:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, September 21, 2012

Maira, si comot!

Salam..

aksi-aksi anak kesayangan aku bila biskut di tangan. hiks. tetap comel. sayangnya dengan kamu ni!

comel kan? hiks.


p/s : i luv u so much sayang!

Weehuuu.. ~~

Salam..

okay, ini aku time lunch arini. aku nak tunjukkan betapa sejuknya opis aku di kala ini. memang dah tak tertahan. owh.. lupa nak tunjuk pakai setokin sekali.. Brrrr.. ~

korang rasa tak sejuknya? wuuuuu.. ~~
eh.. macam horror je picture ni.. misteriiii.. wuuuu.. ~~.
p/s : arghh.. sejukkkk!! nak balik..http://www.emocutez.com

Thursday, September 20, 2012

Testing via mobile.. jakun!

Salam..

hoho.. ni sesaje testing update via mobile. okay, aku tau dah lapuk.. tapi seyesly, aku jakun! kemain canggih bebenor teknologi sekarang ni. okay, aku jadi jakun lagi..

Baby oh baby..

Salam..

Dalam paper arini, ada tiga cerita pasal baby. rata-rata cerita sedih. ya Allah, sayu betul bila baca cerita-cerita baby ni. cepat benor tersentuhnya semenjak ada anak ni.
  http://www.emocutez.com
sedih.. kecik-kecik lagi telah di duga.. 
ni pun sedih jugak.. ya Allah, jauhkanlah dari anak aku..
ni pulak malas nak komen.. lately ni banyak pulak kes-kes cenggini. 
 p/s : ya Allah, Kau lindungilah keluarga aku.. amin..

Raya.. raya.. raya!

Salam..

Raya di mana-mana! eh, sempat lagi tak nak post story & picture raya? ala.. boleh la.. boleh la eh? enjoice la pictures kat bawah ni sempena hari raya yang lepas.

raya raya di Kuang!

 ni raya raya di rumah saudara-mara!

ni pulak raya raya di PTAR!

oh.. ni pun kira picture raya jugak. with my besties!


p/s : hihi.. i janji, lepas ni i selalu hapdet blog eh? (^__^)p

Tuesday, May 29, 2012

New background blog!

Salam..

Hihi.. huhu.. hehe.. rehat kejap sambil update background blog bersawang ni.. (^__^)
Okay ke?
Saje tukar angin.. hehe..

Wednesday, May 2, 2012

Sedih..

Salam..

mood aku hari ni sedih sebenarnya. anak kecik kesayangan aku tak sihat. selsema + batuk teruk. pertama kali dia tak sihat. kesian betul aku tengok dia. kalau semua sakit tu boleh transfer ke mama dia, memang aku buat. ya Allah, kasihanilah anak aku ya Allah..

disebabkan hari ini aku kerja malam, aku terpaksa datang jugak. kalau ikutkan hati, tak sanggup nak tinggalkan anak kecik aku tu. hati pun tak ada kat ofis ni. sedih sangat.

sayang, tunggu mama balik malam ni ye.. (T__T)

Gelagat..

Salam..

kamu orang pernah tak tengok orang tengah jalan depan kita, lepas tu dia senyum sorang-sorang? pelik tak? aku baru je tengok orang macam tu. kelakar pulak. tapi nasib baik gadis tu comel.

kamu orang pernah tak duduk dalam bilik, tapi orang luar tak nampak kita dalam bilik tu?
mesti la pernah kan? tapi dengan gaya tengah betulkan rambut sambil tengok ke arah cermin pintu bilik kita. rasa macam nak tampar je kan? aku baru je tengok tadi. betul-betul depan pintu bilik aku. kelakar jugak rasanya. rasa nak sergah pun ada jugak tapi takut dia ada heart-attack pulak. tergelak aku tengok gelagat dia. tapi dia tak secomel gadis yang aku cerita tadi.

tapi tu la, kadang-kadang benda-benda macam ni.. memang kita buat tanpa sedar. tak sengaja. kita mana nak tahu ada orang dok perati, ye dak? aku mengaku, aku juga ada buat benda-benda macam ni kadang-kadang. tapi hari ni aku berada di tempat yang memerhati. sebab tu aku komen.

hari ni aku kerja shif malam.. sampai pukul 10.00 malam. harap-harap dapat tengok gelagat orang kejap-kejap lagi. suke.

Lamanya..

Salam..

:: lama tak hapdet kan? sejak tukar department baru ni, agak busy sikit. maklum lah, banyak benda nak kena catch-up. but so far, aku okay. makin hari makin suka dan selesa dengan tugasan baru. alhamdulillah.. ::


Friday, April 6, 2012

Orang-orang..

Salam..

orang-orang sekeliling kita ni macam-macam perangai.
nampak macam sama tapi tak.
sebab itu orang dulu ada bilang,
"rambut sama hitam, hati lain-laim.."
susah nak buat orang sekeliling suka kita.
hmm.. memang tak boleh pun.
sebab diri sendiri pun belum tentu semua orang suka.

perlu ke jadi orang lain untuk buat orang suka kita?
ish.. tak payah.. "be yourself.." - tu kata hati.
kalau ikut kata akal, "kita kena hiprokrit, sebab nanti orang tak suka."
kadang-kadang kena hiprokrit sebab kepentingan individu..
hmm..

kadang-kadang takut nak berbuat baik dengan orang.
takut disalaherti.
tapi juga akan di cop sombong hidung tinggi.
penyudahnya.. ikut saja rentaknya.
selagi boleh ikut, diamkan saja.
tapi, nanti dikata tiada pendirian pulak.
haih ~~ pening.. pening..

p/s : dah lama tak tulis cenggini.. (^__^)