:: Teman Maya ::
:: Jangan Klik Sangat ::
:: Cari Sini ::
Thursday, December 30, 2010
Sayonara 2010 .. welcome 2011 !
Aumm !! Tahniah harimau malaya !
:: gembira. happy. teruja. excited. terharu. bangga. all in one ! syabas dan tahniah kepada pemain kebangsaan kita kerana telah memenangi Piala AFF Suzuki 2010 ! penutup tahun 2010 yang amat membanggakan ! begitu lama kita tunggu saat-saat ini dan harimau malaya berjaya menunjukkan taring ! syabas sekali lagi kepada Mohd Safee Sali kerana telah berjaya menjaringkan satu gol semalam dan membolehkan pasukan Malaysia menang dengan aggregate 4-2 terhadap Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno. Satu game yang aku rasa sangat cemas dan lemas. ucapan tahniah juga turut ditujukan kepada penjaga gol bermata sepet, Khairul Fahmi Che Mat kerana berjaya menjaga pintu gol dan menepis serangan dengan begitu kemas dan kacak. Ala .. lepas 2 biji je, apa ada hal. ekeke. dan semestinya tahniah dan syabas kepada jurulatih pasukan harimau malaya, K. Rajagobal yang berjaya membimbing skuad kebangsaan sampai ke tahap sekarang ni ! ::
:: so, disebabkan tak dapat tengok live kat Indonesia, aku hanya melompat dan menjerit kegembiraan di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam. tapi keriuhannya sama seperti dalam stadium. ada yang siap bawa gendang. sangat meriah dan sangat semangat penyokong-penyokong Malaysia ni. macam-macam lagu diaorang nyanyi. bawah ni aku tempek gambar yang sempat diambil. crowded gila ! ::
:: gambar bawah ni aku ambil dari FB Fara Fauzana. pemain antarabangsa, pemain MU - Ferdinand juga mengucapkan tahniah dengan pemain kebangsaan. cool kan? ::
:: TAHNIAH HARIMAU MALAYA ! SYABAS HERO-HERO MALAYA ! ::
p/s : PM announced esok (Jumaat) cuti. terima kaseh PM ! dan tentulah ucapan ribuan terima kaseh kepada pemain kebangsaan kita .. kerana merekalah satu Malaysia dapat cuti !
p/s lagi dan lagi : cuba kira berapa banyak aku guna simbol "!" ? haa .. tu menunjukkan aku memang tengah excited gila ! ekeke.
Wednesday, December 29, 2010
Filem wajib tonton 2011 !
:: memandangkan aku memang suka tengok movie, aku usha-usha la movie-movie baru yang bakal keluar panggung. tak kisah la movie melayu ke, omputih, omhitam, cina, kartun atau lain-lain. janji best ! ::
:: sedang aku leka berinteraksi dengan pakcik google, aku terjumpa movie yang bakal menggegarkan industri perfileman tanah air. wah ! aku sangat teruja nak pegi tonton ! dijadualkan keluar 10 Mac 2011 iaitu Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodliness! aku tengok trailer dia memang tak sangka Malaysia boleh buat filem sebegini rupa. sekali pandang macam cerita Chronicles of Narnia pun ada. dua kali pandang macam filem Pirate of Carribean pun ada. tiga kali pandang baru tau itu filem MALAYSIA ! kredit to 3 orang anak muda yang hensem dan kaya iaitu KRU Studios yang telah berjaya membuat Malaysian people proud ! salah satu kejayaan yang amat membanggakan ! ::
* tengok poster pun dah teruja ni ! *
:: Sinopsis filem ni ~
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza dan mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan dijadikan tebusan.
Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? ::
~ ni gambar-gambar belakang tabir :
kopipes dari sini.
Malam ni jangan lupa !
Tuesday, December 28, 2010
Malaysia Boleh !
~ aizat ~ shahrill ~ encik tunang ~
~ encik tunang ~ damien ~ shahrill ~ pyan ~
p/s lagi : gambar aku tak ada? aku suka amik gambar .. belakang tabir je .. ekeke.
Friday, December 24, 2010
Pendek je ..
Wednesday, December 22, 2010
Sekitar majlis wedding my BFF ..
:: ekeke. entry ni dibuat sebab tuan punya blog ni nak enterframe sikit. so, bagi chance eh? enjoice the picture ~ ::
*tuan rumah enterframe lebih .. ekeke. *
Tuesday, December 21, 2010
Gadis pulau ..
"Hei .. siapa pulak yang baling suka hati mak dia je ni? Tengok-tengok la orang ni sikit." sengaja suaranya dikuatkan supaya empunya badan dengar. Khairil melihat ke arah batu itu sambil tunduk mengutip. Gila besar batu ni. Boleh pecah kepala aku macam ni. Nasib kena sipi je. Sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.
"Err .. saya minta maaf." kedengaran suara halus terketar-ketar mohon maaf. Khairil segera memandang ke arahnya.
"Awak ke yang baling batu ni? Tak ada batu besar lagi ke nak baling? Lain kali cari yang besar sikit eh?" perli Khairil tanpa selindung.
"Erk .. tapi tu batu paling besar yang saya jumpa tadi." mukanya jujur.
Eh dia ni. Aku perli dia pun tak faham ke? ujar Khairil dalam hati.
"Dah tak ada kerja lain ke main baling-baling batu ni?" tanya Khairil.
"Saya selalu ke sini. Kalau saya sedih, bila baling batu ni, saya rasa tenang sikit. Tapi mana saya tau awak duduk situ. Maaf ye?" terang gadis itu.
"Ow .. jadi, saya ni orang ke berapa yang dah kena batu awak ni?" sekali lagi Khairil memerli gadis itu tapi tidak setegang tadi.
Gadis itu tersenyum, "awak orang yang pertama." terus gadis itu berlari di celah-celah chalet lalu hilang.
Tak sempat Khairil membalas. Manis. Comel. Gadis pelik berbaju kurung putih. Getus hati Khairil apabila melihat gadis itu tersenyum, dia juga turut tersenyum. Dia selalu ke sini? Mungkin esok aku boleh jumpa dengannya di sini. Khairil terus berlalu menuju ke chaletnya dengan hati yang berbunga.
* * * * *
"Haa .. kau dah kenapa ni? Sejak balik dari pantai tadi tersenyum-senyum macam kera dapat bunga ni." tegur rakannya.
"Mesti la aku happy. Tadi aku jumpa awek cun." ujar Khairil sambil mengangkat kening.
"Uiks. Awek? Kat pulau ni? Kita dah 2 hari kat sini, aku tak nampak mana-mana awek cun pun. Kau biar betul Ril?" tanya rakannya dengan nada pelik.
"Laa .. takkan aku nak tipu pulak. Awek tu terbaling batu terkena kepala aku. Bila tengok muka awek tu, tak jadi aku nak marah. Cun sehh !" girang sekali Khairil bercerita.
"Ceh ! Entah awek mana kau jumpa ni. Entah-entah kau berangan je ni. Tu la, aku dah cakap, time-time maghrib macam ni jangan jalan-jalan kat pantai tu." rakannya berceramah ala-ala forum perdana.
"Hish ! Kau ni ke situ pulak. Aku waras lagi la. Esok aku nak pergi jumpa awek tu lagi. Aku terlupa nak tanya nama dia." jelas Khairil. Tak sabar menunggu hari esok.
* * * * *
Dub ! Segera Khairil menoleh ke arah bunyi batu di sebelahnya. Sekali lagi lamunannya terbantut. Lalu dia memandang ke belakang. Khairil terus tersenyum apabila gadis yang ditunggu menghiasi matanya.
"Hari ni balingan awak tak tepat." Khairil memulakan perbualan.
Gadis itu tergelak kecil. "Awak buat apa kat sini? Tunggu saya?" tanya gadis itu.
"Err .. tak adalah. Saya suka duduk sini. Tenang." Khairil tak mengaku.
"Tapi saya memang tunggu awak kat sini." ujar gadis itu. Perlahan gadis itu melabuhkan punggung di sisi Khairil. Khairil terkedu. Tak sangka gadis itu berterus terang sebegitu.
"Nama awak apa?" tanya Khairil.
"Awak boleh panggil saya Medina." tutur gadis itu lembut.
"Sedap nama tu. Saya Khairil." balas Khairil. Gadis itu mengangguk.
"Awak buat apa kat pulau ni? Bercuti?" tanya Khairil.
"Tak. Saya memang duduk di sini. Dah lama." gadis itu tersenyum. Mata masih dilemparkan ke arah laut yang terbentang.
"Ow .. orang pulau rupanya." Khairil bersuara. Gadis itu mengangguk lagi.
"Nanti boleh awak bawa saya round-round kat pulau ni kan?" pinta Khairil.
"Boleh. Esok awak tunggu saya kat sini. Waktu yang sama ye?" ujar gadis itu sambil bingkas bangun tergesa-gesa. Belum sempat Khairil bersuara, gadis itu berlari dan menghilang di celah-celah chalet seperti semalam. Pelik. Khairil juga bingkas menuju ke chaletnya.
* * * * *
Setelah penat, mereka akan berbaring di pasir. Ataupun mengukir nama mereka di atas pasir halus itu. Setelah puas melukis di atas pasir, mereka kembali berjalan beriringan perlahan menyusur pantai sambil berpegang tangan. Sesekali terlihat mereka tertunduk-tunduk mengutip cengkerang cantik yang terdampar di gigi air yang dibawa oleh ombak laut. Khairil terasa bahagia. Sangat gembira.
"Medina .. saya gembira bertemu awak." ujar Khairil memandang ke arah Medina. Gadis itu hanya tersenyum dan tertunduk malu. Dan seperti biasa, gadis itu akan tergesa-gesa pulang bila tiba masanya.
"Kau ni. Terkejut aku. Tunggulah aku masuk dulu. Hmm .. tanya apa?" tanya Khairil.
"Tadi kat pantai tadi. Kau buat apa?" tanya rakannya.
"Haa .. tu la awek cun yang aku cerita kat kau hari tu. Ingat tak? Aku lupa nak cerita dengan kau. 2-3 hari ni aku selalu dating dengan dia kat situ. Dia cantik kan?" Khairil tersenyum bercerita mengenai gadis pujaannya itu.
"Awek? Hmm .. tapi, sebenarnya aku tak nampak siapa-siapa pun. Tadi aku pergi ke pantai. Aku ternampak kau bermain sorang-sorang. Lama aku perhatikan kau. Kau berlari-lari dan ketawa. Kemudian kau terbaring atas pasir." jelas rakannya.
"Hish kau ni. Apa pulak aku sorang? Aku dengan awek tu la. Medina namanya. Kau ni saja nak buat cerita." Khairil mengerutkan dahinya.
"Kau tahu mana dia duduk? Kau pernah jumpa family dia?" tanya rakannya.
"Tak. Tak terlintas pulak." balas Khairil perlahan.
"Dah la. Dah maghrib ni. Jom solat." rakannya bingkas bangun meninggalkan Khairil yang masih terdiam.
* * * * *
"Awak okay? Saya ada buat salah dengan awak?" gadis itu risau apabila ternampak perubahan air muka Khairil. Tak seperti sebelum-sebelum ini.
"Medina .. siapa awak?" pertanyaan Khairil menyebabkan wajah gadis itu berubah lalu dia tersenyum.
"Kenapa awak tanya begitu?"
"Saya nak jumpa keluarga awak. Boleh?" balas Khairil.
Lama gadis itu terdiam, lalu dia menggangguk, "boleh .. marilah." ajak gadis itu.
"Boleh? Betul ni? Okay .. mari!" Khairil kembali senyum.
Khairil mengekori Medina dari belakang. Mereka melalui celahan chalet yang agak sempit. Terkial-kial Khairil melangkah, takut terpijak ranting-ranting di atas pasir. Medina semakin laju di depan tanpa menghiraukan ranting-ranting tersebut. Maklumlah, dah biasa barangkali. Getus hati Khairil. Berpeluh di dahi memercik dan terasa dingin.
"Jauh lagi rumah awak?" tanya Khairil. Dia sudah terasa penat.
"Tak. Depan tu saja." pendek Medina menjawab.
Tak berapa lama mereka berjalan, tibalah mereka di depan sebuah rumah papan yang agak usang. Medina berhenti di depan rumah itu.
"Inilah rumah saya. Maaf, rumah saya buruk." ujar Medina perlahan.
"Eh .. Buruk-buruk pun rumah juga kan? Saya tak kisah pun." Khairil tersenyum.
"Awak naik la dulu. Saya nak pergi belakang sekejap. Mak saya ada di atas." Medina berlalu ke arah belakang rumahnya. Khairil menggangguk.
"Assalamualaikum." Khairil memberi salam.
"Waalaikumussalam." terdengar suara membalas dari dalam rumah. Kelihatan seorang perempuan tua menjenguk di muka pintu.
"Makcik. Saya Khairil, kawan Medina. Boleh saya jumpa makcik?" jelas Khairil.
"Kawan Medina? Naiklah nak." perempuan tua itu bersuara.
Khairil mengekori perempuan tua itu. Walaupun keadaan di luar agak usang, tapi keadaan di dalam rumah itu tersusun kemas.
"Macam mana anak ni kenal Medina?" tanya perempuan tua itu.
"Saya selalu berjumpa dengan Medina beberapa hari ni. Saya yang minta dia kenalkan saya dengan keluarga dia. Saya harap kedatangan saya ni tak mengganggu. Saya nak minta izin untuk berkawan dengan anak makcik dengan lebih rapat." jelas Khairil teratur.
"Anak berjumpa dengan Medina?" pertanyaan pelik itu diajukan kepada Khairil. Khairil hanya menggangguk laju.
"Tapi, Medina sudah meninggal dunia 2 tahun lepas. Dia meninggal dunia ketika dia menolong seorang kanak-kanak yang hampir lemas di laut. Allah lebih sayangkan dia. Dia sajalah satu-satunya anak makcik." perempuan tua itu sebak.
Khairil seakan tertampar mendengar cerita itu. Seakan tidak percaya. Medina sudah tiada? Habis tu, selama ini dengan siapa dia menghabiskan masa petangnya? Dengan siapa dia berkejar-kejaran di pantai? Dengan siapa dia bergelak ketawa? Dengan siapa dia memadu kasih selama ini? Dia keliru. Jauh di sudut hatinya, dia sedekahkan Al-Fatihah supaya rohnya tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang diredhai-Nya. Amin.
Congratulation dear ..!
:: aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru to my bff , Miera & Firdaus..! aku sangat happy ! lagi seorang dah tukar status. aku doakan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat .. & bahagia sampai bila-bila. happy jugak sebab dapat jumpa teman-teman lama yang lama gila tak jumpa. mmg excited ! ::
berdebar-debar sebelum diijab kabul .. chomel !
kawan aku yang chanteq .. kan? (^_^)
Friday, December 17, 2010
Terima kasih ibu ..
"Hah .. lain kali mata tengok depan. Jangan berangan. Menyusahkan orang betul." sekali lagi marahnya terhambur keluar tanpa sekatan. Sempat dia menjeling ke arah fail di atas lantai yang tertera nama Iqram. Tak sempat nak baca habis. Takut si lelaki perasan tingkah lakunya.
"Maaf. Saya tak sengaja." pendek tutur si lelaki kepada si perempuan itu. Sempat si lelaki menjeling ke arah si perempuan. Patutlah kasar dan garang semacam. Perempuan tak berapa nak perempuan rupanya. Cantik orangya tapi sayang. Terselindung dengan tingkah laku kasarnya, getus hati kecil si lelaki.
"Maaf? Habis tu, baju aku ni siapa nak ganti? Eyy .. geram betul la." sambil mengelap baju putih yang telah bertukar warna coklat. Si perempuan terus pergi meninggalkan si lelaki tersebut dalam keadaan marah menyirap.
Si lelaki masih memandang ke arah si perempuan itu. Dia tersenyum. Memang cantik !
Sesampai di kedai mamak, sekumpulan remaja perempuan sedang lepak dan diselang-seli dengan ketawa yang kuat. Si perempuan itu menuju ke meja itu dengan muka amarah.
"Wei .. ni apehal muka macam cencorot ni?" salah seorang dari mereka menegur.
"Ha'ah la. Baju kau tu kenapa ada colour tambahan tu? Fesyen ke?" lagi seorang mencelah seakan ingin melawak.
"Ada mamat bodoh mana entah langgar aku. Spoil betul la. Dapat maki aku la jawabnya." terang si perempuan.
"Relax la beb. Cool-cool down sudah. Baju je kot. Boleh basuh. Dah-dah, meh breakfast. Tengahari nanti kita jamming. Yeah !" seorang perempuan bersuara ingin menenangkan si perempuan itu.
Si perempuan kembali tersenyum.
* * * * *
"Assalammualaikum ibu. Rajinnya orang tu. Ibu siapalah tu kan?" si perempuan itu menyapa dan mengusik ibunya setelah melihat ibunya di laman.
"Waalaikumussalam. Mestilah rajin. Ada anak dara tapi macam anak teruna. Alamat memang mati la jawabnya bunga-bunga ibu ni." seloroh ibunya tajam tapi masih ada nada bergurau.
"Aik .. kenakan orang balik. Dah terer la ibu sekarang." si perempuan terkulat-kulat tersengih.
"Ibu belajar dari anak dara dialah, siapa lagi." ibunya tertawa kecil. Si perempuan ikut sama tergelak.
"Suri, cubalah la pakai pakaian macam perempuan sikit. Asyik pakai seluar jeans dengan t-shirt. Dulu cantik Suri berbaju kurung. Tapi sekarang dah tak pernah ibu tengok. Tu, rambut tu potong lagi ke? Pendek sangat dah Suri. Berdosa tau kalau kita ni menyerupai lelaki." ibunya sambung dengan nada lembut. Takut anak di depannya tersinggung walaupun luarannya seakan kasar tapi dia amat mengenali hati anaknya itu.
"Ala ibu .. style sekarang ramai perempuan rambut pendek. Senang nak urus dan ringkas. Tak serabut." Suri mempertahankan pendiriannya.
"Hmm .. ubah la sikit penampilan tu. Suri tu perempuan. Kena jaga tingkah laku. Perangai tu kena senonoh. Barulah ada orang nak anak ibu ni." pujuk ibu.
"Ibu .. kalau betul orang tu suka Suri, dia kena terima Suri seadanya. Bukan luaran semata-mata." Suri terus berlalu masuk rumah. Air matanya bergenang dan hampir tertumpah mengingatkan kenangan lama. Suri tak mahu menangis depan ibunya. Suri perlu kuat. Dah lama dia tanamkan dalam diri yang dia boleh hidup tanpa lelaki. Kaum itulah yang telah mengubah dirinya dari seorang perempuan lemah lembut kepada perempuan kasar itu. Dia pernah dikecewakan. Dia sudah serik.
* * * * *
"Suri .. ibu nak jodohkan Suri dengan anak kawan ibu. Suri setuju tak?" Suri yang sedang makan hampir tersembur keluar mendengar kata-kata ibunya malam itu.
"Apa ni ibu? Tak payah la ibu susah-susah aturkan. Suri boleh cari sendiri." Suri sedikit kasar.
"Kalau nak harap Suri yang cari, sampai ibu tutup mata pun belum tentu ada." ibunya berkata perlahan.
"Suri tak suka ibu cakap merepek macam ni." Suri memandang ibunya. Suri tahu ibunya amat mengharap. Semenjak ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas, tinggallah mereka berdua. Suri anak tunggal. Ibunya bertambah risau apabila umur Suri telah menginjak ke angka 28 tahun.
"Ini permintaan terakhir ibu. Lepas ni ibu takkan minta apa-apa lagi. Suri jumpa dulu orangnya. Kalau Suri rasa tak sesuai atau tak suka, ibu tak kisah. Suri boleh tolak. Boleh ye Suri?" ibunya memujuk. Suri terpaksa akur. Sayangnya dia kepada ibu melebihi segalanya. Suri mengangguk lesu.
* * * * *
"Ibu .. ibu! Tengok abang dengan ayah ni. Dari tadi kacau Seri." lamunannya terhenti teringat arwah ibunya. Segera dia menyeka air matanya dari tumpah apabila terdengar suara kecil mengadu. Hampir-hampir mahu menangis.
"Aril .. jangan buat adik macam tu. Ibu report ayah nanti." ugut Suri.
"Ala .. ayah pun join sekali tadi ibu. Tengok ayah dah lari." Aril menunjuk ke arah laman hijau itu. Segera Suri juga menoleh ke arah yang sama. Kelihatan seseorang menyorok di sebalik pasu bunga besar itu.
"Sayang .. awak tu bukan kecik sangat sampai saya tak nampak awak." Suri menahan gelak.
"Sayang .. jangan dengar cakap Aril tu. Saya tak buat pun. Saya memang duduk sini dari tadi."
"Encik Iqram Daniel .. tak baik menipu depan anak-anak. Tak elok tau." Suri ugut.
"Puan Suri Daniella .. mana ada saya tipu. Tak baik tuduh tau." Iqram masih tak mengaku.
"Ayah .. cikgu cakap tak baik menipu. Allah marah." sekecil bersuara.
"Haa .. kan dah kena. Jawablah Encik Iqram Daniel." Suri mengenyit mata ke arahnya.
"Aril ni tak sporting la. Kan dah janji tak nak report. Sini ayah geletek pinggang tu." Iqram menuju ke arah Aril. Anak sulungnya itu telah bersedia untuk lari. Bermulalah adegan kejar-mengejar keliling laman rumah mereka. Diselang-seli dengan gelak ketawa mereka berempat. Sangat bahagia. Suri bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menerima dirinya. Syukur dengan nikmat-Nya.
"Terima kasih ibu kerana telah menemukannya dengan seorang lelaki yang penyayang dan penyabar untuk dirinya. Seorang lelaki yang terbaik untuknya. Seorang lelaki yang telah berjaya menukar Suri yang kasar kepada seorang yang cantik dan lemah-lembut. Terima kasih suamiku .. ~"
* * * * *
Tahniah ! sangat chomel !
:: entry ni dibuat khas untuk sahabat baik aku dunia akhirat yang telah menjadi mummy .. mom .. mak .. mama .. ibu .. bonda kepada Ayu Insyirah Binti Mohammad Hafidz. sangat gembira untuk dia. TAHNIAH shaz ! anak kamu sangat chomel. rasa nak cubit pipi dia. petang ni aku pegi lawat kamu okay? happy for you dear. ni aku curik dari FB kamu. ::
Thursday, December 16, 2010
Pernah tak ..?
:: morning .. morning ! (^_^) *tak ada la morning sangat. nak tengahari dah pun. ekeke.* ni aku nak tanya kamu orang ni. ada la beberapa soalan yang aku rasa nak tau. tak nak jawab tak apa. jawab dalam hati eh? hiks!::
:: satu ~ pernah tak kamu orang mimpi .. kadang sampai gelak-gelak .. tak pun basah bantal sebab nanges .. tapi bila bangun dari tidur, kita dah tak ingat apa yang kita mimpi tadi? sedaya upaya nak ingatkan balik, tapi tak boleh. padahal baru saja berlaku. kenapa eh kita tak ingat? ::
:: dua ~ pernah tak kamu orang dengar orang cakap macam ni. "kau ni kurus sangat la. makan la banyak sikit." *tu contoh kena kat aku. ekeke.* okay .. persoalannya, bahasa yang digunakan. perkataan 'banyak sikit' tu. tu nak suruh kita makan banyak ke makan sikit? konpius. banyak lagi ayat-ayat yang guna perkataan macam tu. mungkin sebab dah biasa kot. entah la. *aku pun selalu guna. ekeke. ::
:: tiga ~ pernah tak kamu orang rasa diarah tapi sebenarnya dia nak minta tolong kita. tapi sebab ayat yang digunakan tu semacam arahan. contoh, "ambilkan kertas atas meja tu." bunyi macam arahan kan? apa kata tukar sikit, "tolong ambilkan kertas atas meja tu." hmm .. sedap sikit bunyinya kan? kenapa kita tak ikut orang putih. mereka selalu guna perkataan "please" dalam ayat mereka. ::
:: empat ~ pernah tak kamu orang marah-marah masa bawa kereta. tak kisah la kamu penumpang atau pemandu. kalau ada pemandu yang lain buat slack sikit, mulalah mulut ringan memaki hamun. tapi masalahnya, pemandu yang dimarah tu tak dengar pun. orang yang dalam kereta tu yang terpaksa tadah telinga. geram. tension. bising okay? apa susah, hon tu kan ada. bukan nak tunjuk lagak, tapi at least pemandu itu alert dan sedar dia ada buat kesalahan. mungkin lepas tu dia lebih berhati-hati. tak payah maki-maki. kesian orang dalam kereta kita tu kena dengar kamu maki ttuuuut .. ttuuuuutt .. tu. ::
:: lima ~ pernah tak kamu orang benci seseorang tu gila-gila? sampai tak boleh tengok muka dia. meluat. menyampah. lepas tu, ada orang akan mengeluarkan fatwa lebihkurang macam ni. "kalau kita benci seseorang tu, satu hari nanti dia akan jadi orang yang paling kita sayang". betul eh? kalau betul, aku nak benci Shaheizy Sam, boleh? *wahaha. berangan lebih. okay .. tak payah muntah beramai-ramai.* tapi hal ni banyak berlaku among my friends juga. so, terpulang nak percaya ke tak. ::
:: enam ~ pernah tak kamu orang dengar, kalau kita kapel dengan seseorang, jangan hadiahkan orang itu baju atau kain. kalau bagi juga, hubungan tu tak kekal lama. cepat clash. hah? biar betul? ni aku dengar dari zaman study dulu. tapi aku banyak kali je bagi baju tapi okay je. tapi entah la kan. mungkin terjadi kat orang lain. tapi boleh percaya ke? hmm .. ::
:: tujuh ~ pernah tak kamu orang berjanji dengan seseorang tapi dia datang lambat. kita tanya kenapa lambat. dia selamba jawab, "biasalah, janji melayu." uiks. kenapa cakap macam tu? orang Melayu ni memang tak pandai hargai masa ke? selalu lambat ke? tak punctual ke? hey .. tak semua orang macam tu. jangan biasakan ayat tu. bunyinya macam menindas bangsa sendiri. haih ~ ::
p/s : jadi .. kalau yang buruk-buruk tu, tak payah la amalkan. kadang-kadang dia dah sebati dengan diri kita .. susah nak ubah tapi mungkin boleh cuba.
Wednesday, December 15, 2010
Sebab mata lelaki gemar lihat badan wanita ..
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa .. semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan,
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat ..
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri ..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga ..
Tips : awet muda ..
Salam ..
:: ekeke .. hari ni aku asyik terbaca tips je. ni aku terbaca tips untuk kekal awet muda. mungkin ada antara di bawah ni ada yang memang kita amalkan seharian. meh, aku tempek kat bawah sini. enjoice ~ ::
> Muka berminyak selepas bangun tidur. ? Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
# Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
# Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
> Lakukan senaman ringan.
# Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
> Memotong kuku.
# Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
# Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
# Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
> Waktu pagi.
# Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
# Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
# Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. *yang ni aku selalu buat .. hiks ..*
# Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
# Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
# Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
> Selain itu ..
# Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. *alamak .. selalu buat ni ..*
# Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
# Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
# Amalkan solat tahajud.
# Sentiasa tenang dan bersikap positif.
# Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
# Maafkan semua orang sebelum tidur.
p/s : selamat mencuba ! *ekeke .. dah macam perunding kesihatan pulak ni ..*
5 mitos fitness yang sering kita dengar ..
:: hari ni dah hari Rabu. kejap rasanya masa berlari. hari ni tiada apa-apa yang menarik. sama sahaja seperti semalam. sama seperti kelmarin. tapi hari ni, aku nak share something yang aku terbaca kat website faveret aku yang mungkin boleh dijadikan panduan dan informasi berguna kepada kita. ia berkaitan dengan fitness. sebab sekarang banyak mitos yang kita dengar untuk memastikan tubuh kita sihat. jadi, aku amek petikan dari Kevin Zahri mengenai cara penjagaan makanan dan kesihatan tubuh badan kita. ::
Mitos 1 : Jangan Makan Kalau Nak Kurangkan Berat
Realiti : Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut 'bajet' anda.
Mitos 2 : Bila Semakin Tua, Otot Bertukar Menjadi Lemak
Realiti : Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal makanan mereka.
Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)
Mitos 3 : Saya Hanya Perlukan Aerobik Sahaja
Realiti : Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.
Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.
Mitos 4 : Semua Lemak Memudaratkan
Realiti : Ya lah. Apabila banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding dengan karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak 'baik' dan lemak 'jahat'. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).
Mitos 5 : Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti : Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge. Untuk senaman, yang penting adalah kualiti senaman dan bukannya kuantiti. Contoh macam saya, akan hanya ke gym 1-2 kali seminggu tetapi setiap kali saya pergi, sudah pasti masa itu penuh dgn senaman berkualiti!
Untuk panduan yang lebih mendalam serta panduan kurangkan berat badan - rujuk kepada e-book beliau di sini.
Tuesday, December 14, 2010
Tonton sampai lebam ..
:: wahh ~ minggu lepas minggu yang memenatkan. aduh ~ then juga minggu berhibur dan menghabiskan duit. sebab ujung minggu ni 4 kali aku tonton wayang ! eh .. silap ..! 5 kali ! gile la kan. pokai aku minggu ni. banyak pulak cerita best kuar ujung-ujung bulan ni. tapi memang dah lama tak tonton wayang pun. bawah ni adalah cerita-cerita yang membuatkan duit aku habis .. wahh ~ tengok sampai lebam namanya. ::
:: okay .. aku nak komen sikit cerita-cerita yang aku dah tonton ni. 1st, cerita Aku Tak Bodoh. ~ Pada aku, cerita ni best dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. sebab ia mengisahkan latarbelakang 2 buah keluarga yang berbeza dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. kita boleh lihat bagaimana keluarga kaya dan miskin mendidik anak-anak. diselang-seli juga dengan lawak-lawak yang boleh membuat aku gelak ketawa dan pada masa yang sama, boleh buat aku menitiskan air mata. gila touching aku ni ~ .. so, aku suggest la korang tengok cerita ni. banyak benda-benda tersirat dan juga menceritakan pengorbanan ibu bapa untuk anak-anak mereka. pesanan : ibubapa sekarang ni jangan la selalu cakap anak mereka bodoh. doa tu kalau ibubapa cakap macam tu. okay? ::
:: 2nd filem ~ Ngangkung : okay .. aku tak nak komen banyak sebab kalau korang search kat Internet sekarang ni, filem ni mendapatkan kutipan yang tertinggi setakat ini. so, terbuktilah ke'best'an tu. filem ini mengisahkan 3 orang pemuda yang suka main nombor ekor dan sering berjumpa bomoh-bomoh terrer untuk mendapatkan nombor. so, pelbagai adegan-adegan yang memang kelakar gile berlaku. dan of course aku suka tengok Shaheizy Sam dalam ni dan juga merupakan salah satu sebab kenapa aku tonton Ngangkung ni. so, cerita ni pun aku suggest untuk korang layan. ::
:: 3rd filem : The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader ~ woha ! memang terbaik ! sebab aku pengikut setia Nania. *selain Harry Potter yang sentiasa di hati*. aku tonton bersama my BFF di Wangsa Walk. panggung dia memang terbaik derr ! okay .. komen filem. episod kali ni Susan dan Peter tak ada sebab diaorang dah tua dan cukup umur. so, yang ada just Edmund dan Lucy. dan watak tambahan yang memang kelakar dalam ni ialah Eustace. dia ni cousin mereka-mereka ni. dan yang paling penting, ada Prince Caspian ! handsome & macho ! haih ~ .. so, pengembaraan kali ni agak mencabar walaupun ada part-part yang boring sikit. yang paling smart mestilah Aslan. so, aku suggest siapa yang memang penonton tegar Narnia, pergi la tonton eh? ::
:: then, cerita last ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah. sambungan dari Zombie Kampung Pisang. dan aku tonton cerita ni 2 kali. genre kelakar seram. kita boleh gelak dan seram pada masa yang sama. ia mengisahkan Kak Limah yang menghantui penduduk Kampung Pisang. so, macam-macam insiden kelakar dan seram yang berlaku. dari mula sampai habis aku gelak. memang sesuai untuk sesiapa yang nak release tension. haa .. aku suka cerita ni sebab intipati dan skrip dia. banyak kita boleh renung dan fikir kerana kebanyakkannya berkisar mengenai sikap orang Melayu zaman sekarang. ada diselitkan unsur-unsur perli dan sinis. tapi masih dengan cara bersahaja dan santai. so, cerita ni pun aku suggest korang tengok eh? ::
:: then, aku ada tengok preview cerita baru, tajuk dia Morning Glory dan Gulliver's Travels. tengok macam menarik. lupa pulak bila keluar. adoi .. habis lagi duit aku macam ni. haih ~ ::
Cinta itu indah ..
Thursday, December 9, 2010
Takde keje .. hiks.
:: baju di atas menjadi mangsa percubaan yang pertama ::
Monday, December 6, 2010
Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah ..
:: tak lama lagi umat Islam akan menyambut tahun baru. aku nak ucapkan "selamat tahun baru" (1432 Hijrah) kepada semua kenalan, teman dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. harap segala doa dan hajat kita dimakbulkan. harap semua berjalan seperti yang dirancang. bawah ini aku share doa akhir tahun dan doa awal tahun. marilah kita sama-sama berdoa. ::
Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
p/s : semoga kita semua di dalam keredhaan-Nya .. amin ..
TAG : 25 random things about me ..
:: wahh ! saya telah di tag oleh shira. pagi-pagi dah bagi esaimen ni. fuhh ~ ::
R.U.L.E
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."
25 random things about me :
1. nama penuh diberi oleh arwah opah.
2. nama panggilan : Lynn, Zue, Aleng, Haslinda, Linda, Zuzu.
3. tak suka orang panggil aku Linda.
4. seorang yang sangat kurus. haih ~
5. suka minum teh o ais.
6. suka gila makan 'lamb chop'.
7. suka tengok wayang. tapi tak pernah pegi sorang-sorang.
8. filem paling latest tengok kat wayang : Aku Tak Bodoh. best jugak cerita tu.
9. suke tengok cerita hindustan & tamil.
10. suka sangat membaca. sebab tu aku jadi pustakawan. cewah ~
11. pakai spek mata tapi kadang-kadang je. sebab silau.
12. tak suka make-up sangat. huduh? tak kisah ! =p
13. suka menyanyi walau suara tak sesedap mana. selalu kena kutuk tapi tak kisah pun.
14. suka berjalan & explore mall baru. hiks.
15. ada 7 orang sahabat baik dari sekolah rendah sampai sekarang. luv u guys !
16. suka gila baju kurung cotton !
17. fobia kalau tengok ada SALE. rambang mata !
18. suka dengar lagu. tak kisah genre apa.
19. sangat suka Lisa Surihani & Shaheizy Sam.
20. suka habiskan duit beli 'something' untuk anak buah kesayangan.
21. suka warna biru, hitam & putih.
22. suka ketawa.
23. saya sangat manja sebab anak bongsu.
24. tak pandai masak. (boleh belajar kan?)
25. owh .. aku tunangan orang. =)
:: fuhh ~~ susah esaimen ni. lepas tu kena tag ke? alamak .. nak tag sape eh? 4 orang je boleh tak? hehe .. ::
~~ fara fara
~~ zuzu
~~ yuyue
~~ shaz
p/s : i love my life ! (tetibe .. )
YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY ..
nak lolipop jugak? okay .. kalau nak, ni antara syarat-syaratnya :
syarat2 award utk blog nanie :
1.menjadi follower blog nanie : and link it to http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/
(nanti boleh nanie jadi follower kamu juga & sesi terjah semula - F.R.I.E.N.D)
2.tampalkan award (click pada gambar award - then bole copy photo ye) & (jgn lupa drop comment in this entry / shoutbox ye)
3.WAJIB mulakan title entry dengan nama (YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY )
4.Tag 5 kawan2 blogger kamu..
(tak kisah new blogger / profesional blogger)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
p/s : thanks again nanie ! =)