:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Monday, October 17, 2011

Kemas & basuh rumah lagi .. ~~

Salam ..

:: adoi .. sangat mengantuk arini. dah nak tertutup rasanya mata ni. pandang jam, lambat lagi nak ke 1.00pm. mungkin sebab weekends yang agak penat. ari sabtu aku & mr.eM balik Kuang sebab nak amek barang-barang untuk disumbat ke rumah baru. pening rupanya nak pindah-pindah rumah ni. penat sangat-sangat. nasib baik hadiah kawen dulu banyak & sangat-sangat berguna, jadi aku boleh berjimat sikit. tak payah beli semua benda. tu pun siap pinjam barang-barang my mom sementara nak beli baru. hihi. ::

:: so, ahad pagi tu, mr.eM bertungkus-lumus packing barang masuk dalam lori untuk di-'transfer' ke rumah Klang. sian kat dia sebab angkat sorang-sorang. aku cuma tolong yang light-light je sebab mr.eM tak bagi. siap kena marah lagi sebab angkat berat-berat. then, dah setel dalam tengahari, kami gerak ke Shah Alam dulu sebab nak angkut barang-barang dari rumah sewa Shah Alam pulak. dan sekali lagi, mr.eM kena angkut sorang-sorang .. haih ~~ ::

:: then, mr.eM dan kawan-kawan yang tolong transfer barang ke Klang. time kaceh banyak-banyak kepada yang sudi membantu dan ringan tulang. jasa mereka akan dikenang! (^__^) then, dalam pukul 6.00pm, mr.eM datang amek aku untuk keluar makan-makan sebab aku lapar gila. petang tu, kami makan-makan & jalan-jalan cuci mata ke Tesco. adoi, tak suka jalan-jalan cuci-cuci mata time poket semput ni. hanya boleh tengok dan pegang. hmm .. ~~::

:: after perut kenyang, kami balik rumah Klang sebab mr.eM nak kemas-kemas rumah sikit. mr.eM kemas-kemas & basuh-basuh master bedroom & toilet. so, lepas-lepas ni, mr.eM boleh tidur sana sebelum aku masuk officially. maklumlah, rumah kosong, so tak berani aku nak masuk & tidur sana dulu dengan keadaan aku macam ni. so, mr.eM nak baca-baca doa sikit, solat & mengaji dulu dalam rumah tu sebelum nak buat kenduri doa selamat. insyaallah, dalam minggu ni aku move on ke sana. ::

:: so, aku sampai Shah Alam nak dekat pukul 12.00pm. sebelum tu, sempat singgah Hakim makan sebab aku rasa lapar lagi. bby ni yang lapar, bukan aku yee. hiks. wahh .. sangat penat. macam aku pulak yang kemas & basuh rumah. sampai rumah, mandi & iron baju, then zzzzzzz ... ::

p/s : aku lupa nak amek gambar aktiviti yang berlaku sebab masa tu battery henpon nak kong .. hiks!

No comments:

Post a Comment