:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, April 6, 2012

Orang-orang..

Salam..

orang-orang sekeliling kita ni macam-macam perangai.
nampak macam sama tapi tak.
sebab itu orang dulu ada bilang,
"rambut sama hitam, hati lain-laim.."
susah nak buat orang sekeliling suka kita.
hmm.. memang tak boleh pun.
sebab diri sendiri pun belum tentu semua orang suka.

perlu ke jadi orang lain untuk buat orang suka kita?
ish.. tak payah.. "be yourself.." - tu kata hati.
kalau ikut kata akal, "kita kena hiprokrit, sebab nanti orang tak suka."
kadang-kadang kena hiprokrit sebab kepentingan individu..
hmm..

kadang-kadang takut nak berbuat baik dengan orang.
takut disalaherti.
tapi juga akan di cop sombong hidung tinggi.
penyudahnya.. ikut saja rentaknya.
selagi boleh ikut, diamkan saja.
tapi, nanti dikata tiada pendirian pulak.
haih ~~ pening.. pening..

p/s : dah lama tak tulis cenggini.. (^__^)

Thursday, March 15, 2012

Home-made eskrem!

Salam..

:: disebabkan aku agak bosan duduk rumah, tangan ni mulalah ringan cari resepi-resepi ringan yang bahan-bahannya senang dicari. tengah dok ralit cari, tiba-tiba rasa nak makan eskrem. tapi nak try buat sendiri. so, aku dengan pakcik gugel ni cari ler resepinya. cari yang paling simple & kos tak banyak. akhirnya aku jumpa jugak. ::

:: bahan-bahan : coffemate, susu dutch lady & biskut oreo! blend je sume bahan-bahan ni. :: that's all folks.. ! ::

:: semalam, sementara anak kecik tak merengek, aku pun pegi la buat kejap. dan hasilnya.. tadaaa!!! ::

:: owh.. aku dah try rasa sikit yang kat tepi tu.. abaikan yee.. ::

p/s : senang je kan? sedap okay.. mcm eskerm kat mcd tau.. huhu.. :)

Tuesday, March 13, 2012

Hisap jari..!

Salam..

:: hujan lebat skrg ni.. sejukkk.. hari ni malas nak masak, so mr.eM nak order Domino's.. yummy! tapi aku bukan nak cite pasal aku malas nak masak.. nak cite pasal budak tecik ni.. start minggu lepas, Maira dah tak pakai sarung tangan dah. nurse advice suruh buat macam tu. nurse kata tu salah satu perkembangan baby. so, lepas ni kena pastikan kuku dia pendek. tapi, bila dah tak pakai sarung tangan, inilah aktiviti dia sekarang.. hihi! ::

:: haih ~~ dah pandai hisap jari.. abis basah tangan dan baju dia sebab air liur dia. tapi takpe la, asalkan dia happy, mama pun happy! ::

p/s : abah dia tengah layan Maira.. hihi.. (^__^)y

Thursday, March 8, 2012

Zuhumaira : Dah 2 bulan!

Salam..

:: makin bz aku bila ada budak kecik ni. semalam genap umur dia 2 bulan. alhamdulillah, setakat ni dia membesar bagai johan.. haha! dan sehat. so, susah sikit nak curi masa nak update blog. ni aku terus post umur dia 2 bulan terus. sebulan aritu tak sempat nak upload. semalam pegi KK Shah Alam.. cucuk untuk 2 bulan. dia nanges sikit je.. kuat anak mama.. bagus! mama dia je yang risau lebih.. masa kena cucuk, tak sampai hati nak tengok.. siap tutup mata. haha! :p ::

info terbaru Maira :
Berat : 4.6kg.
Tinggi : 57 cm.


:: membesarlah dengan sehat ye Zuhumaira.. mama sayang kamu.. :) ::

Thursday, March 1, 2012

Zuhumaira : Aqiqah, cukur jambul & sunat @ BP..

Salam..

:: 25 Februari 2012 : alhamdulillah.. Maira telah selamat dicukur jambul @ Batu Pahat.. gambar sume kat brother-in-law.. lupa nak amek. family aku pun sume turun Johor kecuali my big bro. ni pun sebab my mum tak sehat & terpaksa balik awal. so, my big bro tak jadi turun BP. part ni yang tak best sebab kami orang dah plan nak jalan-jalan BP. sedih.. ::

:: seminggu jugak aku lepak BP. best duduk kampung. tenang je. lagipun stay lama kat sana sebab nak uruskan hal-hal Maira. lepas kenduri cukur jambul, then sunat & botakkan kepala Maira. uih.. pelik sebab dia nanges sikit je.. "hekk.." sama macam dia keluar dulu. dan seperti biasa, mama dia tutup mata tamao tengok. takut dia saket, aku yang nak nanges nanti.. hmm.. bagus-bagus.. kuat betul anak mama ni. kemudian, aku & mr.eM pegi Pejabat Agama Islam untuk bayar zakat rambut Maira. ::

:: Maira selepas dibotakkan.. muka redha je.. ::

:: then, kami orang buat sekali aqiqah untuk Maira. senang buat kat kampung sebab sume ada. kambing pun senang dapat. agak mahal jugak eh harga sekor kambing ni. tapi takpe la, bukan untuk sape pun.. kan? setelah sume setel, alhamdulillah.. balik Klang dengan perasan yang lega. bawah ni budak kecik yang mengantuk masa on da way balik Klang.. hihi. ::

:: merahnya mak ngah.. huhu.. ::

:: owh.. pic ni saje aku letak.. nak tunjukkan mama dia maintain lepas bersalin.. haha! ::

p/s : uih.. lama dah ni aku bersosial.. time to layan Maira.. bubye! :)

Sunday, February 19, 2012

Part 2 - Bersalin : aku takkan lupa sampai bila-bila!

Salam!

:: haa.. ni part 2 pulak.. ~

:: pukul 7 tu, aku memang dah tak boleh tahan lagi. terus aku minta tolong akak depan katil aku tu panggilkan nurse. nurse datang tanya, "rasa saket sangat ke? rasa macam nak buang air besar ke?" aku terus jawab, "saya dah tak boleh blah dah ni, rasa nak buang air besar dah ni." masa tu pun dia macam tak percaya lagi sebab aku belum di'induce' lagi. nurse tu check bukaan & surprising, at that time bukaan dah 9 cm! haa.. kelam kabut nurse tu panggil nurse-nurse lain suruh tolak aku pergi labour room. tu la, aku dah jenuh cakap taknak percaya. semua barang-barang aku nurse yang tolong kemaskan. nurse suruh aku call husband & suruh tunggu kat labour room. masa aku diusung dengan lajunya ke labour room, aku disuruh mengiring dan jangan meneran. hoho.. bayangkan masa tu, rasa macam nak terbuang air besar tapi kena tahan. rasa dia lebih kurang macam tu la. bezanya saket nak tahan tu 3 kali ganda dari saket nak buang air besar yang biasa tu. itu apa yang aku rasa la.. orang lain aku tak tau. ::

:: sampai labour room, doc pun terkejut bukaan aku dah 9 cm. terus aku dialihkan ke katil lain dalam bilik tu. tengok sekeliling, mr.eM tak ada. masa tu aku memang dah tak tahan nak meneran. tapi, teranan pertama baby tak keluar sebab aku tak larat sebab dah tahan lama kesaketan tu dan cara teranan aku salah, nurse tu yang cakap. untuk teranan kedua, aku sempat tanya husband aku mana. doc terus suruh nurse panggil cepat. then, muncul mr.eM kat pintu bilik tu. rasa lega sikit bila nampak dia. mr.eM terus genggam tangan aku & bisikan doa-doa yang selalu dia pesan. doa untuk memudahkan bersalin. nasib dia ada, aku sampai lupa macam mana doa tu walaupun sebelum tu bukan main lagi menghafalnya. teranan kedua tu pun baby tak keluar sebab aku tak rasa saket. bila rasa saket baru boleh teran.. kalau tak, tak boleh. doc cakap, kalau lambat nanti problem kat jantung baby sebab air ketuban dah makin kurang. aku rasa makin risau! mr.eM bagi semangat kat aku supaya teran betul-betul. ::

:: setelah berapa minit tunggu rasa nak bersalin tu, untuk teranan ketiga.. aku teran sekuat hati. doc & nurse tu siap sorak bagi semangat.. "sikit lagi.. teran kuat sikit. haa.. tu kepala dia dah nampak dah tu. cepat teran kuat-kuat." dan disebabkan itulah, aku teran sekuat hati. dan bila rasa baby ditarik keluar, tenaga aku rasa macam habis terus. doc terus letak baby atas dada & baby terus bukak mata sambil jelirkan lidah. aku & mr.eM yang terkejut. amboi, budak-budak zaman sekarang ni advance betul. lahir-lahir terus buka mata. alhamdulillah, masa tu segala rasa saket yang ditanggung terus hilang. oh.. time tu Maira ni nanges sikit je. "hekk..!" macam tu la lebih kurang. lepas tu, nurse amek baby untuk dibersihkan & then, bagi kat mr.eM untuk di'iqomat'kan. that moments are priceless! :) ::

p/s : betul orang cakap.. kesaketan bersalin tu hilang terus bila kita tengok muka anak kita.. :)

Part 1 - Bersalin : aku takkan lupa sampai bila-bila!

Salam..

:: okay, post ni aku nak share pengalaman aku masa bersalin. alhamdulillah, aku bersalin secara normal. memang aku nak secara normal pun, baru terasa macam mana sakitnya rasa bersalin. okay, jujurnya.. memang saket! tapi saket tu hilang terus bila doc letak baby atas perut lepas dia keluar. aku boleh nampak dari baby tu kaler biru, then makin lama baby jadi kaler pink & kemerah-merahan. tak henti-henti aku ucap alhamdulillah & syukur sebab baby selamat lahir. ::

:: Maira lahir seminggu awal dari due date sebenar. sebelum tu, 31 Disember 2011, dah ada tanda-tanda awal nak bersalin.. ada keluar darah @ doc panggil "show" tapi tak banyak. aku & mr.eM pegi Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk check-up. mr.eM ingat aku dah nak bersalin dah sebab lama gila dia tunggu masa aku nak buat check-up tu. mr.eM tunggu kat luar, aku yang kena masuk dalam. tapi, setelah dipastikan oleh doc, tak ada apa-apa. masa tu bukaan aku cuma 1 cm. doc suruh balik dulu sebab time tu memang ramai patient, so mungkin sebab tu dia suruh aku balik. jadi, baby tak dapat lahir tahun 2011. hihi.. ::

:: selama seminggu tu, aku tak rasa saket apa-apa. siap boleh pegi kerja lagi. tapi masa tu aku memang dah tak larat nak jalan & kerja. so, aku apply cuti awal untuk rest kat rumah. then, 6 Januari 2011 (Jumaat) pagi, macam biasa mr.eM kerja. pagi tu, macam biasa aku nak mandi. so, masa tu aku dah rasa tak sedap hati. time tu air ketuban aku dah pecah. masa tu aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba relax. aku call abang aku tanya pendapat then dia suruh aku pergi hospital terus. then, aku call mr.eM dan cakap nak pergi hospital. masa tu, nada suara aku memang cool gila sebab aku taknak mr.eM risau. kang tak pasal-pasal dia bawa kereta laju gila. paham sangat perangai dia tu. sebab tu aku kaver-kaver cool cakap dalam phone. ::

:: dia sampai rumah dan tanya kenapa. aku cakap air ketuban aku dah keluar. mr.eM pun dengan cool pimpin aku pergi kereta. barang-barang baby semua memang dah standby dalam kereta. perjalanan dari Klang-HSB tu agak jauh jugak. bawa kereta pun tak laju mana. sempat borak-borak macam-macam dalam kereta. aku tau, mr.eM taknak aku rasa stress & risau. sampai HSB, aku cakap kat nurse air ketuban pecah, terus dia suruh aku masuk & tukar baju pink. okay, masa tu aku dah rasa, this is it! memang ni la time my baby lahir. ::

:: but, sebelum tu, aku terpaksa menunggu lama gila untuk check-up. that day pun ramai patient nak bersalin. macam-macam ragam. memang psycho duduk situ. ada yang nak bersalin tapi still dok tahan saket sebab tak ada katil kosong, doc & nurse terkejar-kejar, katil keluar silih berganti dengan patient yang sedang mengerang kesakitan & macam-macam. kat situ jugak boleh dengar jeritan dari bilik bersalin.. fuhh! ngeri ~ ::

:: dari pagi hampir ke malam aku tunggu untuk dapatkan katil. sampai dah naik lemau. malam tu aku ditahan di wad disebabkan air ketuban dah pecah. sebab bahaya untuk baby kalau air ketuban kurang dalam tu. bila dapat katil, mr.eM angkat semua beg-beg baby & aku pegi wad. yang tak bestnya, hubby tak boleh tunggu. adoi, tinggal la aku keseorangan malam tu. ::

:: pukul 9 malam, 3 orang doc check. that time, bukaan aku baru 2 cm. so, doc decide next morning aku akan di'induce' supaya dipaksa bersalin. ya Allah, takut masa tu sebab kena paksa bersalin. 'induce' tu untuk buat patient rasa saket macam nak bersalin. memang tak ada cara lain, so, aku redha. malam tu, doc suruh aku rest dan pagi esok baru mereka 'induce'. malam tu aku nak relax dan tidur sebab nak kumpul tenaga untuk esok. ::

:: nak dijadikan cerita, malam tu jugak kereta mr.eM rosak.. tayar pancit. kecian sangat kat dia sebab terpaksa tunggu kawan dia datang kat parking kereta HSB tu. dugaan betul. dan dugaan makin bertambah bila aku dah start rasa saket pukul 2 pagi. aku dah tak sedap hati, terus call mr.eM tanya dia kat mana. masa tu, dia baru sampai Guthrie.. baru setelkan kereta dia. then, aku terus suruh dia patah balik & tunggu aku kat hospital sebab aku dah rasa saket. so, malam tu mr.eM terpaksa tidur dalam kereta kat parking HSB tu. maaf dear.. ::

:: aku start saket pukul 2 pagi. aku monitor kekerapan saket. mula setengah jam.. lepas tu, setiap 15 minit, then 10 minit dan akhirnya aku tak tahan sangat-sangat. aku tahan saket dari pukul 2 pagi-7 pagi! aku dah berapa kali panggil nurse cakap aku saket, tapi macam taknak layan. pergh! masa tu memang angin aku rasa. diaorang tak percaya aku cakap rasa saket tu sebab masa diaorang check, bukaan cuma 2 cm. so, masa tu saketnya hanya Allah je yang tahu. masa tu air mata dah mencurah-curah dah menahan saket. ::

:: apakah yang terjadi selepas itu? tunggu sambungannya di Part 2, post yang seterusnya.. * haha! bajet macam filem pulak.. berangan!*

p/s : update yang seterusnya! jom! :)

Alhamdulillah ..

Salam..

:: okay, now dah boleh duduk mengadap laptop kejap sementara budak kecik tu tido. hihi.. janggal pulak nak tulis apa sebab dah lama tak update. tak tau mana nak mula. tapi yang penting, aku nak inform yang aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel dan sempurna untuk aku dan mr.eM. alhamdulillah, setelah lebih kurang 9 bulan dia duduk menetap dalam perut aku, dia telah pun selamat lahir secara normal. ni la gambar puteri kesayangan hamba & mr.eM. pada hari pertamanya.. ::

Nama : Zuhumaira Binti Asri Syahmi.
Tarikh : 7 Januari 2012 (Sabtu)
Jam : 8.18 pagi.
Berat : 3.05kg.
Tempat : Hospital Sungai Buloh.


:: comel kan? tapi memang masa ni sebiji ikut muka abah dia.. kihkihkih.. :) aku dan mr.eM panggil dia Maira. macam-macam nama kami orang nak letak, tapi last sekali letak nama ni setelah mr.eM merujuk kepada yang pakar mengenai makna nama tu. "Zu" bermaksud yang memiliki dan "Humaira" bermaksud pipi kemerah-merahan dan panggilan manja Rasulullah kepada isterinya. sebab Maira ni kalau menangis, 1 badan merah padam macam udang kena panggang. sebab tu kami orang letak nama Zuhumaira. Maira ni keluar cepat seminggu dari due date sebenar. tak sabar lettew.. hikhikhik. ::

:: okay, ni post pengenalan je. pasni aku nak post pengalaman ketika bersalin. fuhh! cekidaut! ::

p/s : rutin harian pun dah berubah.. :)

ehem!

Salam..

:: rindu aku? ye.. ye.. tau tu. jap lagi aku update banyak2 sampai sume orang bosan okay? banyak benda ni nak cite. sampai tak tau mana nak start dulu. maybe aku akan start dengan kenapa aku dah lama diam & biarkan blog ni bersarang. bukan apa, sebab utamanya aku takde laptop. ni pun ehsan dari akak aku. so, pasni aku akan update satu-satu okay? tapi, sebelum tu aku nak mandikan budak kecik ni dulu. ohh! lupa pulak, i'm a mother now! tu pun salah satu sebab aku dah lama tak update blog nih. so, nanti aku cite pasal budak kecik nih.. okay? ::

p/s : macam la ada orang nak tau, kan? ah! tak kisah la.. kan? :)

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulillah.. ~~

Salam ..

:: Alhamdulillah .. itu yang aku boleh katakan setakat ini. lama sangat tunggu .. nak dekat 2 tahun ++ dan akhirnya hari ini dapat jugak jawapannya. tahniah jugak pada kawan-kawan seangkatan dengan aku. owh .. mesti nak tau ape kan? ngee .. ~~ ni aku letak gambar bawah ni. tengok ni boleh buat aku tersenyum hari ni. penghujung tahun 2011 yang manis. ::


+ jeng .. jeng .. suspen.. +

+ Senyummmm .. +

p/s : psst..! orang kata rezeki anak .. alhamdulillah .. (^___^)

p/s lagi : tapi nama tu dia salah tulis .. hmm .. ~~