:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, April 29, 2011

Artis & blog ..

Salam ..

:: hari ni perjalanan dan pergerakan seluruh anggota badan agak lambat sebab keadaan persekitaran yang terlampau-lampau sejuk. ke aku sorang je rasa macam tu? mungkin sebab badan aku ni kurang dilindungi oleh lemak-lemak, jadi sejuknya terasa sampai ke tulang. eh, aku bukan nak bebel pasal diri sendiri, cuma nak share dengan kamu orang pasal blog seorang lelaki yang dikenali. kata modennya, blog seorang artis. aku tak berapa gemar nak baca blog artis ni. sebab nanti balik-balik cerita pasal gosip. bosan ~. tapi blog ni lain. memang aku layan. ::

:: disebabkan Jumaat adalah hari rehat yang terpanjang dari hari-hari lain, banyak masa aku digunakan untuk merayap ke blog kawan-kawan. khusyuk baca, aku terjumpa url blog artis ni. dia tak berapa nak popular lagi tapi kalau aku letak muka dia kat sini, mesti kamu orang kenal. aku kenal dia ni pun dari drama 'Merah Putih.' ::

:: haa .. kenal kan? nama dia Zahiril Adzim. dia dah lama berlakon tapi jarang diketengahkan. baguslah tu, kurang dari gosip. kalau kamu orang nak tengok dia ni berlakon bagus ke tak, kamu orang boleh tengok drama dia sekarang kat TV3, setiap Isnin pukul 9 malam. tajuk dia JUVANA. tak pun kalau ada duit lebih, kamu orang boleh jenguk wayang filem dia, 'Senjakala.' ramai orang kata dia berlakon bagus. ntah la. aku tak tengok lagi drama dan filem tu. nanti-nanti la .. boleh? tapi yang aku nak cerita memang pasal blog dia. tekan nama dia ni. (Zahiril Adzim). jarang artis kita ni guna ayat-ayat macam tu. suka gila aku baca blog dia ni. belum habis lagi. lepas ni nak sambung baca lagi. ops .. tapi lepas aku selesaikan kerja opis aku dulu. sebab rehat aku dah habis. back to work ~~

p/s : suka susunan ayat-ayat dia .. sempoi tapi ada makna ..

p/s lagi : kalau ada blog lain yang best, aku promo lagi ..

Tuesday, April 26, 2011

A month .. ~~

Salam ..

:: 25.3.2011 .. status aku bertukar dari 'in a relationships' to 'engaged' and lastly 'married' .. alhamdulillah, cepat masa berlari .. hampir tak sedar. semalam, 25.4.2011, genap sebulan aku pegang status 'married' tu. alhamdulillah .. setakat ni semua okay .. walaupun ada orang-orang luar doakan yang buruk-buruk untuk aku & mr. eM .. includes salah sorang kawan yang lama aku kenal yang sanggup doakan macam tu. rasa sangat sedih. tak sangka sampai macam tu. depan lain, tapi belakang .. Allah lebih tahu. mr. eM nasihatkan aku supaya sabar. ye, memang aku sabar. ramai orang tahu tahap kesabaran aku tinggi. tapi hati rasa sedih. sedih sebab seorang kawan sanggup buat kawannya sendiri macam tu. selalu aku nasihatkan orang tapi akhirnya terjadi pada aku. baru aku tau rasanya. tapi apa salah aku? tak pernah sekelumit rasa iri hati atau 'busybody' dengan kehidupan dia. sampai aku & mr. eM dilabelkan 'suka merobohkan masjid orang.' Ya Allah, besar betul tuduhan tu. apa buktinya?? masjid mana yang kami dah robohkan? masjid kau? aku rasa, tiang masjid kau pun tak kelihatan lagi. pelik .. pelik .. ::

:: jangan hanya sebab kesalahan yang datang dari diri sendiri tapi suka-suka memalitkan kepada orang lain. tak sangka kau macam tu kan? cermin diri sendiri dulu wahai saudari. kaji masalahnya dulu sebelum menuding jari ke arah orang lain. kalau aku ni tak sabar, dah lama aku maki-hamun kau. tapi buat apa? aku tak salah. kalau aku maki-hamun kau, maka aku dengan kau sama saja. jadi, buat apa aku nak jadi macam kau yang suka doakan keburukan orang lain? buat apa nak ikut jejak perangai kau yang suka doakan rumahtangga orang lain musnah? wahai saudari, buka mata tu. jangan ingat orang senyap macam aku ni bodoh sampai tak tau apa yang kau buat belakang aku. ::

:: kalau betul aku ni suka robohkan masjid orang, meh sini jumpa aku depan-depan. kalau rasa diri tu betul, mari semuka. tak salah nak gunakan medium 'popular' tu nak meluahkan ketidakpuas hati kau, tapi jangan sampai mengaibkan orang lain. jangan nak menagih simpati orang luar yang tak tau apa-apa. orang luar tu juga yang dapat dosa sebab subahat dengan cerita yang tak betul. kesian kan? tak pasal-pasal mereka dapat dosa. ::

:: sedih .. jauh hati .. tawar hati .. terguris .. dengan kau. mungkin lepas ni aku lebih berhati-hati memilih kawan. tak mahu percaya kau lagi .. sampai sekarang terbayang kata-kata dan doa-doa buruk kau pada aku .. makin rasa sakit hati .. ::


p/s : menyesal rasanya sebab pernah menyebelahi kau dulu .. tapi sekarang kau dah hilang seorang kawan ..

Monday, April 25, 2011

Omputih cakap .. ni baru teaser ..

Salam ..

:: haih ~ .. lama tunggu baru kuar sekeping. secret betul yee? adoi .. tu yang omputih cakap, teaser .. betul ke? teaser tu kalau tanya pakcik google, penggoda .. hmm .. tergoda ke? ::

: hasil titik peluh bro-in-law :

p/s : tengah sabar tunggu gambar lain .. ~

Gaduh-gaduh sayang ..

"Woi .. cepat la sikit. Kau mandi ke berenang tu? Lama gila. Pastu senyap je dalam tu. Kau hidup lagi tak?" terkejut Azman disergah dari luar. "Siot budak Ramli ni. Nasib baik tak kena sakit jantung." ujar Azman dalam hati sambil mengurut dadanya.

"Ye la. Aku nak keluar la ni. Tak reti nak sabar betul." balas Azman. Segera dia meletakkan berus giginya yang sudah berubah warna kehitaman. Lama tak diganti. Bukan tak ada duit, tapi jimat.

"Kau ni kalau mandi, macam orang pompuan. Terhegeh-hegeh." sempat Ramli mengomel hingga hilang di balik pintu toilet. Azman malas nak balas. Hanya senyap dan sempat memberi jelingan maut.

Setelah puas hati di depan cermin kecil yang muat-muat muka tu, Azman segera keluar dari rumah sewanya. Tertunduk-tunduk dia mencari kasut di rak. Tiba-tiba dia rasa macam nak pengsan. Aroma rak kasut itu menusuk rongga hidungnya. Azman segera menahan nafasnya. Merah padam mukanya. Rasa kembang anak tekak. "Ish .. si Ramli ni berapa tahun agaknya tak basuh kasut dia ni?" Azman menyalahkan kasut Ramli. Padahal, sama saja mereka berdua tu. Siapa yang nak mengaku kan?

Setelah jumpa kasut yang dicari, Azman membuka pintu pagar. Apabila dia ingin menghidupkan enjin motornya, terbeliak mata Azman. Tayar kempis! "Siot, siapa punya kerja ni?" Dia menoleh kiri kanan. Dia ternampak seseorang sedang menahan gelak di rumah sebelah. Gadis itu cepat-cepat pandang tempat lain.

"Hoi .. kau ni memang suka cari gaduh kan? Apasal kau pancitkan tayar motor aku?" Azman marah.

"Amboi-amboi .. sedap-sedap kau je tuduh aku. Bila masa aku pancitkan pulak? Ingat aku tak ada kerja lain ke? Nampaknya, bukan aku sorang je yang tak suka kau kat sini kan?" sengaja gadis itu membakar Azman.

"Tak ada orang lain yang suka buat kerja-kerja jahat ni kalau bukan kau." balas Azman.

"Wah .. kau tu baik sangat ke? Semalam siapa yang buang sampah kat laman rumah aku ni? Kelmarin, siapa yang patah-patahkan ranting pokok bunga aku depan rumah ni? Ingat aku tak tau ke? So, padan la muka kau kan?" ujar gadis itu geram.

"Ow .. ni kes nak balas dendam la ni? Kau yang mula dulu. Siapa yang sorok sebelah kasut aku minggu lepas? Pasal kau la, aku lambat masuk ofis. Kalau tak nak aku patahkan pokok bunga kau tu, jangan bagi bunga tu masuk kawasan rumah aku ni. Faham?" balas Azman lagi.

"Haha .. aku rasa bukan minggu lepas je kau masuk ofis lambat. Cuba tengok jam kau tu." ujar gadis itu sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. Azman kaget. Alamak .. pukul 8.30 ! Lambat lagi aku hari ni ! "Pompuan ni ..!!" Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya yang panas.

Segera Azman meluru keluar. "Dah la lambat, kena naik bas pulak." Gelak tawa gadis itu masih kedengaran mengiringi langkahnya ke bus-stop. "Siap kau nanti." Azman mengepal tangannya tanda marah.

* * * * *

"Kau ni, kalau tak cari gaduh dengan mamat sebelah ni tak boleh ke?" tegur Wani.

"Bukan aku yang cari gaduh, dia yang mula dulu. Aku pantang kalau ada orang buli aku." balas Syikin.

"Dah-dah la tu Kin. Kau tu baru pindah sini. Selama aku duduk sini, tak ada pulak aku bergaduh dengan jiran-jiran sini." pujuk Wani.

"Aku dengan jiran-jiran lain okay je. Dengan mamat sebelah ni je. Perangai macam hampeh. Siapa tak sakit hati. Menyampah aku tengok muka dia." Syikin masih tak mahu mengaku bersalah.

"Jangan benci sangat Kin. Lama-lama suka." Wani tersenyum.

"Haha .. cliche la Wani. Nope!" Syikin tersengih sambil geleng kepala.

* * * * *

Begitulah peperangan yang berlaku antara mereka berdua yang berlaku hampir setiap hari. Pelbagai kejadian yang berlaku. Dari perang mulut, sehinggalah ke harta benda melayang sana sini. Tak cukup dengan itu, harta benda teman serumah juga menjadi mangsa. Masing-masing tak mahu mengalah. "Kita semua adalah pemenang, tak ada pengalah." Mungkin mereka berdua memegang kata-kata semangat ini. Haih ~

* * * * *

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." sahut Syikin.

"Nak, tumpang tanya boleh? Rumah sebelah ni tak ada orang ke?" tanya makcik tua itu sambil mengelap peluhnya.

"Diaorang kerja makcik. Eh, makcik singgahlah rumah saya dulu. Panas ni." Syikin segera membuka pintu pagar. Beg baju yang agak berat sudah bertukar tangan.

"Terima kasih nak. Baik betul anak ni. Nama makcik Selamah. Panggil saja Mak Mah. Anak makcik tinggal kat sebelah ni." terang Mak Mah.

"Ow .. saya Syikin. Time macam ni diaorang kerja. Petang nanti baru ada. Tak apa, makcik duduk je rumah saya ni. Tak adalah saya bosan sorang-sorang." Syikin tersenyum.

"Susahkan anak je. Terima kasih ye. Mak Mah saja tak bagitahu anak Mak Mah nak datang hari ni. Nak surprise la konon. Balik-balik Mak Mak yang surprise." Mak Mah gelak. Syikin juga tergelak sama. Rindunya pada arwah ibunya sedikit terubat dengan kehadiran Mak Mah.

"Mak Mah, duduk dulu. Syikin buatkan air. Kejap lagi Syikin masak, kita makan sama-sama ye?" kata Syikin.

"Eh, tak payah susah-susah Syikin."

"Ala .. tak susah pun. Syikin suka masak." Syikin mengenyit mata ke Mak Mah.

"Syikin pandai masak masakan kampung tak? Mak Mah ada bawak sayur-sayur kampung sikit. Boleh la kita masak."

"Ow .. ye ke? Bestnya. Dah lama tak masak masakan kampung ni. Boleh la sikit-sikit. Syikin cuba ye?"

* * * * *

Azman segera menoleh ke arah suara gelak ketawa yang amat dikenalinya. Eh, takkanlah ...

"Mak ! Apa mak buat kat situ? Bila mak sampai?" Azman terkejut lihat maknya sedang bergelak ketawa dengan musuh tradisinya itu.

"Man, baru balik kamu ye? Mak tumpang sekejap rumah Syikin ni. Mak sampai pagi tadi." balas Mak Mah. Syikin hanya diam. Tiba-tiba mukanya berubah masam. "Mak Mah ni mak si mamat hempeh ni ke? Aku ingatkan mak si Ramli."

"Dia ni ke anak Mak Mah?" tanya Syikin.

"Nilah anak Mak Mah. Korang berdua mesti dah lama kenal kan?" Mak mah senyum.

"Kenal sangat mak. Dah la mak, jangan lama-lama sangat kat rumah tu. Gatal-gatal badan tu nanti." saja dia cakap begitu. Syikin mendengus geram. Dia tahan untuk membalas Sebab dia hormatkan Mak Mah.

"Eh .. gatal-gatal? Mak tak rasa macam tu pun." Mak Mah pelik. "Syikin, makcik balik dulu ye? Sebelah je pun. Nanti kita borak-borak lagi ye?" Mak Mah sempat mengusap kepala Syikin. Syikin tersentuh.

* * * * *

"Mak, sedapnya mak masak. Favourite saya pulak tu. Mak duduk sini terus la. Boleh gemuk Man kalau macam ni hari-hari." Azman puji. Ramli mengangguk setuju. Laju saja tangannya menyumbat nasi ke mulut.

"Eh, tu bukan mak yang masak. Syikin yang masak. Sedap kan? Mak pun tambah 2 kali tadi." Mak Mah tergelak comel.

"Syikin? Syikin mana?"

"Jiran sebelah rumah kamu ni la. Takkan la kamu tak tau nama dia?" kata Mak Mah.

Hampir tersedak. Ramli juga terhenti suapannya. Dia tahu peperangan yang berlaku antara mereka berdua. Selalu dia dan Wani yang mengendurkan ketegangan antara mereka apabila perang tercetus.

Hmm .. Syikin namanya. Dia tak pernah tahu. Masakannya sedap. Dia seorang yang susah nak puji masakan orang lain kecuali maknya. Padanya, masakan maknya adalah yang terbaik di alam semesta.

"Man, yang kamu tersengih-sengih tu kenapa?" Mak Mah tegur.

"Eh .. mana ada la mak." cepat-cepat dia sambung makan. Ramli tersengih kambing. Dia tahu kelemahan Azman. Dia memang suka makan dan cerewet. Azman pernah kata, kalau ada pompuan yang boleh masak makanan favourite dia sesedap maknya, dia akan kahwin dengan pompuan tu. Ramli masih tersenyum.

* * * * *

"Kin, aku teringin nak makan asam pedas. Kau tolong masakkan hari ni boleh tak?" Wani mengendeng-ngendeng Syikin sambil buat muka comel.

"Hish .. macam orang mengandung pulak teringin bagai. Ye la .. nanti aku masakkan okay?" Syikin tersenyum. Dia memang suka masak. Ilmu itu dia peroleh dari arwah ibunya.

"Masak lebih sikit ye? Nanti boleh kita bagi Mak Mah sekali." Wani bersuara. Syikin hanya mengangguk sutuju.

* * * * *

"Sedapnya bau. Bila mak masak ni? Tak nampak pun mak berkungfu kat dapur." tanpa mempedulikan orang sekeliling, segera dia mencedok nasi dan lauk yang telah membangkitkan nafsu makannya. "Wah .. sedap! Mak memang terbaik!"

"Sedap kan Man? Tu Syikin yang masak tu." Ramli bersuara dari belakangnya. Hampir nak terkeluar nasi di mulutnya. Ramli tergelak.

"Pandai betul Syikin tu masak kan Man? Susah nak cari pompuan yang pandai masak masakan kampung sekarang ni. Untung betul siapa yang dapat dia jadi menantu." sengaja Mak Mah berkata begitu. Ramli hanya menahan gelaknya. Azman sempat tendang kaki Ramli di bawah meja. Berkerut muka Ramli.

* * * * *

Setelah hampir 3 minggu dia tak nampak kelibat Syikin. Selama itu juga tiada perang yang berlaku. Aman. Tiap-tiap pagi, Azman tidak miss nak terjenguk-jenguk jirannya itu. Yang kelihatan hanya Wani. Nak bertanya .. segan. Ego tinggi. Selama 3 minggu itu, ada suatu perasaan pelik dalam dirinya. Rasa kehilangan. Kosong. Hari-harinya suram, kelam, malap. Rindu rasanya untuk bergaduh dengan musuh tradisinya itu. Kemana agaknya ye?

"Hai .. tak pernah-pernah lepak luar rumah ni. Apa kes?" sapa Ramli. Dia juga rasa pelik kerana beberapa hari ni Azman jadi pendiam.

"Tak ada apa. Saja. Nak tengok bintang."

"Nak tengok bintang ke nak tengok orang sebelah rumah? Kalau nak tengok orang sebelah rumah, memang takkan dapat la." Ramli bersuara.

"Kenapa?" tanya Azman ingin tahu.

"Sebab dia dah pindah. Dia dapat tawaran belajar kat luar negara. Wani cerita, dia kat sana dalam 4 tahun. Hmm .. tak sangka kan? Nampak macam budak kampung tapi rupa-rupanya budak pandai. Dia best student kat universiti dia dulu. Dia tumpang rumah Wani sebab nak uruskan hal-hal dia sebelum berangkat ke sana." panjang lebar Ramli bercerita.

"Hah? Ye ke? 4 tahun?" Azman terkejut. "Lamanya. Tak sempat aku nak berbaik-baik dengan dia. Macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Semuanya salah aku. Aku dah terlambat." Tapi kata itu hanya tertinggal di kerongkongnya.

"Sebelum dia gerak, Wani bagi aku ni, dia suruh pass kat kau. Syikin yang bagi katanya." Sehelai kertas berlipat kemas bertukar tangan.

"Aku masuk dulu. Sejuk." Ramli berlalu. Malas dia mahu kacau orang nak berjiwang-jiwang. Azman mengangguk.

Kepada :
Jiran sebelah rumahku @ musuh perangku,

Maaf sebab tak sempat nak ucap 'bye-bye' kat awak. Terima kasih sebab jadi teman perang saya selama kita berjiran. Mesti awak anggap saya macam-macam kan? Haha .. tak apa, saya tak kisah. Untuk pengetahuan awak, tak pernah ada orang yang boleh lawan perangai saya yang kasar ni. Bila jumpa awak, saya rasa tercabar. Sebab tu saya suka berperang dengan awak. Tapi, lama-kelamaan, perasaan itu bertukar. Saya pun confius dengan perasaan sendiri. Saya minta maaf kalau selama ini, kata-kata saya mengguris perasaan awak. Jangan benci saya okay?

Awak jangan risau, 4 tahun tu tak lama. Lepas 4 tahun nanti, kita jumpa lagi ye? Nanti mesti awak rindu nak gaduh-gaduh dengan saya lagi kan? Make sure dalam masa 4 tahun ni awak tak pindah rumah okay? Sebab nanti awak susah nak cari jiran 'sebaik' saya. Ow .. kalau awak rindu nak gaduh dengan saya, kita gaduh secara maya je boleh? Sekarang kan teknologi dah canggih. Ni alamat emel saya, syikinsaleh@yahoo.com. Baiklah, saya stop sini dulu. Maaf ye, saya tak pandai tulis surat. =)

p/s : Hmm .. kalau boleh, tunggu saya ye?

Dari jiran sebelah @ musuh ketatmu,
Syikin Saleh.




Azman tersenyum. Senyum yang dia sendiri tak tahu apa maknanya. Yang dia tahu, saat dan ketika itu, dia rasa gembira. Baik, aku akan tunggu.

Friday, April 22, 2011

Bengkel oh bengkel ~~

Salam ..

:: guys ! rindu aku tak? okay .. okay .. aku tau aku perasan lebih .. ari ni aku relax sikit .. back to usual daily jobs .. 3 hari ni aku ada "Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan Bahan Monograf serta Terbitan Bersiri PUiTM 2011" .. okay, aku tak heran kalau kamu orang nak buat muka pelik tak paham .. aku tau ramai yang tak familiar dengan jobs aku ni .. it's okay, i'm used to it .. no hurt feeling ..! *tengah pegang pisau kalau nampak siapa yang buat muka blur.* these 3 days, banyak benda yang aku blajar .. especially in my jobs task .. lot of things and skills that i have to learn actually .. tapi tak apa, setiap hari adalah merupakan new environment and knowledge to me .. selagi kita boleh adapt, kita sapu je semua, right? but, so far .. aku dah dapat view sebenar ilmu katalog ni .. *dah-dah la tu buat muka heran .. bukan taknak explain tapi confirm kamu orang susah nak paham ..* ::

:: but i really want to say a big thanks to Pn Hamidah Abdul Rahman (Senior lecturer at Faculty of Information Management, UiTM) .. beliau sebagai guest speaker untuk bengkel 3 hari ni .. really2 entertaining and energetic workshop ! bayangkan, selama 3 hari ni, there is not one of her lecture was bored !! all of the slot are very interesting .. she manage to capture all the audience not to feel bored .. congratulations to her ! thanks madam for all the knowledge that you give to us .. very precious ! ::

:: our guest speaker !! she's the best ! ~~::

:: okay .. bawah ni aku tempek sikit gambar-gambar masa bengkel ni .. enjoice ~~ ::

:: owh .. i'm the emcee ! ekeke.. ~~::


:: the participants ! ~~::



:: the lady's ! ~~::

:: orang kuat belakang tabir untuk bengkel ~~::


p/s : really enjoy the workshop !

Wednesday, April 20, 2011

Nanti !

Salam .. !


:: uhuk .. uhuk ! *batuk sikit .. barhabuk blog nih ..* "maaf .. saya busy sikit minggu ni .. lama tak hapdet .. bersawang!" ::

~~ guys .. nanti aku hapdet eh? jangan rindu aku okay? *gile perasan !* ~~

Monday, April 4, 2011

Perempuan jual mahal .. salah ke?

Salam ..

Negatif : Kalau perempuan jual mahal?

perempuan : jual mahal.
lelaki : eleh .. bajet cun nak jual mahal .. (bla .. bla .. bla) *sambung dengan ayat-ayat yang selalu menyakitkan hati ..*

perempuan : jual mahal.
lelaki : ala .. saja la tu .. taste konon tinggi sangat .. mana nak layan orang macam kita ni .. *suka pikir bukan-bukan.*

Kalau perempuan terlebih peramah / jual tak bape nak mahal?

perempuan : jual tak bape mahal.
lelaki : ni tak boleh jadi bini nih .. semua orang dia layan .. *sambung la ayat korang sendiri yang selalu korang dengar.*

perempuan : jual tak bape nak mahal.
lelaki : tak payah la kalau perempuan macam tu .. macam tak ada maruah .. terhegeh-hegeh nak jantan .. *sowie, ayat agak kasar, tapi it's reality right?*

Cubalah berfikiran positif sikit :

perempuan : jual mahal.
lelaki : hmm .. susah nak tackle awek ni .. ni kena berusaha lebih ni .. mesti perempuan ni bukan jenis suka melayan lelaki sebarangan .. *kadang-kadang lelaki rasa tercabar kalau perempuan tu tak layan .. more challenging katanya.*

perempuan : jual tak bape nak mahal.
lelaki : bagusnya perempuan ni .. walaupun cun tapi tak sombong .. *kan bagus fikir camni?*

:: hmm .. salah ke perempuan jual mahal? serba salah jadinya. kalau dilayan terlebih, dikata kita gatal .. tak ada maruah .. muka tak malu. tapi bila tak dilayan, juga sibuk diperkatakan. kononnya sombong .. high taste .. berlagak. haih ~ .. mana satu ni? pada aku, tak salah perempuan jual mahal kerana martabat perempuan tinggi. al-Quran juga banyak menegaskan tentang martabat seorang wanita. jadi, tak perlu kita menurunkan martabat dan maruah kita semata-mata untuk disenangi dan disukai oleh semua orang. jadi diri kita yang sebenar. biar apa orang kata, Insyaallah .. Allah telah sediakan pasangan yang penyabar .. penyayang .. baik .. untuk diri kita. biarlah dia bersusah sikit untuk mendapatkan tempat di hati kita. ada orang cakap, sekali kita dapat apa yang kita hajati dengan bersusah payah, kita akan lebih menghargainya. betol kan? ::

:: dengar perempuan dan wanita di luar sana! jadilah perempuan yang tinggi maruahnya. jangan sesekali merendahkan maruah kita semata-mata untuk memuaskan hati seorang lelaki. carilah lelaki yang menghormati kita sebagai seorang wanita. jadilah epal yang nun tinggi di atas sana, yang susah untuk dipetik. orang yang boleh memetiknya itu adalah orang yang benar-benar inginkannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. ::

p/s : sweet tengok Shaheizy Sam semalam dengan mummy dia masa ABPBH.. sayang dan hormatnya dia dengan mummy dia .. kan?

MySpace