:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, December 30, 2010

Sayonara 2010 .. welcome 2011 !

Salam ..

:: okay .. sebelum pukul 5, aku nak post entry pendek ni .. memandangkan esok (Jumaat) kita cuti sempena menang Piala AFF Suzuki 2010 semalam, *baca entry sebelum ni. hmm .. tapi tak payah kot. takkan la kamu orang tak tau* .. aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk kamu orang semua ! harap semua kenangan dan pengalaman yang kita dapat dari tahun 2010 membawa pengajaran dan menjadikan kita manusia yang lebih matang dan berguna. tak kisah dari segi apa. harap tahun 2011 akan menjanjikan harapan yang lebih baik. berubah menjadi lebih baik. masing-masing mesti ada harapan dan impian untuk tahun 2011. jadi, aku doakan apa yang kamu orang impikan dan hajati, akan terlaksana dengan sempurna. termasuk diri aku sendiri. tahun 2011 menjanjikan suatu pengalaman dan perubahan yang besar dalam hidup aku. apa dia eh? hmm .. entahlah. hanya tunggu dan lihat. doakan untuk aku sekali eh?



p/s : aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kalau selama ni tulisan aku ada mengguris hati kamu orang. hanya luahan hati, tiada makna apa-apa .. apatah lagi niat untuk menyinggung hati kamu orang semua ..
MySpace

Aumm !! Tahniah harimau malaya !

Salam ..

:: gembira. happy. teruja. excited. terharu. bangga. all in one ! syabas dan tahniah kepada pemain kebangsaan kita kerana telah memenangi Piala AFF Suzuki 2010 ! penutup tahun 2010 yang amat membanggakan ! begitu lama kita tunggu saat-saat ini dan harimau malaya berjaya menunjukkan taring ! syabas sekali lagi kepada Mohd Safee Sali kerana telah berjaya menjaringkan satu gol semalam dan membolehkan pasukan Malaysia menang dengan aggregate 4-2 terhadap Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno. Satu game yang aku rasa sangat cemas dan lemas. ucapan tahniah juga turut ditujukan kepada penjaga gol bermata sepet, Khairul Fahmi Che Mat kerana berjaya menjaga pintu gol dan menepis serangan dengan begitu kemas dan kacak. Ala .. lepas 2 biji je, apa ada hal. ekeke. dan semestinya tahniah dan syabas kepada jurulatih pasukan harimau malaya, K. Rajagobal yang berjaya membimbing skuad kebangsaan sampai ke tahap sekarang ni ! ::

:: so, disebabkan tak dapat tengok live kat Indonesia, aku hanya melompat dan menjerit kegembiraan di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam. tapi keriuhannya sama seperti dalam stadium. ada yang siap bawa gendang. sangat meriah dan sangat semangat penyokong-penyokong Malaysia ni. macam-macam lagu diaorang nyanyi. bawah ni aku tempek gambar yang sempat diambil. crowded gila ! ::




:: gambar bawah ni aku ambil dari FB Fara Fauzana. pemain antarabangsa, pemain MU - Ferdinand juga mengucapkan tahniah dengan pemain kebangsaan. cool kan? ::



:: TAHNIAH HARIMAU MALAYA ! SYABAS HERO-HERO MALAYA ! ::


p/s : PM announced esok (Jumaat) cuti. terima kaseh PM ! dan tentulah ucapan ribuan terima kaseh kepada pemain kebangsaan kita .. kerana merekalah satu Malaysia dapat cuti !

p/s lagi : tak paham semalam dengan cameraman sebab tak habis-habis shoot gambar cewek-cewek kat stadium .. nak shoot game ke cewek-cewek? macam dah tak ada kerja lain .. peliknya semua tunjuk muka-muka orang Indonesia .. muka-muka orang Malaysia tak ada ke? hmm .. apa-apa pun syabas kepada kedua-dua skuad harimau malaya dan skuad garuda kerana telah bermain sebaik mungkin. adat perlawanan. mana boleh dua-dua menang kan? ::

p/s lagi dan lagi : cuba kira berapa banyak aku guna simbol "!" ? haa .. tu menunjukkan aku memang tengah excited gila ! ekeke.

update : heboh kat FB dan di blog-blog mengenai GF Khairul Fahmi Che Mat @ Apex @ KFCM .. aku pun merayap di blog beliau .. sweet person .. sepadan dengan Apex .. ni link blog dia .. Aimie Harmelia namanya ..

Wednesday, December 29, 2010

Filem wajib tonton 2011 !

Salam ..

:: memandangkan aku memang suka tengok movie, aku usha-usha la movie-movie baru yang bakal keluar panggung. tak kisah la movie melayu ke, omputih, omhitam, cina, kartun atau lain-lain. janji best ! ::

:: sedang aku leka berinteraksi dengan pakcik google, aku terjumpa movie yang bakal menggegarkan industri perfileman tanah air. wah ! aku sangat teruja nak pegi tonton ! dijadualkan keluar 10 Mac 2011 iaitu Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodliness! aku tengok trailer dia memang tak sangka Malaysia boleh buat filem sebegini rupa. sekali pandang macam cerita Chronicles of Narnia pun ada. dua kali pandang macam filem Pirate of Carribean pun ada. tiga kali pandang baru tau itu filem MALAYSIA ! kredit to 3 orang anak muda yang hensem dan kaya iaitu KRU Studios yang telah berjaya membuat Malaysian people proud ! salah satu kejayaan yang amat membanggakan ! ::

* tengok poster pun dah teruja ni ! *

:: antara pelakon filem ini ialah ~ Stephen Rahman Hughes : Merong Mahawangsa (Pelakon Utama), Dato’ Haji Rahim Razali : Kesum (Pelakon Pembantu), Khir Rahman : Kamawas (Pelakon Pembantu), Ummi Nazeera : Embok (Pelakon Pembantu), Nellie Ng : Ying Ying (Pelakon Pembantu), Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior - Pelakon Pembantu), Umie Aida : Lang (Ibu Merong Mahawangsa) ::

:: Sinopsis filem ni ~

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza dan mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan dijadikan tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? ::

~ ni gambar-gambar belakang tabir :

*kena study sejarah balik ni.. *

kopipes dari sini.
p/s : tak sabar mau tonton ! jom ! MySpace

Malam ni jangan lupa !

Salam ..


:: wei ! korang tengok bola kat mana malam ni? tak sabar nak tengok harimau malaya berentap ! harap dapat benamkan Indonesia macam previous game hari tu. pastikan game korang mantap dan kemas. aku rasa malam ni semua kedai-kedai makan especially kedai mamak mesti full house. memamg untung banyak la tokey-tokey kedai kat Malaysia malam ni. pastikan penyokong Malaysia pakai baju warna kuning okay? nak pergi sana jauh sangat. jadi kita bagi semangat jarak jauh je la eh? menang atau tak, korang memang dah buat Malaysian proud ! MALAYSIA BOLEH ! ::


p/s : all the best guys ! MySpace

Tuesday, December 28, 2010

Malaysia Boleh !

Salam ..

:: dah lama tak post di blog kesayangan aku ni. asyik mencari template je. ni template ke berapa dah. aku tak ingat. ekeke. okay .. tak terlambat aku nak ucapkan syabas kepada pemain-pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada hari ahad yang lalu. hebat ! superb ! awesome ! dan buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton secara live ! kredit kepada encik tunang kerana sudi bawa aku ke sana. 1st time aku tengok orang seperti semut mengerumuni gula. ramai yang teramat. bermacam-macam perangai. berbagai-bagai ekspresi muka. gelak ketawa juga bersambung-sambung. tiupan alat seakan-akan semboyan silih berganti & bingit. jeritan dan laungan "Malaysia" kedengaran jelas dari penyokong. berbagai bangsa & warna kulit. mata aku hanya tertangkap pada warna kuning & biru. bertolak-tolak. bergesel-gesel bahu. tapi bila dah ramai, macam bau-bau dihidu. haih ~ tapi aku syukur kerana tiada insiden yang buruk berlaku. sikit-sikit tu ada tapi masih terkawal. ::

~ aizat ~ shahrill ~ encik tunang ~

~ encik tunang ~ damien ~ shahrill ~ pyan ~


:: apa-apa pun syabas kepada penjaga gol kita, Khairul Fahmi Che Mat kerana telah berusaha memastikan gawang gol tidak ditembusi. syabas dan tahniah diucapkan kepada Mohd Safee Sali (2 gol) & Mohd Ashari Samsuddin (1 gol), dibantu oleh Norshahrul Idlan Talaha kerana telah menjaringkan 3 gol yang sangat chanteq dan kemas. aku harap pemain-pemain Malaysia akan konsisten dan maintain untuk game kedua nanti di Indonesia esok. korang memang mantap. puas hati tengok korang main. ::


p/s : berbaloi-baloi aku ke sana .. walaupun hampir terjatuh dari kerusi stadium .. menapak kira-kira 2 meter dari parking kereta .. suara hilang dan kaki melecet .. (^_^)

p/s lagi : gambar aku tak ada? aku suka amik gambar .. belakang tabir je .. ekeke.

Friday, December 24, 2010

Pendek je ..

Salam ..

:: Arghh .. ! tension sebab try & error tukar template blog ni. susah nak cari yang chomel-chomel tapi simple. nak try search lagi. haih ~ ::

*tu la .. tangan gatal nak tukar. lepas tu tak jumpa template asal .. tepuk dahi sendiri .. haih ~ *

Wednesday, December 22, 2010

Sekitar majlis wedding my BFF ..

Salam ..

:: ekeke. entry ni dibuat sebab tuan punya blog ni nak enterframe sikit. so, bagi chance eh? enjoice the picture ~ ::



*tuan rumah enterframe lebih .. ekeke. *

p/s : jangan pelik & tanya kenapa gambar pengantin sikit .. ekeke.

Tuesday, December 21, 2010

Gadis pulau ..

"Aduh !" tiba-tiba Khairil mengaduh kesakitan lantas memandang ke belakang mencari dari mana datangnya batu yang agak besar bentuknya itu. Terbantut lamunannya tadi yang sedang leka memandang laut yang luas membiru dan tenang itu.

"Hei .. siapa pulak yang baling suka hati mak dia je ni? Tengok-tengok la orang ni sikit." sengaja suaranya dikuatkan supaya empunya badan dengar. Khairil melihat ke arah batu itu sambil tunduk mengutip. Gila besar batu ni. Boleh pecah kepala aku macam ni. Nasib kena sipi je. Sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

"Err .. saya minta maaf." kedengaran suara halus terketar-ketar mohon maaf. Khairil segera memandang ke arahnya.

"Awak ke yang baling batu ni? Tak ada batu besar lagi ke nak baling? Lain kali cari yang besar sikit eh?" perli Khairil tanpa selindung.

"Erk .. tapi tu batu paling besar yang saya jumpa tadi." mukanya jujur.

Eh dia ni. Aku perli dia pun tak faham ke? ujar Khairil dalam hati.

"Dah tak ada kerja lain ke main baling-baling batu ni?" tanya Khairil.

"Saya selalu ke sini. Kalau saya sedih, bila baling batu ni, saya rasa tenang sikit. Tapi mana saya tau awak duduk situ. Maaf ye?" terang gadis itu.

"Ow .. jadi, saya ni orang ke berapa yang dah kena batu awak ni?" sekali lagi Khairil memerli gadis itu tapi tidak setegang tadi.

Gadis itu tersenyum, "awak orang yang pertama." terus gadis itu berlari di celah-celah chalet lalu hilang.

Tak sempat Khairil membalas. Manis. Comel. Gadis pelik berbaju kurung putih. Getus hati Khairil apabila melihat gadis itu tersenyum, dia juga turut tersenyum. Dia selalu ke sini? Mungkin esok aku boleh jumpa dengannya di sini. Khairil terus berlalu menuju ke chaletnya dengan hati yang berbunga.


* * * * *

"Haa .. kau dah kenapa ni? Sejak balik dari pantai tadi tersenyum-senyum macam kera dapat bunga ni." tegur rakannya.

"Mesti la aku happy. Tadi aku jumpa awek cun." ujar Khairil sambil mengangkat kening.

"Uiks. Awek? Kat pulau ni? Kita dah 2 hari kat sini, aku tak nampak mana-mana awek cun pun. Kau biar betul Ril?" tanya rakannya dengan nada pelik.

"Laa .. takkan aku nak tipu pulak. Awek tu terbaling batu terkena kepala aku. Bila tengok muka awek tu, tak jadi aku nak marah. Cun sehh !" girang sekali Khairil bercerita.

"Ceh ! Entah awek mana kau jumpa ni. Entah-entah kau berangan je ni. Tu la, aku dah cakap, time-time maghrib macam ni jangan jalan-jalan kat pantai tu." rakannya berceramah ala-ala forum perdana.

"Hish ! Kau ni ke situ pulak. Aku waras lagi la. Esok aku nak pergi jumpa awek tu lagi. Aku terlupa nak tanya nama dia." jelas Khairil. Tak sabar menunggu hari esok.

* * * * *

Dub ! Segera Khairil menoleh ke arah bunyi batu di sebelahnya. Sekali lagi lamunannya terbantut. Lalu dia memandang ke belakang. Khairil terus tersenyum apabila gadis yang ditunggu menghiasi matanya.

"Hari ni balingan awak tak tepat." Khairil memulakan perbualan.

Gadis itu tergelak kecil. "Awak buat apa kat sini? Tunggu saya?" tanya gadis itu.

"Err .. tak adalah. Saya suka duduk sini. Tenang." Khairil tak mengaku.

"Tapi saya memang tunggu awak kat sini." ujar gadis itu. Perlahan gadis itu melabuhkan punggung di sisi Khairil. Khairil terkedu. Tak sangka gadis itu berterus terang sebegitu.

"Nama awak apa?" tanya Khairil.

"Awak boleh panggil saya Medina." tutur gadis itu lembut.

"Sedap nama tu. Saya Khairil." balas Khairil. Gadis itu mengangguk.

"Awak buat apa kat pulau ni? Bercuti?" tanya Khairil.

"Tak. Saya memang duduk di sini. Dah lama." gadis itu tersenyum. Mata masih dilemparkan ke arah laut yang terbentang.

"Ow .. orang pulau rupanya." Khairil bersuara. Gadis itu mengangguk lagi.

"Nanti boleh awak bawa saya round-round kat pulau ni kan?" pinta Khairil.

"Boleh. Esok awak tunggu saya kat sini. Waktu yang sama ye?" ujar gadis itu sambil bingkas bangun tergesa-gesa. Belum sempat Khairil bersuara, gadis itu berlari dan menghilang di celah-celah chalet seperti semalam. Pelik. Khairil juga bingkas menuju ke chaletnya.

* * * * *

Sejak dari hari itu, setiap petang Khairil akan menunggu Medina di tempat biasa. Seperti sudah menjadi rutin sehariannya sejak dia di pulau itu. Mereka berdua seperti pasangan bercinta. Berlari-lari dan berkejar-kejaran di gigi pantai. Kedengaran gelak ketawa bergema di pulau itu.

Setelah penat, mereka akan berbaring di pasir. Ataupun mengukir nama mereka di atas pasir halus itu. Setelah puas melukis di atas pasir, mereka kembali berjalan beriringan perlahan menyusur pantai sambil berpegang tangan. Sesekali terlihat mereka tertunduk-tunduk mengutip cengkerang cantik yang terdampar di gigi air yang dibawa oleh ombak laut. Khairil terasa bahagia. Sangat gembira.

"Medina .. saya gembira bertemu awak." ujar Khairil memandang ke arah Medina. Gadis itu hanya tersenyum dan tertunduk malu. Dan seperti biasa, gadis itu akan tergesa-gesa pulang bila tiba masanya.
* * * * *

"Ril .. aku nak tanya sikit boleh?" sapaan rakannya yang tiba-tiba membuatnya terkejut.

"Kau ni. Terkejut aku. Tunggulah aku masuk dulu. Hmm .. tanya apa?" tanya Khairil.

"Tadi kat pantai tadi. Kau buat apa?" tanya rakannya.

"Haa .. tu la awek cun yang aku cerita kat kau hari tu. Ingat tak? Aku lupa nak cerita dengan kau. 2-3 hari ni aku selalu dating dengan dia kat situ. Dia cantik kan?" Khairil tersenyum bercerita mengenai gadis pujaannya itu.

"Awek? Hmm .. tapi, sebenarnya aku tak nampak siapa-siapa pun. Tadi aku pergi ke pantai. Aku ternampak kau bermain sorang-sorang. Lama aku perhatikan kau. Kau berlari-lari dan ketawa. Kemudian kau terbaring atas pasir." jelas rakannya.

"Hish kau ni. Apa pulak aku sorang? Aku dengan awek tu la. Medina namanya. Kau ni saja nak buat cerita." Khairil mengerutkan dahinya.

"Kau tahu mana dia duduk? Kau pernah jumpa family dia?" tanya rakannya.

"Tak. Tak terlintas pulak." balas Khairil perlahan.

"Dah la. Dah maghrib ni. Jom solat." rakannya bingkas bangun meninggalkan Khairil yang masih terdiam.

* * * * *

"Jauh mengelamun. Dah sampai mana?" sapaan gadis itu mengejutkan Khairil. Khairil hanya tersenyum. Tawar.

"Awak okay? Saya ada buat salah dengan awak?" gadis itu risau apabila ternampak perubahan air muka Khairil. Tak seperti sebelum-sebelum ini.

"Medina .. siapa awak?" pertanyaan Khairil menyebabkan wajah gadis itu berubah lalu dia tersenyum.

"Kenapa awak tanya begitu?"

"Saya nak jumpa keluarga awak. Boleh?" balas Khairil.

Lama gadis itu terdiam, lalu dia menggangguk, "boleh .. marilah." ajak gadis itu.

"Boleh? Betul ni? Okay .. mari!" Khairil kembali senyum.

Khairil mengekori Medina dari belakang. Mereka melalui celahan chalet yang agak sempit. Terkial-kial Khairil melangkah, takut terpijak ranting-ranting di atas pasir. Medina semakin laju di depan tanpa menghiraukan ranting-ranting tersebut. Maklumlah, dah biasa barangkali. Getus hati Khairil. Berpeluh di dahi memercik dan terasa dingin.

"Jauh lagi rumah awak?" tanya Khairil. Dia sudah terasa penat.

"Tak. Depan tu saja." pendek Medina menjawab.

Tak berapa lama mereka berjalan, tibalah mereka di depan sebuah rumah papan yang agak usang. Medina berhenti di depan rumah itu.

"Inilah rumah saya. Maaf, rumah saya buruk." ujar Medina perlahan.

"Eh .. Buruk-buruk pun rumah juga kan? Saya tak kisah pun." Khairil tersenyum.

"Awak naik la dulu. Saya nak pergi belakang sekejap. Mak saya ada di atas." Medina berlalu ke arah belakang rumahnya. Khairil menggangguk.

"Assalamualaikum." Khairil memberi salam.

"Waalaikumussalam." terdengar suara membalas dari dalam rumah. Kelihatan seorang perempuan tua menjenguk di muka pintu.

"Makcik. Saya Khairil, kawan Medina. Boleh saya jumpa makcik?" jelas Khairil.

"Kawan Medina? Naiklah nak." perempuan tua itu bersuara.

Khairil mengekori perempuan tua itu. Walaupun keadaan di luar agak usang, tapi keadaan di dalam rumah itu tersusun kemas.

"Macam mana anak ni kenal Medina?" tanya perempuan tua itu.

"Saya selalu berjumpa dengan Medina beberapa hari ni. Saya yang minta dia kenalkan saya dengan keluarga dia. Saya harap kedatangan saya ni tak mengganggu. Saya nak minta izin untuk berkawan dengan anak makcik dengan lebih rapat." jelas Khairil teratur.

"Anak berjumpa dengan Medina?" pertanyaan pelik itu diajukan kepada Khairil. Khairil hanya menggangguk laju.

"Tapi, Medina sudah meninggal dunia 2 tahun lepas. Dia meninggal dunia ketika dia menolong seorang kanak-kanak yang hampir lemas di laut. Allah lebih sayangkan dia. Dia sajalah satu-satunya anak makcik." perempuan tua itu sebak.

Khairil seakan tertampar mendengar cerita itu. Seakan tidak percaya. Medina sudah tiada? Habis tu, selama ini dengan siapa dia menghabiskan masa petangnya? Dengan siapa dia berkejar-kejaran di pantai? Dengan siapa dia bergelak ketawa? Dengan siapa dia memadu kasih selama ini? Dia keliru. Jauh di sudut hatinya, dia sedekahkan Al-Fatihah supaya rohnya tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang diredhai-Nya. Amin.

Congratulation dear ..!

Salam ..

:: aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru to my bff , Miera & Firdaus..! aku sangat happy ! lagi seorang dah tukar status. aku doakan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat .. & bahagia sampai bila-bila. happy jugak sebab dapat jumpa teman-teman lama yang lama gila tak jumpa. mmg excited ! ::

berdebar-debar sebelum diijab kabul .. chomel !

kawan aku yang chanteq .. kan? (^_^)

p/s : nanti aku update gambar lain .. ekeke ..

Friday, December 17, 2010

Terima kasih ibu ..

"Wei .. tak nampak ke? Mata letak kat mana? Lutut ke tumit?" garang bahasanya. Terkejut si lelaki. Kelam kabut tertunduk-tunduk mengutip isi beg yang terburai bersepah. Bekas cawan berisi air mocha lattenya juga menyembah bumi.

"Hah .. lain kali mata tengok depan. Jangan berangan. Menyusahkan orang betul." sekali lagi marahnya terhambur keluar tanpa sekatan. Sempat dia menjeling ke arah fail di atas lantai yang tertera nama Iqram. Tak sempat nak baca habis. Takut si lelaki perasan tingkah lakunya.

"Maaf. Saya tak sengaja." pendek tutur si lelaki kepada si perempuan itu. Sempat si lelaki menjeling ke arah si perempuan. Patutlah kasar dan garang semacam. Perempuan tak berapa nak perempuan rupanya. Cantik orangya tapi sayang. Terselindung dengan tingkah laku kasarnya, getus hati kecil si lelaki.

"Maaf? Habis tu, baju aku ni siapa nak ganti? Eyy .. geram betul la." sambil mengelap baju putih yang telah bertukar warna coklat. Si perempuan terus pergi meninggalkan si lelaki tersebut dalam keadaan marah menyirap.

Si lelaki masih memandang ke arah si perempuan itu. Dia tersenyum. Memang cantik !

Sesampai di kedai mamak, sekumpulan remaja perempuan sedang lepak dan diselang-seli dengan ketawa yang kuat. Si perempuan itu menuju ke meja itu dengan muka amarah.

"Wei .. ni apehal muka macam cencorot ni?" salah seorang dari mereka menegur.

"Ha'ah la. Baju kau tu kenapa ada colour tambahan tu? Fesyen ke?" lagi seorang mencelah seakan ingin melawak.

"Ada mamat bodoh mana entah langgar aku. Spoil betul la. Dapat maki aku la jawabnya." terang si perempuan.

"Relax la beb. Cool-cool down sudah. Baju je kot. Boleh basuh. Dah-dah, meh breakfast. Tengahari nanti kita jamming. Yeah !" seorang perempuan bersuara ingin menenangkan si perempuan itu.

Si perempuan kembali tersenyum.

* * * * *

"Assalammualaikum ibu. Rajinnya orang tu. Ibu siapalah tu kan?" si perempuan itu menyapa dan mengusik ibunya setelah melihat ibunya di laman.

"Waalaikumussalam. Mestilah rajin. Ada anak dara tapi macam anak teruna. Alamat memang mati la jawabnya bunga-bunga ibu ni." seloroh ibunya tajam tapi masih ada nada bergurau.

"Aik .. kenakan orang balik. Dah terer la ibu sekarang." si perempuan terkulat-kulat tersengih.

"Ibu belajar dari anak dara dialah, siapa lagi." ibunya tertawa kecil. Si perempuan ikut sama tergelak.

"Suri, cubalah la pakai pakaian macam perempuan sikit. Asyik pakai seluar jeans dengan t-shirt. Dulu cantik Suri berbaju kurung. Tapi sekarang dah tak pernah ibu tengok. Tu, rambut tu potong lagi ke? Pendek sangat dah Suri. Berdosa tau kalau kita ni menyerupai lelaki." ibunya sambung dengan nada lembut. Takut anak di depannya tersinggung walaupun luarannya seakan kasar tapi dia amat mengenali hati anaknya itu.

"Ala ibu .. style sekarang ramai perempuan rambut pendek. Senang nak urus dan ringkas. Tak serabut." Suri mempertahankan pendiriannya.

"Hmm .. ubah la sikit penampilan tu. Suri tu perempuan. Kena jaga tingkah laku. Perangai tu kena senonoh. Barulah ada orang nak anak ibu ni." pujuk ibu.

"Ibu .. kalau betul orang tu suka Suri, dia kena terima Suri seadanya. Bukan luaran semata-mata." Suri terus berlalu masuk rumah. Air matanya bergenang dan hampir tertumpah mengingatkan kenangan lama. Suri tak mahu menangis depan ibunya. Suri perlu kuat. Dah lama dia tanamkan dalam diri yang dia boleh hidup tanpa lelaki. Kaum itulah yang telah mengubah dirinya dari seorang perempuan lemah lembut kepada perempuan kasar itu. Dia pernah dikecewakan. Dia sudah serik.

* * * * *

"Suri .. ibu nak jodohkan Suri dengan anak kawan ibu. Suri setuju tak?" Suri yang sedang makan hampir tersembur keluar mendengar kata-kata ibunya malam itu.

"Apa ni ibu? Tak payah la ibu susah-susah aturkan. Suri boleh cari sendiri." Suri sedikit kasar.

"Kalau nak harap Suri yang cari, sampai ibu tutup mata pun belum tentu ada." ibunya berkata perlahan.

"Suri tak suka ibu cakap merepek macam ni." Suri memandang ibunya. Suri tahu ibunya amat mengharap. Semenjak ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas, tinggallah mereka berdua. Suri anak tunggal. Ibunya bertambah risau apabila umur Suri telah menginjak ke angka 28 tahun.

"Ini permintaan terakhir ibu. Lepas ni ibu takkan minta apa-apa lagi. Suri jumpa dulu orangnya. Kalau Suri rasa tak sesuai atau tak suka, ibu tak kisah. Suri boleh tolak. Boleh ye Suri?" ibunya memujuk. Suri terpaksa akur. Sayangnya dia kepada ibu melebihi segalanya. Suri mengangguk lesu.

* * * * *

"Ibu .. ibu! Tengok abang dengan ayah ni. Dari tadi kacau Seri." lamunannya terhenti teringat arwah ibunya. Segera dia menyeka air matanya dari tumpah apabila terdengar suara kecil mengadu. Hampir-hampir mahu menangis.

"Aril .. jangan buat adik macam tu. Ibu report ayah nanti." ugut Suri.

"Ala .. ayah pun join sekali tadi ibu. Tengok ayah dah lari." Aril menunjuk ke arah laman hijau itu. Segera Suri juga menoleh ke arah yang sama. Kelihatan seseorang menyorok di sebalik pasu bunga besar itu.

"Sayang .. awak tu bukan kecik sangat sampai saya tak nampak awak." Suri menahan gelak.

"Sayang .. jangan dengar cakap Aril tu. Saya tak buat pun. Saya memang duduk sini dari tadi."

"Encik Iqram Daniel .. tak baik menipu depan anak-anak. Tak elok tau." Suri ugut.

"Puan Suri Daniella .. mana ada saya tipu. Tak baik tuduh tau." Iqram masih tak mengaku.

"Ayah .. cikgu cakap tak baik menipu. Allah marah." sekecil bersuara.

"Haa .. kan dah kena. Jawablah Encik Iqram Daniel." Suri mengenyit mata ke arahnya.

"Aril ni tak sporting la. Kan dah janji tak nak report. Sini ayah geletek pinggang tu." Iqram menuju ke arah Aril. Anak sulungnya itu telah bersedia untuk lari. Bermulalah adegan kejar-mengejar keliling laman rumah mereka. Diselang-seli dengan gelak ketawa mereka berempat. Sangat bahagia. Suri bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menerima dirinya. Syukur dengan nikmat-Nya.

"Terima kasih ibu kerana telah menemukannya dengan seorang lelaki yang penyayang dan penyabar untuk dirinya. Seorang lelaki yang terbaik untuknya. Seorang lelaki yang telah berjaya menukar Suri yang kasar kepada seorang yang cantik dan lemah-lembut. Terima kasih suamiku .. ~"

* * * * *