:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Tuesday, April 2, 2013

April 2013..

Salam..

helo April! Alhamdulillah.. masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membuat amalan dan memperbaiki diri. terima kasih.

hmm.. susah kita nak puaskan hati orang ni kan? mana lagi penting, diri sendiri atau orang sekeliling? kalau diri sendiri dikatakan pentingkan diri. serba salah kan? tapi kadang-kadang SELFISH tu penting untuk kita. defend diri kita. dari mengikut telunjuk orang lain. kita sedar kemampuan diri kita. tapi orang lain? memang tak lah!

adakah kita dianggap bodoh kalau mengikut cakap orang? adakah kita dianggap pandai kalau hanya tahu membangkang cakap orang? entah lah, kadang-kadang pelik dengan kehendak orang. jadi, sebab tu aku kata SELFISH tu penting tapi biar bertempat. jangan memkhinzir buta saja. kan?

apa-apa pun, kita kena ukur kemampuan kita sendiri. bukan apa, takut tak terkejar. takut tak terlarat. takut tak tergendong. akhirnya, memakan diri sendiri. siapa nak tolong? entah.

aku harap bulan April ini akan bagi sinar baru.
aku harap bulan April ini aku dikurniakan kesihatan yang terbaik.
aku harap bulan April ini akan buatkan aku jadi lebih kuat.
aku harap bulan April ini akan menjadikan aku lebih berfikiran positif.

terima kasih kerana mengurniakan aku seorang teman, sahabat, kawan, boyfriend dan suami yang terbaik untuk aku.

terima kasih sebab sudi dengar masalah.
terima kasih sebab beri nasihat yang terbaik.
terima kasih sebab sudi pujuk bila sedih.
terima kasih sebab gelak-ketawa sama-sama.
terima kasih sebab sabar melayan kerenah ntah apa-apa ni.
terima kasih..

p/s : entry kalau taip dalam situasi hujan-hujan cenggini, memang camni lah jawabnya. haha!

2 comments:

  1. amin..semoga segalanya lebih baik..mmg kita suka kan wat entry APRIL ni..hahhah..
    be strong zu..mmg org xkn mudah nk faham apa yg kita wat..tp yg pntg kita tahu apa yg kita wat..dan ianya mdpt redha ALLAH..
    *org x puas ati, pedulikan, kalau betul x puas ati, sila ckp dpn, blkg?kita ada telinga kat sebelah je, bukan kt belakng..hihihi

    stay strong dear fenz..syg sokmo:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..tq bbe.
      insyaallah, doakan aku kuat eh?
      sebab kadang-kadang tak larat nak layan kerenah org sekeliling.
      penat. letih. rimas. bosan. kan?

      Delete