:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, August 26, 2011

Sengih senyum sorang-sorang ..

Salam..

:: korang mesti pernah tersenyum-senyum sorang-sorang kan? maksudnya bila kita teringat something, tetiba terlintas then secara automatik tersengih-sengih. nggeee .. ~~ kadang-kadang rasa kelakar pun ada jugak. lebih-lebih lagi kalau ada orang tegur atau perasan kita dalam keadaan macam tu. "sewel ke hape pompuan ni?". tapi dia memang automatik la, bukan dibuat-buat. ::

:: aku selalu dalam situasi macam tu bila aku pergi satu-satu tempat yang aku pernah pegi. tak kisah la kita pernah pegi dengan sape pun. kadang-kadang siap ada macam flash-back gambar dalam kepala lagi. dah macam dalam TV atau komik kartun tu, kalau flash-back ada awan-awan atas kepala. takpun gambar hitam putih muncul. lebih kurang macam tu, bezanya in reality kita tak nampak la dia dok atas kepala kita kan?::

:: contoh, kalau aku pegi shopping mall ke, kebetulan lalu tempat yang aku pernah lalu, mesti aku tersengih-sengih dan teringat benda-benda yang jadi dulu-dulu. kalau yang tak best tu, tak ada la nak tersengih-sengih tapi still remembered. dan automatik juga akan terkeluar dari mulut, "eh, kita pernah la datang sini..". lebih kurang macam tu la ayatnya. dan secara tak langsung kita teringat kat orang tu. then, kadang-kadang yang paling kritikal siap sempat buat balik benda yang kita pernah buat dulu pada tempat yang sama. contoh, macam dulu aku datang mall dan aku singgah kat bahagian teddy bear, siap peluk teddy bear tu. then, aku datang lagi dan peluk teddy bear yang sama. pelik. takpun kita makan kat mall then duduk kat meja yang sama dan order menu yang sama. bezanya cuma orang dan masa. hmm .. kenangan tu tetap berada dalam ingatan aku dan takkan padam. ::

:: orang lain aku tak tau la. aku cerita pasal aku. sebab aku sangat terasa situasi ni semalam. tapi at the end, aku rasa sedih sebab aku tau aku takkan dapat patah balik ke belakang, ke masa dulu-dulu. jadi, just keep it ketat-ketat sebagai kenangan aku sendiri. terima kasih kepada mereka yang dulu-dulu sudi layan kerenah jakun aku pegi tempat-tempat macam tu. kadang-kadang kesian kat diri sendiri sebab rupa-rupanya banyak tempat-tempat yang menarik yang aku tak pernah jejak. terima kasih ya..! ::

:: so, lepas ni aku akan jejak tempat-tempat yang ade dalam wish list aku dengan mr. em. ada separuh dari wish list aku tu belum aku jejak dan buat lagi. insyaAllah, aku nak penuhkan semua! ekeke..! ::


p/s : Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. ~From the television show The Wonder Years.

Thursday, August 25, 2011

Raya .. Raya .. ~~

Salam ..

:: huhu .. nak dekat raya dah kan? sekejap pulak rasanya bulan puasa ni .. minggu ni semua orang busy buat persiapan raya. aku tak buat apa-apa lagi, even baju raya pun tak sempat beli lagi. kuih raya pun ada la aku beli sikit-sikit. kuih faveret aku je la. nanti aku tambah la lagi sebab tahun ni pertama kali aku beraya rumah mentua kat Parit Raja, Batu Pahat. so, persiapan kena la bahagi dua. alhamdulillah, nasib baik government bagi bonus, syukur sangat-sangat. ::

:: opis aku ni pun dah mula sunyi. ari ni okay lagi tapi esok mesti ramai yang dah mula cuti. adoi, memang tak sabar nak cuti tapi esok aku keje lagi. mula cuti ari senin depan selama seminggu. ::

:: petang ni InsyaAllah nak pegi cuci-cuci mata tengok baju raya kalau ada yang berkenan. warna maybe oren + maroon. tak tau lagi kat mana. aku rasa sume tempat penuh sesak ni. lebih-lebih lagi dah nak dekat raya ni. aku rimas sikit dengan ramai orang macam tu. tapi, nasib la kan..sape suruh shopping last minute kan? ::



p/s : mood raya .. come to me .. tak rasa lagi aura dia .. ~~

Tuesday, August 23, 2011

Saje nak post lagu ni ..

Salam ..

:: ari ni je dah berapa kali aku dengar lagu ni kat radio .. tengah up la kot lagu ni .. 1st aku dengar lagu ni kat Youtube, Najwa Latiff yang nyanyi dengan gitarnya. dengar banyak-banyak kali, sedap pulak lagunya. ni aku tempek lirik dia eh? Selamat Berpuasa ~~ ::


Jessie J. ft B.o.B - Price Tag

[Verse 1: Jessie J]
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight...

[Chorus:]
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Verse 2: Jessie J]
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin
All right.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We're paying with love tonight...

[Chorus]

[Verse 3: B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six strings and a half step
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I...
Yes all I need are keys and guitars
And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yes we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we ain't gon stumble and fall never
Waiting to see, a sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving there feet
So bring back the beat and everyone will sing
It's not about...

[Chorus x2]

[Outro: Jessie J]
Yeah yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag


p/s : lalalala .. ~~

Monday, August 15, 2011

Berbuka dengan My Besties!

Salam ..

:: alhamdulillah, hari ni dah 15 hari kita berpuasa. syukur sebab dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpuasa walaupun keadaan tak berapa nak stabil macam ni. nasib baik yang duduk dalam perut ni tak meragam. terima kasih ye .. ::

:: tak ada apa nak cerita, cuma nak post gambar aku and my besties semalam masa berbuka puasa di Benjiana SteakHouse kat Setiawangsa. sebelah dengan Sekinchan Ikan Bakar. dekat-dekat dengan uptown Setiawangsa. nasib tak sesat cari tempat ni dengan mr. em. susah nak jumpa sebab semua ada komitmen masing-masing. tapi alhamdulillah, dapat jugak berkumpul dengan family masing-masing. food pun not bad la, dia more kepada western food. menu semalam: lamb chop, chicken chop, mushroom soup, spaghetti bolognise, nugget, fries, hotdog.. *ada lagi tapi aku tak ingat dah .. hehe ..* ada juga kuih-kuih, nasi & lauk pauk tapi saja tamao makan sebab nak makan western. tempat ni juga ada surau, so senang la untuk kita. lepas makan ala kadar, pegi solat then sambung makan. best!::


:: so, lepas ni maybe raya baru jumpa mereka-mereka ni balik. guys, aku memang happy jumpa korang semua semalam! sayang korang..! ::

Monday, August 1, 2011

Ramadhan's Return!

Salam ..

:: 1st day berpuasa .. okay tak kengkawan? alhamdulillah, kepada sesiapa yang berpuasa hari ni. petang ni mesti ramai yang menyerbu bazar-bazar Ramadhan kan? time ni la kita tengok sume makanan nampak sangat menyelerakan. so, di kesempatan ini aku nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. semoga dalam bulan yang mulia ini, segala amal ibadah kita akan diterima oleh-Nya .. amin. ::

pic kredit : pakcik gugel ..

p/s : ramai yang dah balik sebab mereka amik waktu anjal 4.30ptg .. owh .. jeles!

Friday, July 22, 2011

Sihat & Cergas! Senam yukk!

Salam ..

:: fuh! di hari jumaat yang mulia ni, PTAR buat program "Sihat & Cergas" untuk semua staf PTAR. so, ari ni satu hari semua orang pakai baju biru. pagi ni start dengan ceramah mengenai kesihatan oleh PM Zulkifli Abdul Kadir (Fakulti Sains Sukan). ceramah dia memang best giler dan sangat entertaining. sebab dia selitkan sekali dengan amalan seharian dan ibadah kita yang hari-hari kita buat tanpa sedar. banyak jugak la tips yang dia bagi untuk senaman yang betul. selama ni, senaman yang kita selalu buat tu banyak yang salah. dalam senaman ni pun, ada halal & haram tau. maksudnya yang kita patut buat dan tak patut kita buat dalam senaman. aku baru je tau tadi. antara tips yang dia share pagi ni :

1. kalau breakfast, banyakkan makan karbohidrat. dinner banyakkan protein. makan telur setengah masak tak digalakkan.
2. lepas makan, jangan terus minum air. tunggu dalam 30 minit, baru minum.
3. pencuci mulut/buah - makan sebelum makan, bukan selepas makan.
4. biasakan makan 2 jam sebelum senaman.
5. semasa nak bersenam, pastikan pakaian bersesuaian. kain jenis cotton digalakkan sebab boleh menyerap peluh.
6. jangan pakai pakaian tebal @ sweater - sebab nanti haba dan peluh dari badan tak keluar.
7. selepas senaman, jangan minum air suam (kecuali yang ada asma). kena minum air sejuk.
8. semasa melakukan senaman, kalau rasa pening-pening, stop terus. sebab kemungkinan darah kita masa tu terlampau tinggi.
9. then, last sekali PM Zulkifli galakkan semua staf pegi gym UiTM yang free tu untuk exercise. ekeke .. part ni yang aku macam susah je nak buat.. (-_-)"

:: tu antara tips yang dia share. banyak sebenarnya, tapi tak sempat tulis. banyak gelak sebab ceramah dia dalam bentuk jokes. then, after ceramah, staf semua naik ke level 2 untuk memulakan senaman yang dipanggil "chi qong". dia macam ala-ala tai-chi, pergerakkan yang memerlukan pernafasan yang teratur. pergarakkan "chi qong" ni lembut je tapi still rasa sengal-sengal kat bahagian tangan. mungkin kat aku je kot. hehe. dia ajar teknik pernafasan yang betul. even kita tak ada masa nak lakukan (konon-kononnye busy), PM Zulkifli syorkan dalam solat kita seharian. tanpa sedar, sebenarnya dalam solat jugak kita dah buat senaman-senaman macam tu. betul kan? jadi, kalau kita buat 5 kali sehari, InsyaAllah kita sihat dalaman dan jugak luaran. ::

:: bawah ni aku letak gambar-gambar masa senaman (bergambar je lebih ni). enjoice ~::

"baju putih tu la PM Zulkifli .. umur 51 tahun but still fit okay?"

"dengan tuan punya henpon mahal .."

"bersama opismate.."


"kenapa aku tak ada ni? ciss! ni la dia gadis-gadis PTAR.."


picture : kredit tu kak ayu dengan henpon mahalnya .. iPhone ~~

Thursday, July 14, 2011

Tak best!

Salam ..

:: semalam semangat berkobar-kobar nak tengok bola kat rumah. konon-konon ada la live kat tv. tapi hampeh & hampa! pelik betul la, perlawanan macam ni tak ada live kat tv! adoiyai! puas aku tekan remote tv, kot-kot ada la kat channel memane. cis! tu, syarikat persiaran berbayar tu, nape tak subcribe? bil makin mahal dia nak charge. tapi, perlawanan macam ni taknak subcribe pulak. ntah pape. emo aku semalam sampai tertido. ::

:: aku terpaksa la on twitter & facebook tunggu sape-sape yang update match tu. nasib baik la ada orang-orang yang baik hati nak tolong update kan. time kaceh eh? walaupun HARIMAU MALAYA kita kalah, but i'm still proud to be Malaysian! ::

p/s : lepas-lepas ni, perlawanan yang lain-lain tu, ade live ke kat A****? haih ~~

Wednesday, July 13, 2011

Siapa menang?

Salam ..

:: kengkawan, petang ni ada bola. Malaysia lwn Arsenal tu. ingat senang nak tengok ke? so, wajib tengok ni tau. sokong sikit harimau malaya kita ni. kamu orang rasa siapa menang? kalau boleh, mesti la aku nak Malaysia menang. walaupun nama Arsenal tu gah, tapi kalau kita menang, memang superb la kan? so, balik keje ni, kira reramai tunggu depan TV okay? kalau tak dapat pegi stadium pun, tengok kat rumah pun okay apa. lagi clear okay. tak kisah la kamu orang nak tengok kat rumah ke, Restoren Hakim ke, Restoren NZ, tumpang rumah jiran ke .. janji kita semua sokong harimau malaya tau. HIDUP HARIMAU MALAYA! ::



p/s : apehal aku nak semangat sangat pulak. hmm .. ntah !

Kawan @ Sahabat : Penting ke?

Salam ..

:: dah .. tamao la komen pape .. tau ler lama aku tak update blog ni. ekeke. ::

:: kamu orang sume mesti ada teman baik kan? ataupun dengan kata lainnya, kawan rapat, sahabat baik, bestfren, teman rapat, kawan sehidup semati, kawan dunia akhirat, teman tapi mesra, BFF, dll ~ *banyak lagi term yang selalu kita guna, kamu orang tambah sendiri eh?* .. okay, aku sendiri pun ade teman-teman rapat untuk berkongsi happy or bad things. kalau boleh, semua benda kita nak story kan? ::

:: penting ke kawan @ sahabat @ teman ni? pada aku, sangat penting! tempat kita meluahkan segala yang terpendam dalam hati. especially perempuan. tapi, masalahnya .. nak mencari seseorang yang boleh dipanggil sahabat baik ni susah nak jumpa. sangat payah. kena berhati-hati. bukan macam kita pilih ikan kat pasar tu. nampak elok je dari luar, tapi sampai rumah nak siang, rupa-rupanya ikan tu busuk. ::

:: kamu orang tengok tak drama "Annissa" kat TV3 sekarang ni? aku memang tengah layan drama tu. tengok sambil emo. bising mulut ni bila tengok drama tu even tengok sorang-sorang. drama tentang persahabatan. pada aku, persahabatan ni kena jujur. ikhlas. tak ada pakai topeng-topeng ni. jaga hati sesama sendiri. selalu jadi pendengar setia. tak hipokrit. try to give the good advice, bukan menghasut. selalu ada bila kita perlukan. but, apa yang ada dalam drama ni, memang membuka mata aku supaya berhati-hati dalam memilih sahabat. bukan aku nak cakap BFF aku sekarang ni macam tu, they still the best even semua dah ada life sendiri. "kamu semua kawan aku dunia akhirat" ::

:: jadilah sahabat yang baik. jadi diri sendiri. kena jujur & ikhlas. bukan hanya memikirkan kepentingan sendiri. jangan tau nak lepaskan diri sendiri je. tengok sekeliling. bukan kita sorang je nak hidup dalam dunia ni. dunia ni besar. boleh ke kamu orang hidup sorang-sorang? ::


p/s : aku rindu semua BFF aku!

Monday, June 20, 2011

Lagu Pokok ..

Salam ..

:: tengah dok busy buat keje, sambil dengar lagu 'on-air' kat internet .. tetibe lagu ni keluar. 1st time dengar terus suka. so, aku pun meng'google' lirik lagu ni. lirik dia pun ada maksud tersirat. then lagu ni melodi dan lirik dia agak menarik. tajuk dia pun simple. POKOK. enjoice .. ~~ ::

Pokok – Meet Uncle Hussain ft Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam ..

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh ..

Chorus:
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada ..

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

(Ulang Chorus)

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam ..

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok ..

(meh klik sini untuk download)


p/s : lalala .. ~~~