:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, February 24, 2011

Haih ~

Salam ..

:: mood tak stabil sangat hari ni. macam-macam rasa. rasa nak marah. rasa nak nanges. rasa nak baling barang kat orang. rasa macam nak pukul orang. gila? ada sikit. kadang-kadang, bila rasa-rasa ni muncul, akan ganggu kehidupan seharian kita walau kita tak nak fikir. biasalah, lumrah manusia tak lari dari masalah. masalah juga banyak mengajar erti hidup. gembira selalu pun tak elok juga. nanti selesa sangat. contoh macam kalau kita hari-hari makan gula-gula. memang la sedap dan manis. tapi lama-lama jemu. silap-silap dapat penyakit. kena hati-hati kan? tapi kalau masalah datang sekali-sekali tu, memang rasa nak meletup. kesabaran memang penting tapi ada had. tapi sampai bila? aku berdoa kesabaran tu sentiasa bersama aku. amin. ::

:: cara yang paling baik adalah meluahkan. macam mana? salah satunya tulis macam ni. tak kisah la orang nak cakap apa, ini blog kita kan? sedikit sebanyak kurang sikit masam kat muka. ataupun, cari teman baik yang faham kita sangat-sangat. mengadu dan meluahkan sama tak? entahlah. janji dapat kurangkan sedih dalam hati. lega rasanya. penting kena ada teman baik. teman yang boleh dengar bebelan kita dan pada masa sama buat kita gelak. bukan senang nak ada kriteria tu. terima kasih. ::

:: tak kisah marah dengan siapa pun tapi kalau nama pun perempuan, hati lembut macam kerak nasi. tak simpan sangat dalam hati. selalu mengalah. tapi tak semestinya yang mengalah tu kalah kan? tapi nampak bodoh tak? hmm .. entah. simpan jawapan tu dalam hati. ::

:: tapi kalau manusia tak ada masalah, pelik pula kan? jadi, terima sajalah dengan senyuman yang masam. redha dan redah saja. insyaallah, ia akan membuat kita matang. err .. ye ke? bergantunglah .. ::

p/s : sedih okay ..

Wednesday, February 23, 2011

Melda Ahmad .. siapa tu?

Salam ..

:: Melda Ahmad? pernah dengar tak nama ni? siapa eh? aku pun try la Google nama dia. huhu .. banyak hits. popular sudah gadis ini. mula-mula aku dengar nama Melda dari teman-teman. tak ada kesempatan nak cari or Google. jadi, semalam aku dengar 2 lagu dari gadis ini. owh .. try cari di Youtube. ada lagu-lagu dia. seakan-akan type lagu Yunalis sikit. senang cerita, dia dikenali dari Youtube. mula menyanyi dari umur 5 tahun okay. pandai bermain gitar dan mencipta lagu sendiri. kadang-kadang dia ada berduet dengan bandnya iaitu Sugar Love Cookies. owh .. kalau kamu orang tengok cerita kat tv, tajuk dia "Gadis Semasa Sunsilk", haa .. itulah Melda Ahmad. ada dua lagu dari gadis ini yang membuatnya dikenali ramai iaitu Kimia dan Putus. aku suka lagu kimia tu ! ::

Melda Ahmad - Kimia

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

~~ lagu KIMIA

~~ lagu PUTUS

p/s : lagu ni chomey ..

Sedetik lebih ..

Salam ..

:: Semalam aku dengar lagu ni kat astro. selalu dengar sebenarnya tapi semalam menghayati terlebih. ekeke. lagu dari si handsome ni, Anuar Zain .. Sedetik Lebih. Edry Abdul Halim yang buat lagu ni. Dan, lagu ni adalah soundtrack untuk cerita Hikayat Merong Mahawangsa. jangan lupe 10 Mac ni eh? aku tempek lirik lagu bawah ni. ::

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

klik sini untuk download ..

p/s : best dengar banyak kali ..

Thursday, February 17, 2011

Lisa lagi .. ~

Salam ..

:: post saje-saje. aku tak bole la kalau tak post sebab aku terjumpa picture si chomel ni kat sini sempena Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green. dia sangat chanteq ! ::

~ dia sangat natural beauty kan ? ~

p/s : oh bulan ! aku amek satu gambar ni letak sini eh?

Wednesday, February 16, 2011

New family members !

Salam ..

:: hye .. hye!! morning sume .. sehat tak? aku okay je. hari ni keje macam biasa. owh .. semalam merupakan ari gembira sebab aku dapat new family members. my big bro dapat lovely baby girl semalam. tahniah yop & kak zu ! alhamdulillah, sume selamat dan sehat. kakak ipar aku bersalin kat PPUM. nasib baiklah semalam cuti sempena Maulidur Rasul. this cute baby girl dilahirkan secara normal (2.478 kg) pada pukul 7.15 pagi semalam, 15 Februari 2011. baby ni memang tak sabar nak keluar sebab kalau ikut due date yang sebenar lagi 2 minggu. so, tahun ni aku ada 5 orang anak sedara. but this cute baby girl belum ada nama lagi. kalau dah ada nanti, aku hapdet. sini aku letak picture dia eh? ::


p/s : welkam darling ! *ada rupa macam acu dia tak?* ekeke. MySpace

Monday, February 14, 2011

erk ..!

Salam ..

Perbualan di kaunter ..

Student : akak umur berapa?

Aku : 26. kenapa?

Student : dah kawen ?

Aku : belum. kenapa?

Student : ada can.

Aku : erk?

Student : *gelak besar.* saya gurau je kak. terima kasih ye.

Aku : sama-sama. *senyum*

p/s : macam-macam la student sekarang ni. ekeke. tapi chumil-chumil perangainya.

So sweeetttt ..!!

Salam ..

:: okay, hari ni aku keje malam. ramai jugak student malam ni yang singgah meja aku ni. tapi, dalam ramai-ramai student, ada la 4 orang student yang kiut-miut ni nak tahu pasal thesis and dissertation. aku juz boleh guide mereka ni macam mana nak serching. lama jugak la mereka ni singgah, ditambah pulak dengan Internet yang slow motion ni. memang kena bawak bersabar. berkerut-kerut jugak dahi aku tolong mereka-mereka ni dengan assignment mereka tapi mesti la kena maintain kan? aku siap bagi suggestion lagi suruh mereka bincang balik dengan lecturer mereka sebab tajuk mereka ni susah nak cari kat online. hopefully, mereka dapat bincang dan ubah tajuk mereka tu. at the end of the session, sorang dari budak kiut miut ni bagi secebis kertas kat aku. aku jadi pelik. then, aku bukak ..

~ sweeettt kan? ~


p/s : betul ni tau .. ni bukan aku tulis sendiri yee ..

p/s lagi : secebis kertas ni pun dah boleh buat aku tersenyum sampai sekarang. tak ada lah tolong banyak mane pun tapi rasa dihargai ..

Sambutan ..

Salam ..

:: hari ni hari apa? okay .. betul la tu. hari ni hari isnin. aku kerja malam hari ni. selain tu, hari ni hari apa? haa .. betul la tu. hari kekasih? kamu orang sambut ke? ish .. tak payah la. buang masa je. tak payah la nak sambut sangat hari yang bukan untuk orang Islam tu. kalau nak sangat appreciate kekasih tu, hari lain pun boleh. tak payah nak tunggu bulan Februari ni. hari ni je ke kamu orang rasa nak appreciate dan sayang kat kekasih kamu orang tu? tak kan? so, buatlah hari-hari hari kekasih. kan lagi sweet macam tu. tak payah la nak ikut sangat macam omputih tu kalau muka tu dah muka Jawa, okay? *macam penah dengar ayat ni.ekeke.* nasib muka aku tak ada iras Jawa. *sambil belek muka kat cermin untuk kepastian.* ala .. tak kisah la muka kita macam mana pun, asalkan kita orang Malaysia. proud to be Malaysian, right? yeah! ::

:: jadi, tak payah la nak menghabiskan duit untuk beli present mahal-mahal tu okay? tak payah nak pening-pening pikir nak beli hadiah apa untuk si dia. apakata kita sambut Maulidur Rasul esok? kan lagi elok kita memperingati Rasulullah SAW dari memperingati hari kekasih yang kita terang-terang tau haram kalau kita sambut. buat apa kita nak buat benda yang Allah terang-terang tak suka, kan? kalau kamu orang free, esok kat Putrajaya ada sambutan Maulidur Rasul besar-besaran dekat Masjid Tuanku Mizan. pergi la okay? ::


Quote : "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Friday, February 11, 2011

Attending Academic Conference UiTM 2011 ..

Salam ..

:: lama tak update blog. 3 hari ni aku kena attend conference, so that's why tak ada masa nak hapdet. esok hari terakhir & VC harap semua staf hadir untuk bagi suppot and wear the 'baju batik' sebab esok Menteri Pengajian Tinggi datang. ::

:: banyak input yang aku dapat and the exactly view dari VC. he is very pleasure to see and hear. seorang yang bercita-cita besar dan of course, sangat sayangkan UiTM. "UiTM sentiasa di hatiku". ungkapan yang selalu diluahkan selama 2 hari ni. he's dedicated himself to UiTM. UiTM always in his mind. always think about UiTM. semata-mata untuk merubah destini anak bangsa. "kita tak perlu nak jadi macam Harvard University or Oxford University. kerana kita ada acuan kita sendiri". ::

:: hari ni conference berjalan macam biasa. then suddenly jadi best sebab orang ni keluar jadi MC untuk salah satu talk tadi. sape? ni ha gambar dia. ::

~ fahrin ahmad ! ~

:: terus dewan tu jadi best aku rasa. hensem betul la dia ni. then, he's very good MC. ::

p/s : petang ni sambung lagi pegi dewan ..

Wednesday, February 9, 2011

Hapdet ..

Salam ..

:: wahh !! lamanye tak hapdet blog ni. bizi bebenor rasenye. haih ~ lately ni kerja banyak, macam dah tak sempat nak hapdet new story dalam ni. sowieee.. ari ni pun ada mesyuarat sampai lunch. naseb ada makan-makan. siap bawak podluck lagi. sangat seronok. nanti aku hapdet gambar eh? rindu kat blog aku ni. tapi aku masih drive-through dan lalu lalang blog kamu semua. rutin setiap pagi kalau ada mereka-mereka yang hapdet new story. kalau tak buat, macam tak best pulak. ekeke. selamat ber-bloging semua! ::
MySpace

p/s : hmm .. tak ada rasanye ..

Tuesday, February 1, 2011

Banjir oh banjir ..

Salam ..

:: dah dua hari berturut-turut hujan. kalau renyai-renyai pun masih lebat lagi. bukan di Shah Alam je, kebanyakkan tempat menerima nasib yang sama. bahagian selatan semenanjung Malaysia teruk kali ni. aku dapat gambar ni dari emel yang di'forward'kan. Ya Allah, macam tak percaya jalan yang sering aku lalui dulu ketika diploma di UiTM Segamat ditenggelami banjir sebegitu rupa. diharap pelajar-pelajar di Segamat bersabar ye? Insyaallah, bantuan dan sukarelawan akan tiba. kita doakan semuanya selamat. ::

~pintu masuk UiTM Segamat .. ~



~ ni aku tak sure kat mana .. dah berapa tahun tak pegi sana .. ~




p/s : macam-macam musibah yang melanda kita sekarang ni .. sekarang juga tengah heboh sana sini mengenai pelajar kita di Mesir yang teperangkap .. ya Allah, semoga semua selamat pulang .. amin ..