:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Wednesday, March 30, 2011

Tuan rumah is back ..!

Salam ..

:: hye .. hye guys! ops! assalamualaikum readers! *bajet ramai orang baca blog sendiri.ekeke.* lama rasanya tak jenguk blog aku nih .. maklumlah, cuti panjang. so, hari ni 1st day aku masuk keje balik. maaf la yek sebab lama tak hapdet. busy bebenor rasanya. ni penat tak abis lagi nih. seminggu jugak ler aku cuti. cuti apa? ekeke. *malu tersipu-sipu.* ala aa korang mesti boleh agak punya. hmm .. aku tempek gambar je la eh? ::

:: sangat terharu sebab ramai member-member datang. yang lama tak jumpa pun ada. 4-5 tahun jugak tak jumpa. giler rinduuuuu sama kamu orang semua! agak excited and happy jumpa mereka-mereka. terima kasih banyak-banyak sebab sudi attend my ceremony. and those presents yang aku dapat, a million thanks yaw! tak terbalas rasanya .. semoga Allah murahkan rezeki kalian semua okay? but, pelik sikit sebab 80% presents yang aku & mr. eM dapat menjurus kepada bidang masakan. *aku tau ler aku tak pandai masak. perli la tu kan?* but, really appreciate! ::




my lovely family!

mr. eM's family!

my besties ever!

my dearest friends forever!

my 'gila-gila' friends a.k.a opismate!


p/s : next two weeks my weds @ Batu Pahat .. !

p/s : nanti hapdet picture dari official photographer pulak eh?

Friday, March 18, 2011

Aku & hati ..

Salam ..

:: hati .. susah betul nak pujuk. buatlah apa pun, tapi masih macam tu. nak buat apa-apa pun, semua rasa lemau. rasa malas. rasa berat hati. hati .. walaupun kecil tapi impaknya boleh mengubah seseorang. boleh membuatkan seseorang tu sedih atau gembira. luaran nampak molek tapi dalam hati, hanya kita yang tahu. senang nak tipu orang lain dari luaran dan mata kasar tapi akhirnya, berbalik kepada kita juga.

:: tanya sama hati, kenapa kamu macam ni? macam mana nak buat kamu gembira? kamu nak apa? dia berbisik. tapi, hanya berlegar-legar di dalamnya. nak luahkan tapi ada ke orang mendengar? tak ada? tak apalah, mungkin lebih elok simpan erat-erat dalam hati. jangan sampai orang lain tahu. rahsia antara kita saja, okay? shhh ... ::

:: hati .. aku harap tak lama kau macam ni. pulih cepat ye? sebab tak tertanggung rasa sakitnya kalau lama-lama macam ni. jangan nakal-nakal ye? ::

p/s : thanks Fara Fara .. MySpace

Thursday, March 17, 2011

Hey .. not official yet ~

Salam ..

:: ni brochure bahagian aku yang baru. aku belek-belek. hmm .. nampak okay je. chanteq jugak. tapi tiba-tiba pusing page paling belakang .. hah? opismate dah gelak-gelak. dengki la tu. rasa pelik pulak. hmm .. ~ ::

:: erk ! nampak pelik kan? kena biasakan lepas ni. tapi belum lagi la .. tak official lagi okay? sabotaj ni! haih ~ ::
p/s : still nak panggil dengan panggilan 'cik' boleh tak? MySpace

owh .. ye ke?

Salam ..

:: owh .. info yang aku dapat dari paper Metro ari ni. aku nak share dengan kamu orang.. ::

- susah nak baca? klik kat muka burung tu .. -

p/s : uiks .. betul eh? aku baru tahu ..

Wednesday, March 16, 2011

Ah .. aku rindu !


Salam ..

:: 7.00 pm. aku kerja malam hari ni. pengunjungnya juga tak berapa ramai. mungkin lebih senang menelaah di rumah sambil meniarap di hadapan komputer riba masing-masing. jadi, tahap kebosanan aku meningkat agak tinggi. ditambah dengan kesejukkan yang tak terhingga membuatkan jari jemari menjadi statik dan sukar untuk menaip dengan kelajuan yang normal di papan kekunci. masih lengang. yang ada cuma dua tiga orang yang lalu lalang di pintu masuk utama. laju saja lagaknya. mungkin hendak cepat. entah nampak atau tak aku duduk kaku di meja. tak mengapa, aku juga senang begitu. mungkin kerana kesihatan yang belum pulih sepenuhnya membuatkan aku kurang berkata-kata @ membebel. lega mungkin orang di sekeliling aku tanpa mendengar bebelan aku ni. ::

:: masih sunyi. hanya terdengar bunyi ringan dari televisyen yang terlekat di dinding. segera aku dongakkan kepala sedikit agar nampak apa yang terpancar di muka televisyen. owh .. aku lupa, aku tak memakai cemin mata. maklumlah, rabun sikit. haa .. baru nampak, iklan London Weight Management rupanya. iklan yang memang tak sesuai dengan aku. jadi, segera aku mengalihkan pandangan dan sambung mengetuk papan kekunci. ::

"Eh, tak rehat ke?" sapaan seorang teman sekerja.

"Hmm .. malas." jawab aku pendek tapi masih melemparkan senyuman. Dia berlalu melepasi pintu utama. hilang.

:: kemudian, aku perhatikan pelajar-pelajar yang melepasi pintu utama. macam-macam ragam dan gaya. membuatkan aku tersenyum sikit. teringat zaman dulu. zaman belajar. mungkin aku dulu seperti mereka. sentiasa hendak cepat. penampilan juga tidak diambil peduli. baju kurung atau baju lengan panjang. pakaian wajib ke kelas. aku memang merindui saat tu. baju kurung cotton + kasut sport nike = cantik? ekeke. ::

:: masuk seorang pelajar perempuan bersama-sama rakan. agak riuh mulut bercerita, tapi bila aku memandangnya, terus dia terdiam. segan barangkali apabila dia sedar lontaran suaranya agak kuat. segera dia senyum dan menundukkan kepalanya sedikit. aku balas senyumannya. ah .. memang aku merindui saat-saat belajar. muka takut, cuak, blur, confius dan jujur itu mengingatkan aku pada zaman belajar. waktu tu kita seperti budak yang baru belajar berjalan. serba serbi baru dan tak tahu. ::

:: aku sangat merindui saat-saat belajar aku di UiTM Segamat. banyak perubahan berlaku di Segamat. UiTM juga telah mempunyai bangunan-bangunan baru. pertama kali berjauhan dengan keluarga. walaupun mata berkaca-kaca, tetap ditahan dari mengalir. takut diejek sepupu. tapi dalam hati, Allah saja yang tahu. hmm .. aku juga rindu rakan-rakan sekuliah. yang kepala semua gila-gila. aku takkan lupa semua itu. kalian tetap dalam hati aku sampai bila-bila. dan aku bersyukur kerana sehingga hari ini, kami masih berhubung. aku harap agar persahabatan ini tidak berakhir. ::

:: apa lagi yang aku rindukan? owh .. bandar Segamat. tempat yang sering dikunjungi pada hujung minggu. 'dating' juga di situ. teringat pertemuan pertama di KFC. ditemani oleh rakan-rakan. haha .. marah mungkin dia pada aku kerana mengajak rakan menemani aku. rindu dengan burger Segamat, berhadapan dengan pasaraya Billion. burger yang sangat sedap. dengar cerita, pakcik itu masih di situ. sudah bertahun meninggalkan Segamat. semoga murah rezekinya. ::

:: pasaraya Wellward *tak pasti ejaannya betul atau tidak.* salah satu pasaraya yang pasti aku masuk. kerana di situ, terdapat banyak CD lagu. dulu aku suka mengumpul CD lagu. tapi bukan yang original. maklumlah, tak mampu lagi. jadi, aku beli yang tak original dan murah-murah. tuan kedai juga sampai sudah ramah dengan aku. baju-baju t-shirt juga dijual murah. sampai sekarang aku masih lagi memakai t-shirt putih yang aku beli di situ. tahan lama kan? tapi warnanya sudah pudar sikit tapi masih boleh dipakai. ::

:: pasaraya Billion dan Fajar. antara pasaraya paling terkenal di Segamat. tapi, sekarang pasaraya Fajar dah digantikan dengan bank sebab banjir teruk di Segamat. Billion adalah pasaraya pilihan pelajar yang ingin menambah 'stock' makanan di hostel. maggie kari + milo instant = perkara wajib akan dibeli. ekeke. ~ owh .. tapi sekarang, dengar cerita dah ada pasaraya Giant. waktu aku dulu, tak ada lagi. tapi, aku tetap rindu saat-saat dulu !::

:: pisang goreng + cicah sambal pedas. owh .. memang terbaik! mula-mula jejak di bandar Segamat, memang pelik. lama kelamaan, menjadi kebiasaan. sarapan dengan soto, makan tengahari dengan mee bandung, minum petang dengan tempe goreng + cicah sambal + cendol dan malam, tapau di pasar malam Segamat. simple kan? tapi, tak pernah pula mengomel. ya Allah .. aku sangat merindui saat-saat itu! ::

:: waktu petang, sering menghabiskan masa dengan teman-teman menyusuri jalan di sekitar UiTM. berjoging. bergelak ketawa. bercerita macam-macam. kena usik dengan abang senior-senior di tepi padang bola sepak. sengaja jalan di situ. cuci mata namanya. tak pun, kami bermain bola tampar di padang. itulah hiburan yang kami ada di sana. tapi, itu sudah cukup menggembirakan hidup aku sebagai seorang pelajar. walaupun terletak ceruk nun di hujung, tapi mendamaikan dengan persekitaran yang hijau. ah .. aku rindu! ::

:: owh .. dan di Segamat jugalah yang telah menemukan aku dan encik tunang. tak sangka, hanya dengan sapaan pendek semasa Minggu Mesra Siswa di UiTM Segamat, telah membuka hati aku menerimanya dan aku sangat bersyukur kami masih bersama hingga ke hari ini. dan bertambah bersyukur aku dan dia akan disatukan pada hujung bulan ini. hmm .. sudah 8 tahun bersama. sekejap rasanya. doakan kami supaya berkekalan hingga akhir hayat ye? *owh .. pasal KFC tu, jangan marah ye?* ::

:: kenapa agaknya tiba-tiba aku teringatkan Segamat? bila agaknya aku dapat ke sana? hmm .. Insyaallah, satu hari nanti, aku akan ke sana .. sangat teringin nak ke sana .. tunggu ye Segamat .. ::

p/s : banyak kenangan di Segamat .. tak semuanya indah .. yang tak elok, simpan rapat-rapat dalam hati .. aku saja yang tahu ..

Lately yang tak sehat ..

Salam ..

:: 4.00 pm. ari ni aku keje malam. so, tadi aku masuk pukul 1.00 pm. lately ni, kesihatan amat tidak memuaskan. mungkin sebab cuaca yang hujan memanjang. asal petang, mesti hujan. antibodi tak kuat. jadi, weekend lepas aku dapat pakej demam yang tak berapa nak lengkap sangat. tapi kira teruk la jugak. pakej demam dengan food poisoning sekali. *serik betul nak makan kenduri kawen ni*. ditambah pulak dengan tekak bengkak. nak telan air pun perit giler. haih ~ .. ni pun tak berapa nak stabil, still dizzy and tekak still saket. ditambah dengan kesejukkan opis aku yang ditahap terlampau rasanya, menyebabkan aku rasa lemah. owh .. ni antara ubat yang aku kena telan walaupun beso-beso saiz ubatnya. terima kaceh doc! ::

~ banyak tak? hehe .. telan je la .. ~

:: okay .. nanti aku update lagi. kalau rajin, malam ni aku buat grafitti lagi eh? selamat bekerja ! ::

p/s : hey .. kamu orang semua ! jaga kesihatan elok-elok eh? MySpace

Wednesday, March 9, 2011

Bored? Do something!

Salam ..

:: owh ! lama rasanya tak buat graffiti kat blog aku ni .. sehat ke? baguih la tu. aku pun sama, sehat sejahtera. tengah-tengah lepak ni, tiba-tiba aku rasa nak cakap pasal 'BOSAN'. kamu orang mesti la pernah rasa bosan kan? sampai blur tak tau nak buat apa. duduk diam pikir ligat nak buat apa untuk hilangkan bosan. kalau kamu orang tak pernah rasa macam tu, kamu manusia pelik! kembali ke tempat asalmu! fuhh ~ ::


:: sebenarnya, banyak cara untuk hilangkan perasaan bosan ni. kadang-kadang kita kena kreatif sikit. kata orang omputih, pikir di luar kotak. jangan jumud sangat minda tu. dari kita duduk diam tak buat apa-apa, buatlah benda yang kita suka buat. HOBI. kamu orang ada hobi tak? tipulah tak ada. tidur tu pun dikira hobi ye. *cakap kat diri sendiri.hiks.* tak kisah la apa hobinya, bela ikan dalam balang kaca + bela tikus belanda + kumpul kulit kerang + memancing + menjahit manik + karaoke + bermain alat muzik + melukis + tengok drama korea sambil nanges-nanges atau blogging macam aku ni .. asalkan ia boleh mengisi masa lapang kamu orang dan kamu orang takkan merasa bosan lagi. maksudnya, bila kita ada benda lain nak buat dan pikir, kita tak la rasa bosan. cubalah! ::


:: buat-buat banyak kerja. tapi, kalau memang betul ada kerja lagi bagus. busy kan diri dengan kerja-kerja pejabat atau kerja-kerja rumah. sesetengah orang yang berkerjaya, jarang rasa bosan sebab kerja menimbun. mungkin tak sempat nak pikir BOSAN tu. orang Melayu kata, workaholic. kadang-kadang weekend pun tercongok kat opis siapkan kerja. tu kalau yang belum kawen. life dia cuma pagi pergi opis, malam baru ada kat rumah. bagi yang dah kawen dan surirumah sepenuh masa, boleh lah sebok kan diri dengan membuat kerja-kerja rumah. hey, jangan ingat kerja rumah tu tak banyak ye. kadang-kadang lagi banyak dari kerja opis dan sangat memenatkan! tapi mesti tak bosan kan? *tapi rasa penat la pulak. releven ke idea ni? haha!* ::


:: owh .. kalau la kamu orang memang betul-betul tak ada hobi atau memang tak tau sangat nak buat apa untuk hilangkan kebosanan tu, marilah kita membuat amal ibadah. seperti kita tahu, amal ibadah wajib dalam Islam. jadi, perbanyakkanlah amal ibadah kita supaya kita akan jadi lebih tenang. paling simple pun, kita banyakkan solat-solat sunat + baca al-Quran + berzikir dan lain-lain yang berkaitan. dan kalau kita selalu buat, Insyaallah ia akan jadi rutin harian dan sedikit sebanyak bosan tu pun hilang. ::

p/s : apesal aku membebel pasal BOSAN ni? aku tengah bosan ke? eh .. tak ada la. *garu-garu kepala.*

p/s lagi : owh ! aku kalau bosan, aku suka tidur. haha !

Thursday, March 3, 2011

Definisi : cantik ..

Salam ..

:: cantik @ chantek @ chanteq @ cantek .. ejaannya mungkin berlainan tapi makna dan bunyinya tetap sama, kan? sekarang dah banyak perkataan baru yang telah dicipta oleh bebudak zaman sekarang. kreatif mungkin. aku tetiba terfikir mengenai persepsi dan pendapat mengenai cantik ni. ::

:: apa maksud cantik? macam mana yang dikatakan cantik tu? rupa paras .. perwatakan dan tingkah laku .. kesopanan .. pertuturan .. atau dalaman? pada aku, susah kita nak definisikan kategori cantik ni. mata semua lain-lain. contohnya macam Lisa Surihani .. kamu orang rasa dia cantik? pada aku dia memang cantik tapi pada orang lain belum tentu. mungkin mereka kata Fasha Sandha lagi cantik. jadi, definisi cantik ni tak ada salah betulnya. terpulang pada individu. ::

:: kurus atau gemuk. cantik tak? kalau luar negara, kebanyakkan model semua kurus kering. sebab pada mereka, kurus itu cantik. tapi kalau di Africa, gemuk itu cantik. jadi, terjadilah pelbagai cara mereka mahu nampak cantik. diet yang bukan-bukan, semata-mata mahu cantik. makin bertambah la yang menghidap penyakit Bulimia dan Aneroksia. then, sekarang ni banyak iklan untuk kuruskan badan. tinggi belanjanya tu. tak apalah kalau banyak duit. silakan. tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri yer? ::

:: warna kulit. putih melepak .. hitam manis .. sawo matang .. kuning langsat .. mana satu cantik? pada aku setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri. jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. yang penting kita sihat. contohnya macam MJ, sanggup suntik untuk jadi putih sebab padanya, putih itu cantik mungkin. tapi tengoklah efek dia kemudian hari, kan? orang banyak duit kan? tapi pada aku, biarlah warna asalnya. seperti adik-beradiknya yang lain. kata orang, hitam itu menawan. tapi, mata orang lain-lain. ::

:: botox @ plastic surgery. erk! yang ni aku memang tak sokong langsung. tak salah nak cantik tapi jangan sampai mengubah kejadian Tuhan. haish! kalau dah banyak duit sampai tak tahu nak buat apa, elok derma pada yang memerlukan dari buat benda-benda macam ni. selalunya orang-orang Barat yang buat untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda. jangan yer! hep! ::

:: alat solek @ make-up. owh. zaman sekarang ni, keluar rumah sidai kain pun pakai make-up. nak sentiasa nampak cantik katanya. paling simple, mereka akan mengenakan bedak asas dan lip-balm. tak salah tapi berpada-pada. sesetengah orang tidak mahu kelihatan tidak bermaya dan pucat. contoh, mereka yang sentiasa berjumpa 'client'. tapi ada sesetengah tu yang 'over' sikit. pendek kata, dah macam tepung gomak. habis segala dia letak kat muka. belum lagi dengan bulu mata palsunya yang beberapa meter ke depan. mereka takut nak berdepan orang ramai dengan 'muka bogel'. memang cantik tapi menenggelamkan 'natural beauty' seseorang itu. sayangnya sebab setiap orang telah diciptakan kecantikkan yang tersendiri. kecantikkan bukan hanya bergantung kepada rupa paras semata-mata. okay? ::

:: cantik = seksi. hehe. tak tau nak komen sangat. kebanyakkan lelaki suka wanita seksi. aku pernah tanya kepada kaum adam ni tapi rata-rata mereka jawab, kawan-kawan je. stok 'geli-geli'. mereka tak nak berkahwin dengan mereka ni. sebab akhirnya mereka akan mencari wanita yang menutup aurat untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya. kenapa eh? jadi, tak perlu seksi untuk menarik perhatian dan mahu kelihatan cantik. kadang-kadang, wanita bertudung juga boleh nampak seksi. ekeke. pernah dengar? sebab seksi ni subjektif. terpulang pada si dia menilainya. ::

:: cantik = keyakinan diri. memang betul. kebanyakkannya mereka rasa kalau mereka cantik, keyakinan diri juga tinggi. orang akan lebih memandang kita. tapi, janganlah sampai melanggar larangan agama kita yang melarang kita mengubah setiap kejadian-Nya. keyakinan diri bermula dari dalaman. tanamkan sifat itu dalam-dalam. ::



:: cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu. lebih-lebih lagi anak matanya warna cekelat. sangat cantik. tapi mata Aishwarya Rai cantik kan? =D ::

p/s : pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik ..

Wednesday, March 2, 2011

Quote ~

Salam ..

:: juz want to share this quote :

p/s : true ? hmm .. ~ MySpace

Tuesday, March 1, 2011

Lunch @Seksyen 2 !

Salam ..

:: huhu. memandangkan opis aku ni sejuk macam kat kutub utara, lunch tadi opismate ngajak lunch kat luar. so, kami orang decide nak mamam kat seksyen 2. nak pekena ABC cokelat. uiks. memang menyelerakan! *macam la aku mamam. kenyang sebab mamam nasi + ikan bakar + telur masin + sambal belacan. oh, terima kasih kepada opismate sebab dengan murah hati membelanja aku tadi. arigato kozaimas!* kalau kat seksyen 2 ni, memang terkenal la dengan ABC dia. tapi crowded la. biasalah, time lunch hour. tambah penuh dengan bebudak sekolah. *saket mata tengok bebudak sekolah zaman sekarang ni. hisap rokok tanpa sipu malu. nasib baik la aku tak ada adeq. haih ~*

:: okay .. nak sambung kerja .. tata. owh .. sebelum tu, sini aku tempek gambar ABC yang mengiurkan. yummy !


p/s : argghhh ! sangat sejuk opis aku ni !

Bulan Mac sudaa ..

Salam ..

:: morning guys! morning lagi ke? *sambil jeling jam kat dinding opis. eh, nak masuk tengahari dah.* sehat ke? alhamdulillah .. sama la kita. entry saja-saja untuk 1hb ni. tengah serius buat kerja tapi sistem ILMU ada problem. slow .. semput .. terkemut-kemut. adush! membuat aku hilang fokus nak sambung. kan dah kena buat kerja lain. *contoh macam blogging ni. lepas tu facebooking. lepas tu blog-walking. lepas tu baca online newspaper. lepas tu baca blog gosip artis.* salah aku ke tu? tak kan? sape suruh sistem tu problem kan? kan? *angguk la sikit.* bukan la salah aku. kan dah 'terpaksa' buat kerja lain. ekeke. ::

:: tak ada apa-apa nak cerita pun. nanti-nanti la eh? ::
p/s : owh sistem .. tolong la elok cepat .. statistik nak kena kejar ni .. MySpace

p/s lagi : ow .. library ni dah macam duduk dalam peti ais rasanya .. haih ~
MySpace