:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulillah.. ~~

Salam ..

:: Alhamdulillah .. itu yang aku boleh katakan setakat ini. lama sangat tunggu .. nak dekat 2 tahun ++ dan akhirnya hari ini dapat jugak jawapannya. tahniah jugak pada kawan-kawan seangkatan dengan aku. owh .. mesti nak tau ape kan? ngee .. ~~ ni aku letak gambar bawah ni. tengok ni boleh buat aku tersenyum hari ni. penghujung tahun 2011 yang manis. ::


+ jeng .. jeng .. suspen.. +

+ Senyummmm .. +

p/s : psst..! orang kata rezeki anak .. alhamdulillah .. (^___^)

p/s lagi : tapi nama tu dia salah tulis .. hmm .. ~~

Thursday, December 22, 2011

23 more days ..

Salam ..

:: makin neves .. cuak .. berdebar-debar .. tapi dalam masa yang sama aku rasa excited .. happy .. tak sabar .. untuk lagi 23 hari ni. alhamdulillah, pagi tadi pergi regular check-up @ KK Shah Alam. as usual check berat badan, tekanan darah, amek darah & air kencing. so far, semua okay. selalu check-up jumpa nurse tapi hari ni jumpa doc. cuak jugak sebab ada apa-apa ke. but, nop! lepas ni aku kena pergi check-up seminggu sekali. so, jumpa doc sebab nak check dan pastikan semua okay. doc cakap kepala baby dah 'engaged' dah. maksudnya kepala dia dah kat bawah dah. dan maksud yang lagi tepat, sekarang ni bila-bila je boleh bersalin, just get ready je. WHAT? ye ke doc? aduh .. makin neves! doc cakap kalau ada tanda-tanda nak bersalin or bby tak bergerak, terus pergi hospital. owh ..! semakin neves. tapi kan ada 23 hari lagi. doc cakap, apa-apa boleh jadi, so just prepare! okay doc ..! ::


p/s : lagi 23 hari aku akan bersua muka dengan si kecil ni .. tak sabar! (^_^)

Wednesday, December 21, 2011

My BFF weds!

Salam ..

:: Post ini khas untuk my BFF yang baru je menamatkan zaman bujangnya dengan yang tersayang. *wuuu .. ayat surat khabar kan?* On 11.12.11 *no. cantek kan?*, maka my BFF ni dah jadi wife orang. happy for you dear. owh .. sowie eh sebab tak sempat sampai kat masjid on your akad nikah ceremony *walaupun aku yang paling dekat dari yang lain. hiks.* tapi time makan, konfem la aku ada kan? kehkehkeh .. you look so gorgeous in very simple ways .. like it very much okay? a nice and sweet ceremony with all the relatives. aku & All Blurs doakan kamu & hubby happily ever after .. amin .. ::

+ masa akad nikah kat masjid +



+kawan saya dah kawen dan dia sangat cantek! *gemoknye .. hmm .. abaikan baju ijau tu ..* haih ~~ +

p/s : Sue .. aku lupe nama hubby kamu .. err .. (-__-")

p/s lagi : ingat Sue .. tinggal kamu, Daia & Anum je harapan aku, Shaz, Miera & Shida untuk dapatkan waris lelaki .. haha! (^____*)y

Friday, December 16, 2011

Hapdet 3 : Saat Kelahiran ..

Salam ..

:: thanks to my BFF yang bagi link ke blog ini. memang sangat2 terbaik dan banyak sangat info pasal pregnancy. tekun gile aku baca & dapat banyak info yang aku baru tau dan faham. thanks cayunk. ni blog my BFF. blog dia pun best, ada banyak info pasal pregnancy & yang paling best, semua yang dia story tu base on her experience tau. so, lagi real kalau baca. *wah .. aku dah promote blog ko ni beb! hiks.* ::

:: okay, banyak benda yang aku baca dari blog Kak Engku ni. dia sangat berpengalaman sebab dia seorang jururawat terlatih dan bidan berdaftar serta mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang bersalin ni. wow! power kan Kak Engku ni. so, sape-sape yang nak dapatkan info yang details, boleh berpusu-pusu ke blog beliau eh? ::

:: aku sedang baca mengenai saat-saat kelahiran baby. selama ni pun aku cuma dengar dari pengalaman kawan-kawan. so, bila bace info ni, aku rasa lega & yakin sikit. at least, aku dapat la view sikit-sikit kan? okay, aku selalu dengar yang kadang-kadang nurse or doctor marah kalau kita rasa dah saket sangat-sangat macam nak bersalin tapi diaorang tak bagi teran. bile dengar, mesti kita akan rasa pelik or konfius. kalau dah rasa saket, teran je la kan? apa masalahnya? jadi, bila aku baca post Kak Engku ni, baru la aku paham kenapa. bukan diaorang saje-saje tamao kita teran. kita yang tak tau pape ni mesti rasa marah, dah la tengah menahan rasa saket .. kan? hmm .. ~~ ::

"Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah membuka sebesar 3 cm. Pada pembukaan 8 cm, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayi sudah mula menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan rahim sudah sempurna iaitu 10 cm. Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama, biasanya kontraksi akan berlaku di antara 5-24 jam. Tetapi untuk kelahiran anak kedua, kontraksi akan berlaku lebih cepat iaitu 2-6 jam.."
+ kredit to Kak Engku +

:: so, kalau terjadinya keadaan ni nanti, takde la aku rasa nak marah-marah kat nurse or doctor kat situ kan? whatever it is, they have their own reason, right? mereka lagi pakar dari kita. hari-hari menghadap kes yang sama. tapi kalau kita tengah menahan saket, boleh ke kita sabar ye? hmm .. neves .. neves. .. ::

p/s : Ya Allah, harap semuanya selamat. AMIN ..

Thursday, December 15, 2011

Hapdet 2 : Tanda-tanda Bersalin ..

Salam ..

:: mentang-mentang dah boleh view blog, asyik nak post je kejenye, ye dok? tadi aku gugel pasal pregnancy. biasalah, dah nak dekat ni kena tau banyak benda yang berkaitan dan buat persediaan untuk menghadapinya. banyak benda yang aku baru tau dan belajar pasal pregnancy's matters ni. makin baca, makin aku nak tau. makin baca, makin aku neves. makin baca, makin aku excited. campur tolak sekarang ni, lebih kurang lagi sebulan due date aku. so, aku kena tau tanda-tanda nak bersalin supaya aku tak berapa nak panik sangat nanti. so, ni antara tanda-tanda bersalin yang aku dapat dari website ni. bagus tau website ni sebab banyak info pasal pregnancy yang kita selalu tertanya. aku juz kopipes yang ni je :

Tanda-tanda bersalin :
1. Kontraksi Rahim - Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2. Sakit Belakang - Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3. Pecah ketuban - Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4. Bloody Show - Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5. Serviks terbuka - Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

:: banyak lagi info berkaitan dengan pregnancy kat website ni. klik link ini untuk info yang lebih lengkap. baca jangan tak baca! ::

p/s : okay, nak cari info lagi. nanti kalau ada pape, aku share lagi kat sini.

Hapdet 1 : Mommy & Baby ..

Salam ..

:: pergh! mata aku dah tak boleh nak buka dah ni. sangat sleepy!!! kalau ada batang mancis ni, dah lama digunakan untuk sengkang mata nih. semalam tak berapa nak lena tidurnya. perut meragam 2-3 hari ni. tak tau la kenapa. baby dalam ni asyik menolak sampai pedih perut mommy dia ni. protes ke apa ntah. nak kata tak makan, makan macam biasa. cuma kuantiti sekarang ni dah kurang sebab makan sikit dah rasa kenyang. sekarang ni cepat pulak rasa kenyang walaupun makan sikit. mungkin sebab tu dia protes. tak cukup ye sayang? hmm .. berat badan pun naik sikit je masa check-up minggu lepas. ::

:: perubahan yang ketara sekarang ni :
+ cepat rasa letih / penat
+ rasa mengantuk
+ malas (okay, ni memang dari dulu lagi tapi sekarang bertambah-tambah malas. hiks.)
+ kaki dah rasa berat (kaki dah gemuk)
+ dah tak boleh berdiri lama-lama
+ dah mula sakit bahagian bawah perut macam sakit period tu (tapi tak kerap sangat)
+ tidur kena sendal dengan banyak bantal keliling badan
+ jalan dah makin slow / terkedek-kedek
+ tak terasa nak shopping! (owh .. yang ni memang paling rugi .. tapi memang dah tak larat nak jalan-jalan shopping. dan yang paling suka tentu la mr.eM.)
+ hampir sume baju / seluar dah tak muat
+ penyabar (haa .. yang ni pelik sikit. selalu dengar perempuan time pregnant emosi lebih tapi aku lain pulak. susah nak marah-emosi time sekarang ni.)

:: setakat ni, tu antara apa yang aku rasa sekarang. tak boleh nak fikir sangat sebab terasa sangat mengantuk. kalau la boleh tidur sekarang ni, best gile! ::

p/s : okay, aku kena cari alternatif lain untuk hilangkan mengantuk yang teramat sangat nih! (=_=')

Wednesday, December 14, 2011

31 days to go!

Salam ..

"Your baby is the size of a honeydew melon .."

hoho .. ye ke? alhamdulillah. tu aku dapat kat application yang aku download dalam henpon aku. hari ni genap 249 hari (35 minggu, 5 hari) dah baby ni menginap dalam perut mommy dia yang tak berapa nak besar ni. kalau mengikut EDD (Expected Delivery Date), insyaAllah lagi 31 hari. huuuu .. lebih kurang dalam sebulan je lagi baby ni boleh duduk dalam perut mommy ni. macam-macam perasan sebenarnya. neves .. tak sabar .. takut .. cuak .. berdebar-debar .. excited .. happy.

owh .. ! last week aku pegi scan untuk kali terakhir before deliver kat area Shah Alam. juz nak tau kedudukan uri dan baby je. alhamdulillah, setakat ni doc cakap semua okay. and finally me & mr.eM tau jantina our baby. selama ni scan tak nampak. doc tu pun terkejut sebab kami tak tau lagi jantina baby. dia pun terlepas cakap.

"haa .. okay, baby okay, kedudukan pun okay. kepala dia pun dah dok bawah. uri dia pun okay, nampak tak yang berselirat ni? tu uri dia la tu. okay, saya nak ukur air ketuban. hmm .. air ketuban pun okay. yang macam bentuk ulat ni tulang belakang dia. haa .. nampak tak yang macam beger ni, ni kemaluan dia, baby girl ni. "

memang nampak jelas. me & mr.eM serentak jawab, "owh .. baby girl eh?" doc siap tanya balik, "aik .. memang tak tau ke selama ni? ke memang nak rahsia? saya tercakap la pulak." hiks. aku & mr.eM tak kisah pun gugurl or boboiboy, yang penting sume sihat dan selamat.

so, balik tu aku tersenyum-senyum sebab dah tau jantina baby dan jawapan doc tadi meyakinkan lagi tekaan me & mr.eM. dah terbayang-bayang la nama-nama yang bakal diberikan tapi still tak konfem lagi. tunggu dia keluar nanti la eh?

p/s : preparation untuk baby sume dah okay .. but tak ada baju colour pink untuk baby, sume colour-colour selamat. takpe baby, nanti kita shopping baju gugurl yang chomey-chomey eh? (^__^)

Tak boleh nak hapdet .. grrr!

Salam..


:: sowie .. sowie .. lama tak hapdet. bukan tamao, tapi tak boleh. semenjak dah tukar PC baru ni, ada certain blogs aku tak boleh nak view. even blog aku ni sendiri. why eh? ni ntah macam mana tetiba boleh pulak. pelik .. pelik. ke aku kena tekan pape untuk view? haih ~~ susah la kalau tak bape nak celik IT nih. ::


p/s : kejap lagi aku hapdet post lain eh? ni post untuk minta maaf je .. hiks! (^__^)y

Thursday, December 1, 2011

December is coming!

Salam ..

:: u ollsss!! okay .. okay, aku tau lama tak hapdet blog ni. haha! malas bertimpa-timpa. arini nak hapdet sikit je sebab memandangkan arini 1st day on December, so, saje la nak buat post ni. u olllsss sehat x? *okay, gile gedik kan? aku pun rasa cmtu..* ::

:: alhamdulillah, kita diberikan lagi ruang untuk menghirup udara dan menghayati keindahan ciptaan-Nya ini. rasa syukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk kita sentiasa rasa bersyukur & memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik .. insyaAllah .. ::

:: alhamdulillah, aku juga dikurniakan dengan kesihatan yang sehat dan memuaskan. *ala .. saket sikit-sikit tu normal la, ye dok?* owh, arini bby dah menetap dalam perut mommy dia ni dah 33 minggu 6 hari. insyaAllah, 44 days to go. doakan aku ye! ::

:: so, hope u ollsss will have a blast and splendid on this December 2011 okay? ::