:: Teman Maya ::

:: Jangan Klik Sangat ::

:: Cari Sini ::

Friday, October 29, 2010

Hanyut ..

Salam ..
Hanyut by Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi .. Dan terus begini
Dengarkan aku .. Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus :
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

(dengar kat sini ..)

p/s : mode hari ni ~ dengar lagu-lagu tacing ..

Phoenix by kakak Fynn ..

Salam ..

Phoenix - Fynn Jamal

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

(emc shaz)
aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!

(fynn jamal)
ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya

(emc shaz)
everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!

(fynn jamal)
ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati

mati.

p/s : dah dengar ulang kali .. memang terbaek .. lirik yang telus .. keep it up kakak ..!

Pramugari ..?

Salam ..

:: entry ini dibuat setelah menjenguk blog abg linglung mengenai zaman tadika. mmg sweet kalau diingatkan balik. (^_^). then, tiba-tiba aku teringat zaman aku sekolah rendah. tak berapa nak ingat darjah berapa tapi dalam lingkungan darjah 5 @ 6 macam tu. masa itu cekgu aku nak masukkan cita-cita dalam rekod murid-murid. *aku dah lupa nama cekgu tu. tapi dia sorang je panggil aku Haslinda*. jadi, beliau pun panggil la sorang demi sorang. turn aku lambat lagi sebab dia ikut alphabet. jadi, masa tu aku ada banyak masa berbual-bual dengan rakan-rakan dan bertanya mengenai cita-cita masing-masing. ketika itu fikiran berlegar-legar mencari cita-cita yang best.::

:: tak lama selepas itu, terdengar cekgu aku memanggil nama aku ..

"Haslinda, mari ke depan." tibalah giliran aku. aku berjalan ke hadapan kelas yang agak hingar bingar. maklumlah, dah abis exam jadi cekgu pun dah malas nak marah. jadi, aku terus duduk atas kerusi yang telah disediakan di tepi bucu meja guru. aku memandang cekgu itu sambil tersenyum. *kalau nak tau, aku ni anak kesayangan cekgu ni. sbb aku power BM masa itu. hikhik. riak kejap.* ok, kita sambung. cekgu aku membalas senyuman aku.

"okay, Haslinda. saya nak masukkan cita-cita dalam report card awak ni. jadi, saya nak tau tiga cita-cita awak. boleh?" aku kaget. alamak, aku hanya terfikir dua sahaja. satu lagi apa pulak?

tapi aku berlagak tenang. "okay cekgu, boleh je."

"pertama, saya nak jadi cekgu. macam cekgu." aku menjawab jujur. masa tu aku rasa jadi cekgu ni best. *aku bukan nak bodek cekgu aku okay?*

cekgu aku senyum mendengar jawapan aku. mungkin terharu barangkali. aku juga senyum sambil melihat dia menulis di dalam buku laporan aku. "okay, lagi?" cekgu bertanya kembali.

"kedua, saya nak jadi doktor. macam abang saya." aku jawab dengan pantas. tapi masa tu aku tak terer Sains tapi sebab aku rasa jadi doktor tu cool, aku belasah je. sekali lagi cekgu aku tu senyum. tapi senyum dia pelik sikit. seakan tak percaya aku boleh jadi doktor kelak. haish!

"okay, yang ketiga?" balas cekgu.

"hmm .. sebenarnya saya terfikir dua ni je cekgu. lagi satu saya tak tau nak jadi apa." jawab aku jujur dan perlahan. sempat jugak mata meliar kalau-kalau ada rakan-rakan yang memasang telinga. malu kalau rakan-rakan tau.

"ow .. macam tu pulak. hmm .. baiklah, awak minat buat apa?" tanya cekgu aku.

"entah la cekgu. saya memang nak jadi dua tu je. kalau dua je tak boleh ke cekgu?" aku tanya kembali sambil membuat senyuman yang paling manja di abad ini.

"tapi saya kena isi tiga. hmm .. macam ni la. saya rasa awak sesuai jadi pramugari. saya tulis dalam ni ye?" cekgu aku mengutarakan cadangannya.

"pramugari?" apa kebendanya tu? tak pernah dengar la pulak. tapi disebabkan tak nak malu depan cekgu kesayangan aku, aku mengangguk setuju dengan yakin. justeru, aku melihat beliau menulis di dalam buku laporan aku.

aku kembali ke tempat duduk dengan persoalan di kepala. "pramugari tu apa?" dan jawapan itu tidak terjawab sehinggalah aku tiba di rumah.

"mak, orang dah balik." aku jerit di muka pintu sambil tertunduk-tunduk membuka kasut sekolah yang telah bertukar warna dari putih melepak kepada warna teh ais itu. maklumlah, hari Jumaat.

"hah. awal kamu balik. pergi mandi lepas tu makan. nanti lambat nak pergi ngaji." mak membalas sambil mendukung seorang budak. *eh, tu bukan adik aku ye. mak aku memang jaga anak orang. aku kan anak bongsu.hehe.*

"mak, lin nak tanya sikit boleh?" tanya aku sambil mencubit pipi budak yang didukung mak.

"apa dia?" balas mak.

"tadi kat sekolah cekgu ada tanya cita-cita setiap orang. jadi, lin jawab nak jadi cekgu dan doktor. tapi cekgu suruh pilih tiga. jadi, cekgu suruh lin jadi pramugari. tapi mak, pramugari tu apa eh?" aku bercerita kepada mak.

"pramugari? kamu nak jadi pramugari ke?" mak tanya kembali. kehairanan.

"lin pun tak tau pramugari tu apa. tapi dah cekgu cakap macam tu, lin angguk je la." jawabku.

"pramugari tu orang yang kerja atas kapal terbang tu." mak terangkan.

"atas kapal terbang? ow .. kakak-kakak yang lawa-lawa yang selalu bawak beg beroda tu ke?" aku terbayang kakak-kakak tersebut yang sering aku lihat di kaca tv.

"hah. yang tu la. kenapa? kamu minat ke?"

"entah la mak. mak suka ke?" aku pulak tanya mak.

"rentikan la. banyak lagi kerja lain." mak seakan tak suka. *baca dalam intonasi slang perak ok?*

"mak macam tak suka je?" aku tanya.

"mak tak suka sebab nanti kamu kena pakai skirt. seksi. lepas tu nanti, kamu selalu tak ada sebab terbang sana sini." luah mak.

"tapi, nanti lin boleh jalan-jalan pergi negara orang. nanti lin bawak la mak sekali. kan best macam tu?" aku berangan.

"tak payah. pilih je kerja lain." mak terus bangun dan ke dapur.

aku termanggu sendirian. kenapa mak tak suka? pelik.

tapi bila dah meningkat dewasa ni, *dewasa ke?* baru la tau kenapa mak tak suka. sebab pekerjaan ni tak sesuai dengan aku. aku pernah tanya mak lagi bila dah dewasa ni. jawapan mak senang je, "boleh kalau kamu nak jadi pramugari tapi ada syarat. syaratnya, kalau ada pramugari bertudung, mak benarkan." dulu tak pulak mak cakap macam tu.

tapi walau apa pun jawapan mak sekarang, aku dah pun jadi seorang pustakawan. okay la kan? aku pun selesa macam ni sekarang. mungkin mak ada sebab tersendiri kenapa dia tak nak aku jadi pramugari. kadang-kadang aku tengok cerita 'awan dania', mesti aku tersengih-sengih. kalau tak, mesti aku dah berkawan dengan Scha al-Yahya kan? *okay, mari muntah beramai-ramai. haha.*

Wednesday, October 27, 2010

Jodoh ..

Salam ..

"jodoh tak datang bergolek .." ujar seorang teman dengan tenang. ya .. memang betul tu. aku setuju dan menganggukkan sedikit kepala. acapkali mendengar ayat itu. tak boleh disangkal kesahihan. jodoh. aku kira elemen yang penting dalam hidup seseorang. mungkin pada kamu orang tidak tapi aku sebaliknya. sebab jodoh akan meninggalkan kesan sekiranya jodoh itu bukan yang terbaik untuk kita. bagaimana kamu orang mengetahui bahawa itu benar-benar jodoh kamu? terdetik juga pertanyaan ini dahulu di benak hati. kalau mungkin ada satu kayu pengukur atau mekanisme untuk kita menentukannya. ada ke? kalau ada, memang mudah urusan kita. tak pening kepala, betul? ::

:: jadi .. kita kena cari jodoh kita sendiri? bagaimana? nak cari di mana? kalau kaum adam, mungkin senang tapi kaum hawa? mungkin ramai kaum hawa yang berfikiran moden, "tak semestinya kaum adam yang mencari, kaum hawa juga boleh". tapi, pada aku .. tetap kaum adam yang harus menggerakkan langkah dahulu. aku kolot? terpulang. ini hanya pendapat aku. ::

:: "jodoh ni kerja Tuhan .. Dia yang menentukan .. kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik." ayat yang sering kita dengar bukan? dalam drama berlambak. seakan dah boleh hafal. ya .. memang jodoh ni kerja Tuhan. Dia memang telah menyediakan yang terbaik untuk hamba-Nya. tapi masih perlu usaha. bukan hanya berpeluk tubuh .. mendongak dan menadah tangan berserah tanpa ada usaha. ::

:: aku tertarik dengan komen ini :

“Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan .. ?” jadi penulis blog ini menjawab dan ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan :

“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki .. bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan ..?"
Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi .. ikan di laut berenang ke pinggan dan tangan menyuap tanpa usaha?
tentulah TIDAK ..!

:: jadi .. usaha tetap usaha. kadang-kadang Dia berikan kita pilihan yang salah sebelum menemui pilihan yang tepat. tapi kenapa? mungkin Dia nak tengok betapa kita mampu atau tidak mengharungi dugaan ini. kadang-kadang dugaan seperti ini mengajar kita banyak perkara. buat kita matang dalam banyak aspek. matang dalam pemikiran dan tingkah laku. ::

:: jadi .. jodoh memang tidak akan bergolek. mesti ada usaha .. ditambah sikit dengan tawakal dan berserah kepada-Nya serta diselang selikan dengan dugaan supaya rencah kehidupan lebih menarik. insyaallah .. kita akan dapat yang terbaik .. amin .. ::

Hye ..!

Salam ..

::wahh .. its been long time i'm not updated my blog. sorry guys! very busy! *really? haha .. ask myself* the big event this month are settled! "MINI KONVESYEN KIK ZON TENGAH UiTM 2010". fuhh ~ relief!.. tired but fun .. that i can share here. owh .. by the way, in that convension, i met my induction's friend. *alamak, forget his name*. never mine, i found it later. haha .. then, today i met abg long @ abg sham. hehe .. congrates to abg long for his wedding in this coming November. Insyaallah .. i'll be there. (^_^) .. ::

Monday, October 25, 2010

Weekend ..

Salam ..

:: Weekend yang best dan meyakitkan hati .. ::

yang best :
  • celebrate besday my beloved ank sedara yang ke-3 tahun .. Zuhaira Aqila ..
  • tengok life performance kat Serdang @ Gravy Baby .. Rina S. & SoA are awesome ..!
  • makan besar yang ditaja oleh mr. em @ Bukit Raja.

yang meyakitkan hati :

  • tetibe ada orang ketuk umah aku. then, sound & perli budak2 umah aku. WTH??

:: aku pelik. kenapa orang nak sebok pasal hal orang lain? busybody? suka jaga tepi kain orang?takde keje? amik berat? whatever the reason but aku pantang kalau aku tak usik orang tapi orang tu usik aku. hello! i'm not a child. kalau dah power sangat, kenapa tak sound sendiri? kenapa nak bawak geng lain? choii..!! ::

:: Aku takkan marah tanpa sebab. aku bukan jenis orang yang cepat marah. tapi kalau sekali orang tu dh cross over the line, memang aku angin. bukan aku pendendam tapi tak suka orang pijak kepala. diam tak semestinya salah. lebih2 lagi benda tu kita tak buat. kami ni pun nak privacy jugak. dont treat us like a child okez? jangan sampai aku hilang rasa hormat pada mereka-mereka ni. jangan nampak kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri tunggang terbalik. kamu orang boleh bagi nasihat kepada anak-anak macam kami ni. aku lebih respect begitu. tak perlu nak ketuk umah orang macam pegawai pencegah maksiat. ::

p/s : sekali orang tu benci aku .. aku sepuluh kali benci kat orang tu ..!

Thursday, October 21, 2010

Selamat ..

Salam ..

:: entry ni pendek je. juz nak say Selamat Pengantin Baru to my opismate Cheiq-T yang baru je melangsungkan perkahwinannya pada 101010. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. aminn .. (^_^) ::


p/s : picture dicuri dari sini .. hehe .. (-_-")

Movie baru ..

Salam ..

:: 21102010 :: ayakk! aku keje malam ari ni. choii..! ni aku baru masuk opis. so, today aku balik pukul 11 malam. ada sape-sape nak temankan aku tak? raise your hand please? *ok fine. aku tau takde sape angkat tangan. tunduk sedih.* but it's okay. aku dah biasa. *senyum balik.* ::

:: then, masa aku lunch tadi (aku lupa la nama kedai tu ape. sedap jugak lauk-pauk dia) .. aku tertengok la satu movie trailer kat channel astro max tu. (kat umah aku takde channel ni. tu yang macam teruja nak tengok tadi). ada movie baru kuar hari ni. tajuk dia "Life As We Know It". Genre movie ni comedy drama. then, pelakon-pelakon dia adalah Katherine Heigl dan Josh Duhamel. i like Josh Duhamel ..! ensem ..! minat dia jugak dalam movie "When in Rome". hiks. (^_^) ::

:: Ni aku kopipes sipnosis movie ni :

Holly Berenson (Katherine Heigl) is an up-and-coming caterer and Eric Messer (Josh Duhamel) is a promising network sports director. After a disastrous first date, the only thing they have in common is their dislike for each other and their love for their goddaughter, Sophie. But when they suddenly become all Sophie has in the world, Holly and Messer are forced to put their differences aside. Juggling career ambitions and competing social calendars, they’ll have to find some common ground while living under one roof.

:: macam sweet kan movie ni? ni antara picture yang aku rasa sweet mereka-mereka ni .. ::


p/s : suka tengok movie sweet-sweet cmni .. (^_^)

Wednesday, October 20, 2010

Bab 6 : Cerpen Sara & Zafran

**************************
Tok tok ..! Kedengaran pintu diketuk.

"Masuk". Suara di dalam menjawab pendek. Terus Zafran mengangkat kepala ke arah pintu. Apabila wajah Sara terpampang di muka pintu, tiba-tiba hatinya berdebar. Wahai hati, jangan la sampai macam ni. Boleh kena heart-attack aku macam ni.

"Aaa .. ye Sara?" kedengaran sedikit gugup.

"Hmm .. you tak lunch ke? Jom la. Lea tak dapat ikut. Ada hal sikit katanya."balas Sara.

"Ow .. dah lunch ke? Banyak sangat kerja sampai lupa. Patut la perut I ada bunyi lagu rock. Give me 5 minute okay?" laju tangannya mengemas meja. Ni mesti plan Lea ni. Dia senyum.

"Baik. I tunggu you kt luar." Pandai juga bergurau cleaner ni. Sara tersenyum sendiri.

**************************

"You selalu makan kat sini ke?" Sara bersuara selepas mereka diam beberapa ketika. Masing-masing kelu untuk memulakan bicara.

"Tak la selalu tapi I suka makan kat sini sebab tak ramai orang dan cepat. Malas nak berebut-rebut."jelas Zafran. Sara mengangguk faham. Manis betul gadis di depannya ini.

"You memang suka pakai baju kurung cotton ke?" lama dia menyimpan pertanyaan itu untuk diajukan kepada tuan empunya badan. Hari ni baru berkesempatan.

"Yup. I memang suka kain cotton. Tak panas and sweet je corak dia. Kalau nak tau, 80% baju kurung dalam almari I semua kain cotton." terang Sara sambil tersenyum menampak giginya.

Aduh .. jangan la senyum depan aku macam ni. Tak tidur malam aku malam ni. Cantik betul ciptaan Tuhan ini. Zafran bersyukur.

"I nak tanya you tapi jangan marah okay?" tanya Sara. Zafran mengangguk setuju.

"Hmm .. susah betul nak tengok you senyum kat ofis. Kenapa ye? I tengok kalau you senyum pun dengan Lea je."berhati-hati Sara menyusun ayat. Takut menyinggung perasaan Zafran.

"Haha .. tu je ke pertanyaannya? I ingat apa la tadi. Tak mencabar langsung."gelak Zafran.

Boleh ketawa rupanya cleaner ni. Ingatkan saraf gelak dia dah terputus. Tapi handsome jugak dia ni kalau gelak. Haip! Sara .. jangan gatal! Hati Sara bermonolog.

"I bukan tak nak senyum. Sebab kalau hari-hari I senyum, takut semua tergoda dan cair tengok I nanti." jelas Zafran sambil tersenyum ke arah Sara.

Alamak! Betul la. Memang handsome! Haip! Sara .. wake up! Sara tergelak kecil untuk menutup sedikit getar di hati perempuannya itu.

"Eleh, perasan betul you ni." Sara tunduk malu. Caiss! Jangan la dia perasan aku tengok dia tadi.

Zafran gelak besar. Comel betul bila dia malu. Merah pipinya.

"Ok, let's go. Nanti lama-lama you jatuh cinta dengan I pulak." ujar Zafran selamba sambil bangun menuju ke kaunter. Ayat itu ditujukan kepada dirinya sendiri sebenarnya.

"Hah? Jatuh cinta? Please..!" balas Sara. Dia cepat-cepat mengekori Zafran dari belakang ke kaunter.

"Eh .. tak apa la. I belanja." Zafran menyeluk poket seluarnya.

"I tak nak terhutang budi. Biar la I yang bayar." Sara tak puas hati. Dia memang telah diajar untuk tidak termakan budi sesiapa.

"I kan boss. I la bayar." tangan masih mencari-cari dompet Polo berwarna hitam yang sering dibawanya. Mana pulak ni?

Melihat Zafran terkial-kial, terus Sara ke hadapan kaunter sambil mengeluarkan sejumlah wang. Wanita di kaunter itu terus menekan mesin dengan memasukkan jumlah wang yang diterimanya.

"Tak apa la. Maybe this time I belanja you. Next time you belanja I okay?" balas Sara sambil tersenyum. Sengaja dia berkata begitu untuk menyenangkan hati Zafran. Sara tau, lelaki akan rasa tak gentleman kalau wanita yang bayar. Lebih-lebih lagi orang yang berduit macam Zafran.

"Tak pernah dalam sejarah hidup I girl belanja. You are the one. Sorry susahkan you. I rasa tertinggal kat ofis." jelas Zafran. Malunya aku. 1st date keluar tak bawa dompet. Caiss! Mana aku letak tadi ni?

"So, i'm the first one who break the record? Wow .. i'm the lucky one." Sara bergurau.

"Lebih kurang la." balas Zafran sambil tergelak kecil. Yes, you are the lucky one who make my life happy again. Kata-kata yang hanya berlegar-legar di kepalanya.

Mereka menuju ke arah kereta sambil bergelak ketawa dan mereka tidak sedari ada sepasang mata mamandang mereka dengan penuh iri hati.

******************************

FAMILY ..

Salam ..

:: Baca slowly dan penuh penghayatan. ::

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan."

Katanya "Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara."

Kami amat bersopan dan saling menghormati .. kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya .. bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.

Lewat petang, ketika memasak makan malam .. anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh .. jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh."

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku .. aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik .. terdengar suara halus datang membisik.

"Bila bersama orang tak dikenali .. begitu bersopan dan merendah diri .. tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".

"Cubalah kamu pergi lihat di lantai dapur .. kamu akan temui bunga-bungaan berterabur".

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu .. dia memetiknya sendiri .. kuning .. biru dan ungu".

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu .. kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

Pada ketika ini, aku merasa amat kecil sekali .. airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap aku ke biliknya dan melutut di katil. "Bangunlah anakku .. bangunlah si kecil".

"Adakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak".

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu .. ibu tentu suka terutama yang ungu".

"Maafkan ibu atas sikap ibu hari ini .. ibu tak harus menjerkah kamu .. sebegini".

Katanya,"Oh ibu, itu tak mengapa .. Saya tetap sayang ibu melebihi segala".

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu .. dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu".


Tahukah kamu makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Spoil : sambungan ..

Salam ..

:: Usah dituruti reaksi emosi .. lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi .. ::

p/s : hanya sebaris ayat diberi .. thanks .. kerana masih ada yang sudi menasihati .. sigh ~

Spoil ..

Salam ..

:: mode pagi ni ~ before thumb print tadi aku happy je. then masuk opis, on pc. then i read something that spoil my mood this morning. damn! i hate this. it have been long time to make me happy like this. this things is not related to me but i dont know. i feel hurt. hmm .. ::

p/s : i know how it feel. hurt. dissappointed. sad. angry. is that your feeling rite know? gosh! be strong & i know you are strong enough to face it. gambate ..! ::

Monday, October 18, 2010

Bab 5 : Cerpen Sara & Zafran

**************************

"Sara, cleaner panggil you." Lea bersuara sambil mengenyitkan mata.

"Hey, slow la sikit volume tu. Nanti dalam tu dengar. Mampus I nanti. Kenapa dia tak call I terus? Bukan I tak ada telefon." getus Sara.

"Haa .. tau pun takut. Entah la, dia segan dengan you kot." usik Lea sambil gelak besar.

"Segan apa kejadahnya." balas Sara sambil membawa kertas kerja yang bakal dibincangkan dengan Zafran.

Sara sempat menjelirkan lidah ke arah Lea sambil berlalu ke bilik Zafran. Geram dengan telatah Lea yang selamba itu. Hanya dia dan Lea sahaja yang tahu panggilan keramat itu. Itu perjanjian mereka.

"Masuk." kedengaran suara garau dari dalam bilik itu selepas Sara mengetuk beberapa kali.

Sara menguak pintu coklat itu. Ya Allah .. berseleraknya bilik dia ni. Getus hati Sara.

Seraya melihat gadis idaman di depan mata, terus hati Zafran berdebar-debar. Cantik dia hari ni. Hanya dengan mengenakan baju kurung cotton berbunga merah sudah cukup nampak ayu dan lembut. Agaknya, dia ni memang suka baju kurung cotton.

Sara pelik dipandang begitu. Dah kenapa pulak cleaner ni pandang aku semacam? Baju aku koyak ke? Sara juga memandang dirinya sendiri.

"Hah .. apa yang you tengok pelik sangat tu?" tegur Zafran.

"Err .. I ke you yang pandang pelik? I rasa dialog tu sesuai untuk I."balas Sara.

"Suka hati I la nak pandang apa pun. Mata I kan?" Zafran menutup malu. Ego tinggi ni memang macam tu.

Sara mengerut dahi. Datang bulan ke dia ni? Nak marah je kerjanya. Patut aku yang marah dia. Ni terbalik pulak.

"Sudah. Malas I nak gaduh dengan you. Ni kenapa ni nak jumpa I?" Zafran membalas.

"Eh .. tadi Lea cakap you panggil." Sara makin pelik.

"Ow .. ye ke? Ada ke?" Zafran menggaru-garu kepalanya.

Sara bertambah pelik. Lea salah panggil ke?

"Hmm .. kalau tak ada, I keluar dulu. If anything, call me. Tak elok la kalau you asyik kacau Lea. Kesian dia kena panggil I pulak." Sara menyambung sambil menutup pintu bilik Zafran.

Zafran termenung dan berfikir. Aku ada panggil dia ke? Terus tangannya mendail nombor sambungan Lea.

***************************

"Apa la boss ni. Kan boss cakap kat saya yang boss suka kat Sara. Ni saya tengah adjust la ni. Tu la first stepnya. Spoil la boss ni." terang Lea perlahan. Takut didengari oleh orang lain. Itu adalah rahsia bossnya dan dia kena jaga itu.

"Hish .. awak pun bagi la hint awal-awal. Mana la saya nak tau. Lagipun masa awak panggil dia tu wrong timing la. Saya tengah buat kerja urgent ni." Zafran mengeluh.

"Mana la saya tau boss ada urgent matters." balas Lea. Kemudian, dia sambung, "Tak apa boss, saya akan lancarkan plan seterusnya."

"Okay tapi yang paling penting jangan sampai orang lain tau. Even my father, deal?" pesan Zafran. Dia tau, Lea satu-satunya orang yang boleh dipercayai.

"Yes boss! Deal!" balas Lea tersenyum sambil ligat berfikir rancangan terbaru untuk bossnya itu.

Lea teringat bagaimana bosnya mula-mula jatuh hati dengan Sara iaitu selepas pertama kali bermesyuarat tempoh hari. Tergelak Lea setelah mendengar luahan hati Zafran yang pada ketika itu merah padam mukanya bercerita. Tapi Lea berjanji akan menolong bossnya untuk memikat hati Sara.

Lea tiba-tiba terfikir satu plan. Dan terus mendail nombor sambungan Sara.


***************************

Sara meletakkan ganggang telefon disebelahnya. Pelik. Tak pernah-pernah si Lea ni ajak lunch. Hari ni buang tabiat ke? Hish .. Sara, kau ni tak baik buruk sangka tau. Lalu, Sara kembali menyambung kerjanya.

****************************

"Sara .. I minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat lunch sama-sama. I ada hal urgent la dengan tunang I. But, I dah janji jugak dengan Mr. Zafran nak lunch sekali. So, you temankan dia lunch boleh tak?" pinta Lea dengan wajah seposen.

"Ala Lea .. you ni selalu macam ni tau. You yang tadi beria-ia ajak I. Takkan la I nak keluar berdua je dengan cleaner tu? Tak pasal awek dia tau and serang I nanti. Tak mahu la." jelas Sara.

"Cleaner tu tak ada awek. You jangan la risau. I dah janji tadi, takut dia tunggu nanti. Please dear." pujuk Lea.

"But Lea .."

"Please Sara .." Lea memotong kata-kata Sara.

Akhirnya Sara angguk dan akur. Terpaksa. Sara berlalu ke tempatnya untuk mengambil bagnya.

Lea tersenyum kegembiraan. Plan dia kali ini mengena. Sekarang hanya terletak pada kepakaran bossnya. Ligat tangannya mendail nombor 1-300-888-333. Terbayang Domino's Pizza di ruang mata. Nampaknya terpaksa la dia lunch sendirian semata-mata untuk memberi peluang kepada mereka berdua. Tapi lunchnya juga ditaja oleh bosnya. Lea tersenyum.

*****************************

Allah sentiasa bersama kamu ..

Salam ..

Alihkan matamu ke laut .. airnya cantik membiru dan penuh ketenangan .. tapi hanya Allah saja tahu rahsia di dalamnya ..

Begitulah dengan kehidupan manusia .. riang ketawa .. tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya ..

Jika rasa kecewa .. pandanglah sungai .. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang ..

Jika rasa sedih .. pandanglah ke langit .. maka kamu akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu ..


p/s : terima kaseh kerana tak jemu-jemu layan aku .. (^_^)

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita ..

Salam ..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu.

Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwwah".

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "kalung kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

p/s : aku kopipes dari sini ..

p/s lagi : setiap wanita itu cantik .. cantik seseorang itu bergantung kepada dalaman seseorang itu .. bukan hanya luaran sahaja ..

Senyap ..

Salam ..

Aku : Assalamualaikum.
Dia : Waalaikumussalam.
Aku : Kamu sehat?
Dia : Sehat, alhamdulillah. Kamu?
Aku : Sehat jugak.

Senyap.

Aku : Pelik.
Dia : Apa yang pelik?
Aku : Entah. Macam takde benda nak cakap. Selalu tak macam ni.
Dia : Hmm .. mungkin memang dah takde benda nak cakap.
Aku : Mungkin.

Senyap lagi.

Dia : Kenapa diam?
Aku : Kamu diam .. so, diam je la.

Senyap terus.

p/s : hmmm .. risau .. sigh ~

Friday, October 15, 2010

Bahagia ..

Salam ..

:: Aku terbangun dari tidur. Peluh membasahi dahi. Aku mengelap pantas. Mimpi buruk berulang lagi. Kenapa agaknya? Adakah ingin menunjukkan sesuatu? Tapi apa dia? Aku termenung. Seakan takut untuk menyambung tidurku. Takut ia akan berulang lagi. Tapi mata seakan berat minta ditutup. Aku kembali baring dan memeluk bantal erat-erat. Membaca doa-doa yang terlintas di fikiran. Kurang sedikit resah di hati. Ya Allah, kenapa begini? Kenapa ia berulang? Patutkah aku memberitahunya? Tapi buat apa? Tak penting aku rasa. Biarlah aku seorang menyimpannya. Lagipun, sekarang ini dia tidak mahu diganggu. Mahu bersendirian katanya. Tidak mengapa, aku bagi dia ruang untuk dirinya. Aku tak mahu menyesakkan fikirannya dengan perkara remeh-temeh begini. Banyak lagi benda yang mahu dia fikirkan. Ada perkara yang lebih penting perlu dia fokus. Aku hanya berdoa supaya dia selalu gembira dan berjaya dengan apa yang dia lakukan. Walaupun hati kuat untuk bertanya dan bercerita itu dan ini tapi seakan tersekat, seperti ada halangan. Tapi halangan itu sangat perlu supaya aku tidak tersasar jauh. ::

:: Aku bahagiakah? Hmm .. aku biasa sahaja .. ::

Refresh hati ..

Salam ..

:: aku tak pandai nak berkata-kata. apatah lagi bersajak. tak kreatif mungkin tapi aku suka membacanya. kerana setiap ayat diluahkan, pengertian yang amat mendalam. kadang-kadang dengan hanya bait-bait indah, sudah mampu membuatkan seseorang itu berfikir .. ::

Oleh: mia effa
Editor: salma ahsanan

Bila kita memulakan sesuatu ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah ..

Bila kita berniat ..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki ..

Bila kita berusaha ..
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa ..
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa ..

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa ..
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala ..

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal ..
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma ..

Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah ..
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah ..
Membenci diri memusuhi nadi ..

Sedangkan ..
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira ..
Allah takkan lupa pada langkah kita ..

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati ..

Kerana itu ..
Pada masalah harus bersabar dan redha.
Pada ujian harus tabah dan teguh.
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal.
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal ..

Sama tetapi tidak serupa ..
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana ..

Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha ..

Di sana ..
Akhirat yang pasti ..
Syurga yang terindah,
Atau ..
Neraka yang menyala ..!

*kopipes dari sini .. *

Thursday, October 14, 2010

Bab 4 : Cerpen Sara & Zafran

**************************

"Sara, mari sini kejap. Tetamu kita dah sampai ni." laung mama.

"Ok mama." balas Sara.

Sara membetulkan bajunya agak basah terkena air. Ala .. selamba je la. Takkan nak tukar baju pulak. Sara terus keluar ke ruang tamu.

"Ina, ni la Sara. Anak perempuan tunggal kami. Ingat lagi tak?" mama perkenalkan temannya yang hampir sebaya usia dengannya. Sara terus salam dan tunduk mencium tangan teman mamanya tanda hormat.

"Mesti la Ina ingat. Dulu kan Ina selalu dukung si Sara ni. Cantik dah sekarang anak kamu ni." puji teman mamanya.

"Tengoklah mama dia siapa." Sara menyelit dan diikuti oleh hilai tawa mereka bertiga.

"Sudah-sudah la tu. Ni bawa tetamu kita ke ruang makan. Dah lapar agaknya mereka ni." celah papa sambil memeluk bahu temannya.

"Eh .. dato'!" Sara terkejut.

"Kamu Sara? La .. ni anak kamu ke Mad? Kecil betul dunia ni." Dato' Zakaria ketawa.

"Kamu berdua kenal ke?" tanya papa.

"Mana la tak kenal papa. Ni la big boss Sara." terang Sara sambil teringat insiden pagi tadi.

"Mad, anak kamu ni perangainya tak ubah macam kamu dulu. Kelam kabut." usik dato'.

"Haha .. ye ke?" papa hanya gelak besar. Muka Sara kemerahan menahan malu.

"Sara ni memang macam tu Zack. Dari kecil kalau ada yang tak kena, kelam kabut dia mengalahkan orang tua." tambah mamanya.

"Ala .. sudah-sudah la tu. Ni asyik Sara je yang kena. Tak aci la macam ni." Sara memuncungkan mulutnya.

"Hah .. yang tu Ina tau dia ikut siapa. Aduh!" Datin Marina menggosok-gosok lengannya kerana di cubit oleh mama. Dan serentak semua ketawa memenuhi ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

************************

"Nanti senang-senang jangan lupa singgah rumah kami pulak ye?" pesan Datin Marina sebelum hilang ke dalam perut kereta BMW 3 series itu.

"Insyaallah." mereka bertiga balas serentak sambil melambai-lambai ke arah mereka sehingga hilang dari pandangan.

"Papa, tak sangka uncle Zack tu humble orangnya. Baik betul. Selalunya kalau nama pun dah dato', mesti 'act' semacam." ujar Sara.

"Uncle Zack memang macam tu. Dari dulu lagi dia tak pernah nak bangga diri dengan apa yang dia kecapi sekarang ni. Dia banyak tolong papa dulu. Jadi, papa nak Sara timba seberapa banyak pengalaman dari dia, okay?" nasihat papa.

"Okay papa. Sara akan cuba." balas Sara sambil tersenyum.

"Good. Macam ni la anak papa." sambil menggosok-gosok kepala anak perempuannya itu. Kasih sayangnya kepada anak itu amat mendalam walaupun dia jarang menunjukkannya.

"Macam tengok cerita samarinda pulak." gurau mama memecahkan kesunyian. Mereka bertiga gelak bahagia.

Sara akan buktikan kepada papanya yang dia boleh berdikari. Sara tekad.

********************************

Empat punca hidup manusia tidak tenteram ..

Salam ..

:: aku tertarik dengan entry di bawah ni. aku kopipes dari sini. ia membuatkan aku berfikir. betul apa yang dikatakan. aku juga begitu. memilih dengan hanya memandang dari luaran sahaja. tanpa kita sedari, di dalam itu juga penting. ::

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

p/s : *muhasabah diri ..*

Gathering lagi ..

Salam ..

:: lunch @ masjid. hehe. pelik? bukan dalam masjid shah alam .. kat tepi dia je. mamam kat situ boleh tahan jugak. nasib baek tadi tak ramai sgt orangnya. kalau tak, bekpes mesti penuh. tadi gathering kecik-kecik dgn fara fara, tok ketua, ijad & hizwan. as usual, mesti saket perut gelak. tak abis2 nak mengenakan orang. happy sket jumpa dgn mereka-mereka ni. dah lama tak bergelak ketawa macam ni. adoiyai. ::

p/s : "wei, aku dah kurus kan?" pertanyaan fara fara kat semua orang hari ni. tak abis-abis. hiks.

Conversation : Chinese doc & his patient ..

Salam ..

:: got this email from my friend. juz for fun. dont do this at home okez? haiya! ::

Q: Doctor, I've heard that cardiovascular exercise can prolong life. Is this true?
A: Your heart only good for so many beats, and that it...don't waste on exercise. Everything wear out eventually. Speeding up heart not make you live longer; it like saying you extend life of car by driving faster. Want to live longer? Take nap.

Q: Should I cut down on meat and eat more fruits and vegetables?
A: You must grasp logistical efficiency. What does cow eat? Hay and corn. And what are these? Vegetables. So steak is nothing more than efficient mechanism of delivering vegetables to your system. Need grain? Eat chicken. Beef also good source of field grass (green leafy vegetable). And pork chop can give you 100% of recommended daily allowance of vegetable product.

Q: Should I reduce my alcohol intake?
A: No, not at all. Wine made from fruit. Brandy is distilled wine, that mean they take water out of fruity bit so you get even more of goodness that way. Beer also made of grain. Bottom up!

Q: How can I calculate my body/fat ratio?
A: Well, if you have body and you have fat, your ratio one to one. If you have two bodies, your ratio two to one, etc.

Q: What are some of the advantages of participating in a regular exercise program?
A: Can't think of single one, sorry. My philosophy is: No pain...good!

Q: Aren't fried foods bad for you?
A: YOU NOT LISTENING! Food are fried these day in vegetable oil. In fact, they permeated by it. How could getting more vegetable be bad for you?!?

Q: Will sit-ups help prevent me from getting a little soft around the middle?
A: Definitely not! When you exercise muscle, it get bigger. You should only be doing sit-up if you want bigger stomach.

Q: Is chocolate bad for me?
A: Are you crazy?!? HEL-LO-O!! Cocoa bean! Another vegetable! It best feel-good food around!

Q: Is swimming good for your figure?
A: If swimming good for your figure, explain whale to me..

Q: Is getting in shape important for my lifestyle?
A: Hey! 'Round' a shape!

Well, I hope this has cleared up any misconceptions you may have had about food and diets.

p/s : psycho la this doc .. hish!

Takde tajuk ..

Salam ..

:: yeay! ari ni aku dah masuk opis balik setelah berpenat semalam di iLQaM. everything going smoothly and i'm satisfy. thanks all my team work for the good job. well done guys! *tepuk2 bahu sendiri*. yesterday rasa macam saket tulang belakang. sebab berdiri je kerjanya. but it's okay. dah lepas dah pun. (^_^) hari ni ada event lain tapi aku tak involve. fuhh ~ =) *kelegaan*. ::

:: then, semalam aku menemankan teman baek aku, fara fara kat Blue Wave Hotel. PTAR ada event this week. so, ramai staf cawangan turun sini. merasa la aku menjejakkan kaki kat situ. quite nice la jugak hotelnya. so, semalam bergosip2 dengan fara fara macam-macam benda. dari hal-hal kerja sampai la ke hal-hal yang dah merepak meraban. aku sampai tak sedar bila aku tertidur. haha. lama tak jumpa fara fara. so, macam ni la jadinya. macam-macam cerita kuar diselang seli dengan gelak ketawa yang agak melampau dan penuh dengan keterujaan. *sowie ye orang bilik sebelah kalau kami ni buat bising semalam*. hoho. maybe malam ni pun aku temankan dia lagi. cian pulak dia sorang2 kat situ. ::


p/s : shira cayunk .. besh kalau kamu jugak ada. boleh bergosip .. =D

p/s lagi : okez .. nanti aku update lg .. nak kemas kertas2 yang berselerak atas meja ni jap .. baru sehari tak masuk opis dah jadi macam ni .. sigh ~

Tuesday, October 12, 2010

Bab 3 : Cerpen Sara & Zafran ..

*************************

"Assalamualaikum. Sara dah balik." kedengaran layu.

"Waalaikumussalam. Anak mama dah balik ye. Layu je. How's your day?" balas mama.

"Penat. Kelam kabut. Malu." ringkas jawapan Sara.

"Hmm .. penat dan kelam kabut tu normal la. Tapi malu? Sebab?" mama kehairanan.

Sambil menarik nafas, Sara menceritakan kejadian di pejabat pagi tadi. Setelah habis Sara mengomel, mama terus ketawa mendengar cerita Sara.

"Mama ni. Sara cerita bukan nak suruh mama gelakkan Sara. Mama ni!" getus Sara sambil memanjat tangga dengan perasan geram.

"Ala anak mama sorang ni. Mama gelak pun salah. Dah memang kelakar, salah ke mama gelak? Sara tu, lain kali hati-hati dan jangan suka judge orang yang kita tak kenal lagi." nasihat mama sambil melihat Sara hilang di tingkat.

Sara menguak pintu kamarnya dan menghempaskan badan ke atas tilam empuknya sambil tangan kanannya menarik bantal busuknya dan dirangkul erat. Tenang dia rasa. Sara masih teringat insiden pagi tadi. Macam mana aku nak berdepan dengan dia esok? Kalau tiba-tiba dia marah dan terus fired aku macam mana? Mesti aku orang pertama yang paling singkat kerja kat company tu. Keluh Sara bimbang. Sara, lain kali mulut tu jaga sikit. Sara memberi amaran pada diri sendiri.

"Sara, jangan berangan lama sangat kat bilik tu. Lepas mandi, turun bawah tolong mama masak okay? Malam ni kita ada tetamu." laung mama.

Sara menutup telinga dengan bantal busuknya buat-buat tak dengar.

"Sara, jangan ingat mama tak tau. Kalau tak nak bantal busuk tu hilang malam ni, baik Sara bangun sekarang." mama menyambung.

Sara hanya ketawa mendengar amaran mamanya itu. Kerana itulah Sara amat menyayangi mamanya kerana terlalu memahami dirinya. Perlahan Sara beralih ke bilik air untuk mandi sebelum mamanya mengamuk.

******************************


"Amboi, sedapnya bau. Lapar pulak Sara." usik Sara sambil menggosok perutnya.

"Elok betul anak dara ni. Mama dah pesan turun tolong mama tapi saja je dia turun lambat-lambat. Nak 'ngelat' la tu." perli mama.

"Eh .. tak baik tau ma cakap macam tu. Tadi dah nak turun tapi Fara called. Tu yang lambat turun. Bergayut kejap dengan dia." balas Sara sambil mengenyitkan mata ke arah mamanya. Fara merupakan teman Sara yang paling akrab sejak di bangku sekolah lagi.

"Hmm .. patut la pun. Dah jumpa kawan bergosip, biasa la tu." mama ketawa kecil.

"Ok .. ok .. sekarang ni mama nak Sara tolong apa? Anyway, siapa tetamu mama ni? Sara kenal tak?" tanya Sara.

"Sara tak kenal. Kawan mama dengan papa masa study dulu. Lama dah kami tak jumpa. Baru-baru ni mama terjumpa kat Facebook." ujar mama.

"Hah? Mama ada Facebook? Kenapa Sara tak tau?"

"Sara tak tanya. Sara ingat orang tua tak tau bersosial ke?" perli mama sambil mengenyitkan mata. Sara ketawa mendengar jawapan mamanya.

"Ala .. Sara tau la mama expert in IT." gurau Sara. Mamanya lulusan universiti dalam bidang IT. Jadi, setakat laman web sosial ni hanya picisan bagi mama.

"Dah .. dah .. lekas tolong mama. Kejap lagi mesti mereka sampai."

"Papa mana mama? Tak nampak pun dari tadi."

"Papa tunggu mereka dekat simpang depan tu. Takut sesat pulak nak masuk kawasan rumah kita ni." sambung mama sambil tangannya lincah memotong sayur.

Sara hanya mengangguk kepala dan terus menolong mamanya menyediakan juadah makan malam sambil menyanyi kecil.

"Haip! Anak dara mana boleh menyanyi kat dapur." mama bersuara.

"Ala mama .. tu orang-orang dulu cakap. Sekarang ni dah tak valid dah." gurau Sara.

"Kalau tak ada orang-orang dulu, tak ada la orang-orang sekarang ni. Ada sebab kenapa orang-orang dulu cakap macam tu." jelas mama.

Sara tersenyum. Dia hendak membalas hujah-hujah mamanya tapi tak jadi kerana terdengar suara orang memberi salam di depan pintu rumah.

"Sara siapkan ni dulu. Mama nak ke depan. Dah sampai la tu." mama terus hilang di balik dinding dapur. Sara kembali menyambung kerjanya.


*******************************

Take a Break ..!

Salam ..

:: ah .. what a busy today. just take a break for update my blog. final preparation for "Bengkel Amalan Terbaik PTAR 2010" at iLQAM, PTAR 2 tomorrow. hope everything going smoothly. all the plaque, presents and goodie bags already transfered to iLQAM this morning. thanks to all guys that help to get all those things into the lorry. hehe. after lunch i will be there to set-up the those things to make sure all the preparation well-prepared. very tired this week. full of events. this friday i also have farewell ceremony for my beloved chief librarian, Tuan Hj. Haron Wee Ah Boo. i'm gonna miss him. very supportive, sporting, humble, funny and very understanding person. hope he will success in the future and dont forget PTARians okez? (^_^) .. ::


p/s : hopefully everything would be okay for tomorrow. i'll updated about that event later, okay?

Monday, October 11, 2010

Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting ..!

Salam ..

:: juz for ur information guys :

If you’d like to join us at the meeting, kindly drop us an email with your name and blog URL at glitteratiplusmy@nuffnang.com so that we get an idea of the numbers we’re going to see there. See you at the Glitterati Plus open meeting, Nuffnangers! :D


p/s : so, u guys attend or not? sound interesting rite? so, grab the opportunity to gather with all the Nuffnangers out there ..!

My BFF weds and penat ..

Salam ..

MySpace

:: sigh ~ mengeluh penat. selalu orang cakap today is Monday blues tapi tak blues pun. pagi-pagi dah banyak keje. ni semua sebab event this Wednesday untuk Bengkel Amalan Terbaik PTAR 2010. pening jugak jadi AJK Hadiah & Cenderahati ni. now dah setel hampir 90%. so i'm really relief. *boleh tarik nafas sikit dah.* but sekarang ni still waiting the supplier for the manicure & t-shirt. so, when do the checklist, everything is under control. ok guys, i have to go to settle few things. ::

:: ah .. before that, congrates to my best friend, norzuhaili (elly) and her hubby, azlan for their wedding yesterday at Puncak Alam. 101010. nice date huh? very 'pink'ful and sweet. your pelamin very gorgeous and sweet .. i like it! (^_^) and meet my old school mate there. miss them so much. so, i wish all the best in life and marriage .. always happy .. makes me 'aunty' quickly .. and luv u dear..! pictures? later okay? ::

:: ow .. today lunch with 'geng induksi', tok ketua and ijad at station kopitiam at sec. 7. others busy. *ye ke busy?* but, never mind. just two of them can make me laugh already. topic that we discuss : AKNC. kawen. rokok. dot dot dot. *tak boleh nak crite sebab aku bawah umo*. caiss! ow .. ijad, gud luck okez? aku doakan ko selamat hari ni dari 'bos' ko tu. ::

p/s : feel sleepy .. haish!

Friday, October 8, 2010

Bab 2 : Cerpen Sara & Zafran ..

*******************

Setelah berpuas hati dengan fail-fail yang tersusun di atas meja, mata melirik ke arah jam dinding. Hmm .. ada lagi setengah jam. Zafran bingkas lalu memutar tombol pintu. Lea mendongak ke arah Zafran kehairanan. Dan Zafran hanya membalas dengan senyuman.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Saya nak pergi tiolet. Nak ikut ke?"

"Haha .. Bos nak saya temankan ke?" gurau Lea.

Zafran ketawa dan berlalu melintasi beberapa meja staf-stafnya. Masing-masing tekun mengadap monitor. Banyak kerja barangkali. Ataupun membuka laman web sosial tapi sengaja membuat muka serius seakan-akan tekun melaksanakan tugasan. Ish .. tak baik aku bersangka buruk.

Sebelum melangkah ke tandas, dia terpandang sekelompok air bertakung di hadapan pintu tandas. Mana pulak perginya cleaner ni? Ni kalau orang tak nampak, boleh tersembam ni. Tanpa berfikir, Zafran menyinsing lengan baju kemeja birunya dan mencapai batang mop yang tersandar di sudut lalu membersihkannya.

"Bang, dalam tandas wanita tu licin sikit la. Nanti abang tolong lapkan sekali ek? Bahaya tu." terkejut Zafran dengan suara itu lalu mendongak.

Belum sempat Zafran bersuara, gadis itu terus bersuara, "Ow .. awak rupanya. Kerja cleaner rupanya tapi pakai smart gila. Jaga imej ye?" perli Sara. Sara terus menghilang di sebalik dinding hijau itu. Zafran masih di posisi yang sama. Terkedu. Sakit hati. Geram.

Setelah usai, Zafran membetulkan lengan baju dan menjeling ke dinding. Ah .. meeting! Dia bergegas ke biliknya dengan hati yang tidak puas dengan kejadian tadi.

Pintu bilik mesyuarat dikuak. Terdapat beberapa staf sudah memenuhi ruang. Zafran mengambil tempat biasanya. Fail diletakkan sambil membetulkan tali leher putihnya. Lea tersenyum ke arah bosnya. Tak lama selepas itu, pintu sekali lagi dikuak. Semua mata tertumpu ke pintu dan wajah yang biasa dilihat memenuhi muka pintu. Semua berdiri tanda hormat.

"Assalamualaikum semua. Maaf ye saya lambat sikit hari ni. Cucu saya tak sihat hari ni. Hantar dia pergi klinik tadi." lembut pertuturannya. Begitulah selalunya. Walaupun dia tuan punya syarikat tetapi tidak pernah sombong dengan staf bawahannya. Itulah yang membuatkan dia disenangi oleh semua orang. Tidak seperti anak lelakinya yang agak tegas dan kadangkala 'moody'.

"Pa, Iqbal tak sihat? Mama tak cakap apa-apa pun pagi tadi?" bisik Zafran apabila papanya melabuhkan punggung ke kerusi.

"Mama kamu lupa la tu. Tapi jangan risau. Demam biasa je." kata Dato' Zakaria kepada satu-satunya anak lelakinya. Zafran mengangguk sambil membetulkan posisi duduknya lebih selesa.

Pintu sekali lagi dikuak. Terpampang wajah yang amat dikenali. Kelam kabut gadis itu.

"Assalamualaikum. Saya minta maaf sebab lambat. Saya cari bilik ni tak jumpa. Besar sangat ofis ni." jujur. Memang dia sesat tadi.

"Ow .. besar ke? Tak pernah ada orang sesat lagi sebelum ni. Tapi tak apa la Cik Sara, at least jumpa jugak kan?" gurau Dato' Zakaria, diiringi dengan ketawa staf-staf lain.

Sara tertunduk malu. Muka merah menyala menahan malu. Sara, kau ni hari pertama dah kelam kabut. Ujarnya dalam hati sambil tercari-cari tempat kosong. Ah .. ada satu kosong! Cepat-cepat dia menuju ke arah kerusi kosong itu tanpa mengetahui ada sepasang mata yang merenung ke arahnya.

"Baiklah. Kita mulakan meeting sekarang. Tapi sebelum itu, saya nak memperkenalkan ahli keluarga baru syarikat kita. Cik Sara, sila kenalkan diri." ujar Dato' Zakaria.

Sara bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. "Nama saya Nur Sara Iman Mohamad. Boleh panggil saya Sara. Saya baru lapor diri hari ini sebagai penolong pengarah grafik. Sila beri tunjuk ajar." dia tersenyum manis memandang ke arah muka-muka di bilik itu dan akhirnya terhenti kepada wajah yang dikenalinya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya. Pelik company ni. Cleaner pun duduk meeting sekali ke? Siap duduk sebelah bos pulak tu. Setelah selesai, Sara kembali duduk.

"Terima kasih Sara. Selamat datang ke company ini. Harap Sara dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memajukan company ini. Kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan malu-malu bertanya ye?" balas tuan punya syarikat itu.

"Insyaallah Dato'." Sara tersenyum manis.

Meeting tamat pada pukul 1 tengahari. Masing-masing gelisah. Mungkin sudah lapar. Dato' Zakaria amat memahami staf-stafnya lalu menangguhkan mesyuarat.

"Baiklah, kita tangguh meeting kita hari ini. Saya tau semua tak sabar-sabar nak lunch. Lunch hari ni saya belanja. So, semua bolehlah ke pantry ye?" sambil tersenyum dia berkata. Staf lain tersenyum lebar.

**************************

"Hai..! Termenung nampak? Ingat boyfriend ke?" sapa Lea mematikan lamunan Sara.

"Eh .. tak ada la. Mengelamun sikit je."gurau Sara.

"Saya Marlia. Sara boleh panggil Lea je. Setiausaha anak bos company ni."

"Ow .. salam perkenalan. Lea, tadi saya nampak clumsy ke dalam bilik meeting tadi?"

"Hiks .. itu rupanya yang membuatkan awak runsing. Ala .. biasa la Sara, first day kerja. Mestilah kekok sikit. Lama-lama nanti ok la tu." balas Lea.

"Ye ke? Malu saya tadi. Saya memang macam ni. Kalau dah buat silap, mesti kelam kabut."keluh Sara.

"Ala .. saya pun macam tu jugak mula-mula. Nanti bila dah biasa kat sini, ok la tu." pujuk Lea.

"Hmm .. dato' tu baik ye orangnya. Peramah. Tadi pun dia siap panggil cleaner sekali attend meeting kan? Bagus betul dia tu." puji Sara sambil memandang Lea.

"Cleaner? Mana pulak datangnya cleaner ni?" ujar Lea pelik.

"Ala .. mamat yang konon-konon pakai smart sebelah dato' tadi." selamba Sara menjawab.

"Uiks! Cik Nur Sara Iman, kalau nak tahu .. mamat tu satu-satunya anak lelaki Dato' Zakaria. Nama dia pun dekat-dekat dengan nama awak tau, Aidil Zafran Iman. He's my boss. Handsome macam tu awak kata dia cleaner?"gelak besar Lea mendengar. Merah muka Lea ketawa.

Lea sambung, "You know what, lepas ni Sara selalu la berjumpa dengan cleaner tu sebab dia pengarah bahagian promosi company ni. Good luck dear!"

Sara terlopong. Alamak, mati aku..!

**************************

Bangun lambat ..

Salam ..

:: adoi. pagi td aku terbangun lambat. alarm dah bunyi tapi tangan gatal stop kan. padan la muka. kelam kabut bingkas bangun. main campak-campak je bantal kecuali bantal bucuk aku. cayunk ok? nasib baek tak terlanggar my roomate. biasa la kan. kalau dah lambat memang camtu la jadinya. sowie, my bad! then pagi tadi tak sempat nak tacap-tacap, terus pakai tudung, capai beg dan keluar. bila dalam kete, baru la nak tacap bedak kat muka. bukan apa, tak nak la nampak sangat muka baru bangun tido. then, bila nak pakai eyeliner, kena tunggu kete stop kat traffic light. pagi ni aku mengharapkan semua traffic light merah. hiks. tu pun tergoyang-goyang nak pakai. nasib tak comot. so, misi agak berjaya. sampai opis, as usual la rasa macam masuk rumah salji empat musim tu. until now, aku sok sek selsema. memang kewl. rasa macam nak demam pun ada jugak ni. tamao la demam. minggu depan ada event ni. plz .. plz ..! lepas-lepas tu la baru demam, okez? syuh-syuh .. go away! ::

p/s : waiting supplier t-shirt call .. ~ lalala ..

Thursday, October 7, 2010

Bab 1 : Cerpen Sara & Zafran

Sara bingkas bangun dari katil empuknya tergesa-gesa. Dia membaling bantal busuknya yang jatuh di lantai ke atas katil. Dia sudah tidak peduli. Sara terus menyambar tuala yang agak lusuh di belakang pintu dan berlari menuju ke bilik mandi.

"Matilah aku hari ni. First day lapor diri dah lambat. Bodoh punya jam ayam. Tak berkokok pulak dia pagi ni." Sara mengomel sendirian sambil tangan pantas mengosok gigi dengan pergerakan yang agak laju dari kebiasaan. Tak sampai 10 minit, Sara keluar dari bilik mandi dan mencapai baju kurung kegemarannya.

"Nasib baik dah iron baju semalam. Kalau tak, bertambah lambat aku hari ni." ngomel Sara dan sempat lagi tersenyum kecil.

Sara mengenakan solekan ala kadar. Berpuas hati dengan penampilan diri, dia terus mencapai beg silang berwarna coklat dan bergegas keluar dari bilik sambil menuruni anak tangga.

"Ish .. kalau rumah ni ada eskelator kan bagus?" Sara mula merepek.

"La .. mama ingat anak gajah mana la yang turun tadi. Sopan la sikit. Awak tu anak dara." terdengar suara mama dari meja makan.

"Mama, Sara dah lambat ni. Kenapa mama tak kejutkan Sara? Kan hari ni first day Sara lapor diri." muncung mulut Sara berbicara dengan mama.

"Malas mama nak kejut. Dah besar panjang, bangun la sendiri. Mari sini. Sarapan dulu." selamba mama menjawab tanpa rasa bersalah.

"Tak sempat ma. Sara dah lambat ni. Simpang depan tu mesti jem. Sara sarapan kat ofis je nanti." sambil bersalam dan mencium pipi mama, terus menuju ke pintu.

"Ish .. bertuah budak ni. Siapa suruh bangun lambat." mama masih mengomel.

Sara ketawa kecil mendengar. "Assalamualaikum mama. Doakan Sara ye?"

"Hati-hati sayang." sempat mama berpesan.

********************************

"Hey, mata tu letak kat mana? Tak nampak orang ke? Buta ke apa?" sergah lelaki sebelah kanan Sara.

"Kalau iye pun saya ni buta, awak yang celik tu tak boleh nak elak ke?" se'das' aku bagi balik. Ingat dia je tau naik angin. Sara tertunduk-tunduk mengutip fail dan kertas bertaburan.

"Ow .. melawan pulak. Dia yang salah." terus lelaki itu berlalu. Garang tapi comel. Sweet jugak orangnya. Simple dengan hanya mengenakan sepasang kurung cotton berbunga kecil dan berbeg silang. Dia tersenyum kecil.

"Morning Mr. Zaf. Amboi, pagi-pagi dah tersengih ni. Mood baik nampak." tegur wanita yang banyak menolong dia menguruskan masanya di pejabat.

"Morning Lea. Awak ni, happy salah .. bad mood pun salah. Confius saya." sambil tertawa Zafran melayan setiausahanya.

"Ala .. bos tu pagi-pagi selalu serius je. Jarang sangat nak tengok bos macam ni." usik Lea.

"Ada-ada je awak ni." Zafran terus hilang di balik pintu biliknya.

Beg galasnya diletakkan di atas sofa di hadapannya dan terus ke meja sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk berwarna gelap itu. Mata teralih kepada helaian kertas di atas meja yang agak berselerak itu. Fikirannya juga berselerak sama seperti itu. Ada sedikit kerutan di dahi.

Tetapi kerutan itu hanya sementara bila dia teringat insiden terlanggar gadis comel pagi itu. Terbit sedikit rasa bersalah kerana menghamburkan kata-kata sebegitu. Dia juga bersalah tetapi egonya tinggi untuk meminta maaf. Ah .. biarlah! Perkara dah lepas.

"Mr. Zaf?" Sapaan Lea mengejutkan lamunan Zafran.

"Maaf bos. Saya dah ketuk tadi tapi tiada jawapan. Saya masuk je la tadi. Maaf bos."

"Hmm .. tak apa Lea. Saya yang tak dengar. Ada apa?" balas Zafran.

"Saya nak ingatkan bos. Pagi ni pukul 10 kita ada meeting." sambil meletakkan secawan kopi kegemaran bosnya yang tak pernah dia lupakan setiap pagi.

"Thanks Lea for reminds me and the coffee." Zafran tersenyum sambil meneguk dan terasa segar lalu di kerongkongnya. Sedap.

"Ok bos, saya keluar dulu."

"Ok!" sambil tangannya sibuk mengemas dan meneliti fail-fail untuk meeting nanti. Dia tak nak satu pun tertinggal.

******************************

Wednesday, October 6, 2010

Tips ..

Salam ..

:: uiks! sape la pulak yang emel aku pasal tips kecantikan ni? pelik ni. nama pun tak kenal. perli aku ke hape ni? caiss! kalau ye pun nak perli, jangan la sampai aku terasa cmni. meh aku kopipes kat cni untuk you all baca ok? ::

Tips Kecantikan Dalaman :

1. Minum banyak air .. minum .. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral .. ia dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. *i like ..!*

2. Bersenam .. Baik utk kesihatan .. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah .. jgn malas .. lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. *bersenam? lama tak buat ni .. hoho.*

MySpace

3. Jangan merokok .. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan .. nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! *haish! aku takkan sentuh ..!*

MySpace

4. Tidur yg cukup .. Jgn asyik berjaga waktu malam .. tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. *yang ni memang aku terasa. sigh ~*

MySpace

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap .. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka .. Kat rumah. *takpe, aku bukan suka mekap pun. natural beauty. ahaks!*

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan .. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang .. makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. *ala .. aku suka fast food.*

7. Manjakan diri .. seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun .. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. *tak penah buat ni ..*

8. Elakkan stress .. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. ~lalala ..

MySpace

9. Don't worry, be happy .. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! *nasib baik aku dah memang chumil. ok2, sila amek baldi masing-masing dan muntah ok?*

10. Ketawa penghibur duka .. Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. *yang ni aku memang suka buat. awet muda ok?*

MySpace

p/s : hehe. banyak kena batang hidung sendiri ni. time kaseh la kepada orang yang bagi emel tu kat aku .. =p

Tuesday, October 5, 2010

SMS sengal ..

Salam ..

:: mungkin ada antara SMS kat bawah ni kamu orang pernah dapat dulu-dulu. ada antaranya memang sengal gile .. ::

MySpace

"Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi ..
Bila kita kentut semua mata memandang .."

Aku menjeling padamu,
kau lantas tertunduk malu.
Aku tatap wajahmu tatkala kau mengangkat malu muka.
Lalu aku pun berkata…..”KAU KENTUT iye?!”

Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !!

Ku hampiri katil mu…
kutatap wajahmu…
kukucup ke2 belah pipimu…
ku bisikkan ke telinga mu…

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUUN…

Kalau ada yg kata kamu jelek .. sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh .. biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu .. Cool je.
Tp kalau ada yg kata kamu cantik/hensem,
Tampar je krn itu FITNAH!

HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja.
Lemparkan HP anda ke dinding @ susunkan kembali.
Selamat Mencuba!


p/s : pelik betol la. suka sangat topik yang berkaitan dengan kentut ..

Bencinta ..

Salam ..

:: lama betul rasanya tak cari quotes yang menarik. semua sebab kekangan masa. hari ni ada secebis masa yang aku curi untuk post something. mungkin kamu orang dah biasa dengar :

"Cintailah orang yang kamu cintai berpada-pada kerana mungkin satu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci .. bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana mungkin satu hari nanti dia akan jadi orang yang paling kamu sayang .."

:: pernah dengar? pernah alami? aku? pernah juga. dulu. dah lama dah. dan memang aku setuju dan akui perkara ini berlaku. zaman sekolah lagi aku dah dengar ungkapan begini. telinga pun dah lali dengar. tapi kita tak boleh elak kerana cinta berkaitan dengan hati. kalau hati dah benci .. tak suka .. susah nak diubah atau dilentur. hati kalau dah tercalar, sampai bila-bila ia tetap terkesan dalam hati. tapi, aku tak pernah sampai berdendam. insyaallah aku tidak sekali-kali begitu. apa yang kita dapat dengan berdendam? tambah saket hati bukan? jadi, cheer up and move on .. past is the past .. become history .. and past teach us to be strong and matured .. all thing happens have own reasons .. so, think positive and insyaallah, Dia telah tentukan yang terbaik untuk kita .. ::


:: kamu orang bagaimana? hanya kamu sahaja yang tahu. =D ::

p/s : "ko la ni, syg sgt kat dia. tgk skrg dia buat ape kat ko..? " ~ sampai sekarang aku ingat kata-kata ni ..
MySpace

Monday, October 4, 2010

Minggu yang penat ..

Salam ..

:: "jangan mengeluh sebab nanti kita kehilangan 1000 sel .." kalau la betol, aku rasa dah beribu2 sel aku mati dlm minggu ni. memang rasa penat sangat2 dan asyik mengeluh je. penat dengan keje yang tak abis2. tak penah rasa penat cmni. badan pun dah rasa saket2. lately ni, pantang kepala terletak kat mana2, pasti mata pun terlelap. senang pulak tertutup mata ni. kalau tak, golek la lama mana pun, mata segar je. kepala pun rasa berat je. adoi. aku tak suka betul feeling cmni. pinggang aku pun saket sejak akhir2 ni. tak boleh duduk tegak. rasa saket. ::

:: esok ada events kat ptar 2 dan AKNC ptar. sume orang macam tak menang tangan. semua ajk events ni pun orang yang sama. same goes to me. kalau nak meeting or bincang pape, kena highlight events apa baru boleh pikir. kalau tak, blur je. *dah la memang blur..* ::

:: wahai bulan Oktober, cepat la kamu berlalu. aku tak larat ni. ::

p/s : mode : tak bape nak besh .. nguap lagi ..

Friday, October 1, 2010

Sebok ..

Salam ..

:: harap maaf. kebelakangan ni tetibe je jadi bz pulak. kat opis banyak keje skrg sebab ada 2-3 events dalam masa yang amat terhad. so, aku ter'miss' nak update blog ni. nanti kalau ade masa, aku update ok? pagi tadi ada meeting. then, sambung pulak dengan menghias gerai bahagian untuk jamuan raya senin nanti. so, memang semua bahagian bertungkus-lumus menyiapkan gerai masing-masing mengikut tema iaitu Nostalgia Aidilfitri. then, yang beshnye, tema pakaian adalah retro. hiks. tapi jangan risau la, aku tak ada la nak pakai retro tu. mane pulak nak mencari rambut afro, baju pokadot dan seluar kembang bawah tu kan? so, nak selamat, aku juz pakai baju kurung je. =p

:: then, petang ni jugak ada events kat padang kawad iaitu sua raya anak desa UiTM. then, PTAR sendiri ada khemah yang bertemakan negeri Sarawak. so, petang ni aku nak merayap ke sana. then malam ni pulak opismate ada buat makan2 kat umah dia. jadi, satu hari ni masa aku memang terisi dengan sepenuhnya. ::

p/s : ok, tu je nak update .. hiks. =D