:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Thursday, March 15, 2012

Home-made eskrem!

Salam..

:: disebabkan aku agak bosan duduk rumah, tangan ni mulalah ringan cari resepi-resepi ringan yang bahan-bahannya senang dicari. tengah dok ralit cari, tiba-tiba rasa nak makan eskrem. tapi nak try buat sendiri. so, aku dengan pakcik gugel ni cari ler resepinya. cari yang paling simple & kos tak banyak. akhirnya aku jumpa jugak. ::

:: bahan-bahan : coffemate, susu dutch lady & biskut oreo! blend je sume bahan-bahan ni. :: that's all folks.. ! ::

:: semalam, sementara anak kecik tak merengek, aku pun pegi la buat kejap. dan hasilnya.. tadaaa!!! ::

:: owh.. aku dah try rasa sikit yang kat tepi tu.. abaikan yee.. ::

p/s : senang je kan? sedap okay.. mcm eskerm kat mcd tau.. huhu.. :)

Tuesday, March 13, 2012

Hisap jari..!

Salam..

:: hujan lebat skrg ni.. sejukkk.. hari ni malas nak masak, so mr.eM nak order Domino's.. yummy! tapi aku bukan nak cite pasal aku malas nak masak.. nak cite pasal budak tecik ni.. start minggu lepas, Maira dah tak pakai sarung tangan dah. nurse advice suruh buat macam tu. nurse kata tu salah satu perkembangan baby. so, lepas ni kena pastikan kuku dia pendek. tapi, bila dah tak pakai sarung tangan, inilah aktiviti dia sekarang.. hihi! ::

:: haih ~~ dah pandai hisap jari.. abis basah tangan dan baju dia sebab air liur dia. tapi takpe la, asalkan dia happy, mama pun happy! ::

p/s : abah dia tengah layan Maira.. hihi.. (^__^)y

Thursday, March 8, 2012

Zuhumaira : Dah 2 bulan!

Salam..

:: makin bz aku bila ada budak kecik ni. semalam genap umur dia 2 bulan. alhamdulillah, setakat ni dia membesar bagai johan.. haha! dan sehat. so, susah sikit nak curi masa nak update blog. ni aku terus post umur dia 2 bulan terus. sebulan aritu tak sempat nak upload. semalam pegi KK Shah Alam.. cucuk untuk 2 bulan. dia nanges sikit je.. kuat anak mama.. bagus! mama dia je yang risau lebih.. masa kena cucuk, tak sampai hati nak tengok.. siap tutup mata. haha! :p ::

info terbaru Maira :
Berat : 4.6kg.
Tinggi : 57 cm.


:: membesarlah dengan sehat ye Zuhumaira.. mama sayang kamu.. :) ::

Thursday, March 1, 2012

Zuhumaira : Aqiqah, cukur jambul & sunat @ BP..

Salam..

:: 25 Februari 2012 : alhamdulillah.. Maira telah selamat dicukur jambul @ Batu Pahat.. gambar sume kat brother-in-law.. lupa nak amek. family aku pun sume turun Johor kecuali my big bro. ni pun sebab my mum tak sehat & terpaksa balik awal. so, my big bro tak jadi turun BP. part ni yang tak best sebab kami orang dah plan nak jalan-jalan BP. sedih.. ::

:: seminggu jugak aku lepak BP. best duduk kampung. tenang je. lagipun stay lama kat sana sebab nak uruskan hal-hal Maira. lepas kenduri cukur jambul, then sunat & botakkan kepala Maira. uih.. pelik sebab dia nanges sikit je.. "hekk.." sama macam dia keluar dulu. dan seperti biasa, mama dia tutup mata tamao tengok. takut dia saket, aku yang nak nanges nanti.. hmm.. bagus-bagus.. kuat betul anak mama ni. kemudian, aku & mr.eM pegi Pejabat Agama Islam untuk bayar zakat rambut Maira. ::

:: Maira selepas dibotakkan.. muka redha je.. ::

:: then, kami orang buat sekali aqiqah untuk Maira. senang buat kat kampung sebab sume ada. kambing pun senang dapat. agak mahal jugak eh harga sekor kambing ni. tapi takpe la, bukan untuk sape pun.. kan? setelah sume setel, alhamdulillah.. balik Klang dengan perasan yang lega. bawah ni budak kecik yang mengantuk masa on da way balik Klang.. hihi. ::

:: merahnya mak ngah.. huhu.. ::

:: owh.. pic ni saje aku letak.. nak tunjukkan mama dia maintain lepas bersalin.. haha! ::

p/s : uih.. lama dah ni aku bersosial.. time to layan Maira.. bubye! :)