:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, December 15, 2011

Hapdet 1 : Mommy & Baby ..

Salam ..

:: pergh! mata aku dah tak boleh nak buka dah ni. sangat sleepy!!! kalau ada batang mancis ni, dah lama digunakan untuk sengkang mata nih. semalam tak berapa nak lena tidurnya. perut meragam 2-3 hari ni. tak tau la kenapa. baby dalam ni asyik menolak sampai pedih perut mommy dia ni. protes ke apa ntah. nak kata tak makan, makan macam biasa. cuma kuantiti sekarang ni dah kurang sebab makan sikit dah rasa kenyang. sekarang ni cepat pulak rasa kenyang walaupun makan sikit. mungkin sebab tu dia protes. tak cukup ye sayang? hmm .. berat badan pun naik sikit je masa check-up minggu lepas. ::

:: perubahan yang ketara sekarang ni :
+ cepat rasa letih / penat
+ rasa mengantuk
+ malas (okay, ni memang dari dulu lagi tapi sekarang bertambah-tambah malas. hiks.)
+ kaki dah rasa berat (kaki dah gemuk)
+ dah tak boleh berdiri lama-lama
+ dah mula sakit bahagian bawah perut macam sakit period tu (tapi tak kerap sangat)
+ tidur kena sendal dengan banyak bantal keliling badan
+ jalan dah makin slow / terkedek-kedek
+ tak terasa nak shopping! (owh .. yang ni memang paling rugi .. tapi memang dah tak larat nak jalan-jalan shopping. dan yang paling suka tentu la mr.eM.)
+ hampir sume baju / seluar dah tak muat
+ penyabar (haa .. yang ni pelik sikit. selalu dengar perempuan time pregnant emosi lebih tapi aku lain pulak. susah nak marah-emosi time sekarang ni.)

:: setakat ni, tu antara apa yang aku rasa sekarang. tak boleh nak fikir sangat sebab terasa sangat mengantuk. kalau la boleh tidur sekarang ni, best gile! ::

p/s : okay, aku kena cari alternatif lain untuk hilangkan mengantuk yang teramat sangat nih! (=_=')

2 comments:

  1. olo olo comel yang part jalan kedek kedek tu. kikiki. hurm, dah sarat tu. nanti masa nak dekat dekat hari nanti muke kamu kembang pulang. tu baru kaki.

    semoga selamat melahirkan. tak sabar nak tgk baby kuar..

    ReplyDelete
  2. shira : tu la kan? tang muka tak nampak sangat lagi perubahannya. kaki & betis ler yang paling ketara. amin .. harap-harap sume selamat. (^_^)

    ReplyDelete