah kalau kita yang approach dulu. situasi kat atas ni hanya contoh dan aku just nak share je untuk dijadikan panduan. setiap orang mesti mempunyai pandangan masing-masing. suka atau tak, itu terpulang. betol tak? ::

p/s : kejap lagi sambung bengkel ISO. so, ari ni update ni je dulu okay? (^_^) .. petang-petang sikit update lagi ..

Tuesday, November 2, 2010

Salah ke wanita tak pandai masak ..?

Salam ..

:: www.iluvislam.com ~ kamu orang memang kena baca website ni. banyak sangat input yang kita boleh share dengan orang laen. bak kata orang melayu, 'sharing is caring". betol? hehe. aku dah terpikat dengan website ni. so, tadi aku menjelajah ke sana dan terjumpa artikel ni yang sering dijadikan perbualan atau barangkali pertengkaran. depends la pada situasi kamu orang sekalian. okay .. jom baca jap! ::

:: Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan .. nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! ::

:: awww ..! setuju ke? rasa celik mata bila baca kan? fikir-fikirkan lah .. dan selamat beramal ..! (^_^)

Cantiknya lelaki .. hebatnya wanita ..

Salam ..



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki ?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki ..


Dan dimana Kegagahan Wanita ?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat”. Surah Al-Ahzab : Ayat 71.
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

~kopipes dari LayarMinda jugak .. ~

Renungan ..

Salam ..

:: Jika kamu memancing ikan .. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup .. ::

:: Begitulah juga .. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang .. setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu .. ::

:: Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh .. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak .. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi .. ::

:: Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya .. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya .. ::

:: Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu .. mengenyangkan .. berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal .. ::

:: Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu .. MENYAYANGIMU .. MENGASIHIMU .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL .. ::

~kopipes dari LayarMinda .. ~