:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, September 28, 2012

Opismate!

Salam..

haaa.. ni namanya tak ada keje. time kami orang ber-chill sesama sendiri. hiks.

eh.. yang budak tecik tu bukan opismate kami ye.. haha!
p/s : sejuk macam duduk dalam peti ais..http://www.emocutez.com

Thursday, September 27, 2012

Anak sedara yang pandai posing!

Salam..

haha! my bro-in-law baru tagged picture doter dia @ anak sedara aku yang berumur 5 tahun. picture ape? picture niiiiiiiiiii.....

bergaya kan? boleh jadi model ni.. baru 5 tahun okayyy???

p/s : amboi.. amboi.. budak-budak sekarang nih..

Teman pengganti.. awesome!

Salam..

huh! lirik teman pengganti buat mata aku berair. lirik yang sangat awesome dan punya makna yang sangat mendalam. tabik toing toing dengan Malique. ditambah pula dengan vokal Black yang mantap dan boleh buat aku sebak. dan di darab pula dengan video-klip yang simple tapi unik dan penuh makna. good job guys!

nah, aku letak lirik bawah ni. hayati..



Teman Pengganti by Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

My doter having fever!

Salam..

owh. so sad when my luvly doter having fever. my emotion also distracted. today i'm working. night shift until 10 pm. demm! i wanna go home and hug her. hmmm..

poor my little doter..

p/s : waiting for me ye sayang.. 

Monday, September 24, 2012

Maira, si comot versi ke-2!

Salam..

Ni versi kedua anak kesayangan aku bila ada makanan di tangan. kali ni mamam fries pulak! dia boleh makan 3 batang fries. hihi. abis comot!
hihi. muka selamber gigit fries.

p/s : pantang nampak orang makan budak tecik nih! haha! http://www.emocutez.com

Friday, September 21, 2012

Maira, si comot!

Salam..

aksi-aksi anak kesayangan aku bila biskut di tangan. hiks. tetap comel. sayangnya dengan kamu ni!

comel kan? hiks.


p/s : i luv u so much sayang!

Weehuuu.. ~~

Salam..

okay, ini aku time lunch arini. aku nak tunjukkan betapa sejuknya opis aku di kala ini. memang dah tak tertahan. owh.. lupa nak tunjuk pakai setokin sekali.. Brrrr.. ~

korang rasa tak sejuknya? wuuuuu.. ~~
eh.. macam horror je picture ni.. misteriiii.. wuuuu.. ~~.
p/s : arghh.. sejukkkk!! nak balik..http://www.emocutez.com

Thursday, September 20, 2012

Testing via mobile.. jakun!

Salam..

hoho.. ni sesaje testing update via mobile. okay, aku tau dah lapuk.. tapi seyesly, aku jakun! kemain canggih bebenor teknologi sekarang ni. okay, aku jadi jakun lagi..

Baby oh baby..

Salam..

Dalam paper arini, ada tiga cerita pasal baby. rata-rata cerita sedih. ya Allah, sayu betul bila baca cerita-cerita baby ni. cepat benor tersentuhnya semenjak ada anak ni.
  http://www.emocutez.com
sedih.. kecik-kecik lagi telah di duga.. 
ni pun sedih jugak.. ya Allah, jauhkanlah dari anak aku..
ni pulak malas nak komen.. lately ni banyak pulak kes-kes cenggini. 
 p/s : ya Allah, Kau lindungilah keluarga aku.. amin..

Raya.. raya.. raya!

Salam..

Raya di mana-mana! eh, sempat lagi tak nak post story & picture raya? ala.. boleh la.. boleh la eh? enjoice la pictures kat bawah ni sempena hari raya yang lepas.

raya raya di Kuang!

 ni raya raya di rumah saudara-mara!

ni pulak raya raya di PTAR!

oh.. ni pun kira picture raya jugak. with my besties!


p/s : hihi.. i janji, lepas ni i selalu hapdet blog eh? (^__^)p